Wednesday, August 21, 2013

Cara Bayar Hutang PTPTN dengan mudah

Assalam,

dah lama rasa tak updated blog,rindu nk komen kawan2 punya post dan nk baca posting kawan2.....kekangan kerja membantutkan masa untuk menulis dan meluahkan apa yang ingin di sampaikan. ye la,nk karang ayat bombastik kene fikir takut nnati ada yang terasa hati dengan hasil nukilan kita kan. 

Ape2 pun saya mintak maaf kalo ada tersalah silap dan kata dan selamat hari raya pada kawan2 semua. maaf zahir dan batin.....nk duit raya? hehe....

Harini saya buat sedikit entry berkenaan cara bayar PTPTN melalui laman web mereka sendiri. terdetik rasa nk buat entry berkenaan PTPTN,jadi saya buka entry ni sebarang rujukan saya dan kawan2.

yang baik kita ambil sempadan yang buruk jadikan tauladan.

1. log in ke laman web PTPTN


2. Lepas tu Klik kotak Laman Web Rasmi.


3. Selepas itu,pilih laman web E-FES dan anda akan di masukkan ke laman web tersebut.


5. untuk masuk ke dalam laman e-fes kita perlu masukkan no KP dan juga no PIN.  Kalau kawan2 tidak pasti di mana nak dapat pin number tersebut. Boleh la SMS PTPTN NOPIN [NO IC] dan hantar ke 33199 dan mereka akan balas sms kawan2 dan berikan no pin. bila dah dapat boleh guna untuk login.


6. selepas login kawan2 akan nampak berapa banyak hutang dunia yang telah di cipta ketika study dulu2. Sekiranya kawan-kawan nak melakukan pembayaran bolehlah tick pada pinjaman 1 dan seterusnya masukkan jumlah yang hendak dibayar. 


7.Apabila dah keluar yang di atas ni klik teruskan.


8. Masa ni kawan2 akan di directkan ke page untuk payment secara online. boleh pilih mana2 bank yang kawan2 suka tp dengan syarat mesti sudah daftar untuk online transaksi. Kalau tiada kene daftar dulu. 


9. Masa ni mereka akan request TAC code dll.....ikut sahaja arahan yang di berikan dan selesai transaksi sila lah print salinan bayaran tersebut untuk simpanan dan juga untuk di attach bersama semasa bayaran income tax.

selesai sudah bayaran online PTPTN kawan2....... 

bayaran cara saya: bila dapat bonus saya akan bayar sekali banyak dan maintain bayaran bulanan yang rendah untuk mengelak di kenakan kos pentadbiran. Insyallah jika kita istikomah pasti hutang PTPTN kita habis bayar.

Sumber gambar: zulaeriazz