Monday, September 17, 2012

Updated pokok2 17/9/2012

Sehingga hari ini anak2 pokok yang di semai semuanya dalam progress yang memberangsangkan......Layan gambar dulu la ya.


anak pokok bendi emas berusia 8 hari.....tengok la sarung anak benih dia...siap ada kaler emas....fuhhh. :)


Anak pokok labu berusia 8 hari juga.


Anak pokok sawi berusia kurang dari seminggu. :)


Anak pokok ketumbar yang pada mulanya ingat tak mau hidup dah anak pokok dia. Tak sangka pula keluar anak pokok (terharu selepas beberapa minggu menunggu) 


Anak pokok timun mini yang tgh pesat perkembangannya.


Cuba tgk akar pokok kangkung ni...mcm mintak nak keluar je kan???...hehe...sian. Sabar ya,tuan awak tak jumpa lagi bekas yang besar nak bubuh awak2 semua. 


Tengok la anak pokok kangkung ni......rasa kesian pun ada.....dah asyik berebut2 je , jadinya masing2 pun kurus mcm kurang nutrisi. :)


Yang ni plak anak pokok kailan yang berebut2 minta di pindahkan tempat.....tgk la daun2 yang berurat2 putih tu.........geramnye!!!!!! (sabar...sabar.....) Kamu semua dah selamat dalam bekas baru,tumbuh dengan sihat cepat sikit tau. Tak sabar dah ni nak buat kailan goreng ikan masin ni. hehe. :P



banyak lagi anak pokok lain yang tak sempat nk di updated dan di ambil gambar......ye la,segan pulak duduk depan rumah pegang hp sambil ambik gambar....jiran duk tengok2....malu pulak. hehe


Sekian dan salam berkebun dari saya. :)


1 comment:

  1. banyak tuh anak2 pokok..lepas ni mesti byk kerja shiro nak kena tanam pokok2 nie, buat batas lagi....hehehe...selamat berjaya yer..nak mintak tlng umaidan pun blh..heheh

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)