Alhamdulillah,di panjang kan umur untuk kita berhujung minggu bersama keluarga. Hari ni nak cerita sikit pasal langkah pencegahan yang di lakukan untuk menghalau haiwan2 yang tak syok nak tengok dan lihat dan ada dalam kebun mini. Jom layan gambar :-
Bahan yang saya pakai di beli di kedai yang menjual barang2 untuk tanaman. Menurut kakak kedai tu,cara terbaik untuk halau serangga perosak cara organik adalah dengan menggunakan bahan organik juga. Iaitu minyak neem a.k.a minyak pokok semambu di campur bersama pati minyak bawang putih. Dengan kadar 1ml minyak neem + 1ml minyak bawang putih dan di campur dengan seliter air dan sembur ke tanaman seminggu sekali.
Minyak neem / Minyak pokok semambu. Pada yang tak tahu pokok semambu mcm mana rupa,ini la rupa pokok semambu. Setengah orang panggil pokok semambu ni pokok india,dan kebiasaanya kita guna untuk hilangkan parut dan sakit demam campak.
Gambar sumber dari wikipedia.
Yang ni pati minyak bawang putih. Di campur dengan minyak neem.
Kalo tak tau macam mana nk sukat (ml )tu,pakai je shringe anak ...kan senang.
Saya letak 1 liter air dan campurkan minyak neem dan minyang bawang putih dan gocang.
Masukkan dalam spray dan spray la ke pokok yang ada..... :)
Itulah cara yang saya guna untuk halau makhluk haiwan perosak, Selain itu saya pakai juga formula yang di gunakan dalam blog En Is dari tanam sendiri. Boleh rujuk blog beliau untuk sebarang maklumat. Sangat mudah dan yang paling penting berkesan.
Itu sahaja yang saya nak kongsikan pagi ni.......Berkebun adalah sesuatu yang indah,menenangkan,menyeronokkan dan mendamaikan. :)
salam macam mana nak dapatkan minyak bawang putih tu
ReplyDeleteSalam kenal melati,
DeleteSaya beli minyak bawang putih ni dekat kedai fertigasi. Kebiasaannya mmg banyak di jual di kedai fertigasi. Kalau susah nak jumpa melati buat sendiri pun boleh,guna bawang putih yang ada tu je. :)
Terima kaseh kerana menggunakan produk Neem dan Garlic Oil. Mudahan beroleh manafaat. http://romatechagro.blogspot.com
ReplyDeletesama2 juga di ucapkan kepada kak sal dan suami atas tunjuk ajar berkenaan cara guna dan rekemen produk terbaik pada saya. :)
DeleteMana nak beli garlic n neem oil.. bentong ada ker.. lipis ker
ReplyDelete