Thursday, September 13, 2012

Updated pokok 13/9/2012

Assalamualikum,

Hari ni sempat ambil beberapa gambar pokok.....masih di tahap pembesaran macam biasa. Semalam balik dari kerja,nampak jiran sebelah rumah tengah duduk memotong pokok cili yang rosak......lepas tu sempat pasang telinga,jiran cakap pokok ada ulat. Terus sentap!!!...alamak,pokok jiran ada ulat,kesian la pokok-pokok ni kalau ulat-ulat tu dah tahu ada pokok segar dan gemuk dan gebu berada di sebalh.....terus stresss......tak apa,persiapan untuk mencegah segala anasir-anasir keji telah di lakukan awal-awal lagi.

Ape-apa layan dulu gambar pokok yang sempat di ambil sebelum pergi kerja. Dan ada beberapa anak pokok yang telah di semai baru-baru ni.



yang ni gambar semaian benih baru,ada labu fajar,bendi emas,ada bayam,kubis,bunga kubis,ceri timato fullhouse,cili kecil super hot,cili solok dan macam-mcm lagi.....owh ya,pokok roselle pun dan bertunas. rasa shiok sangat,tak sabar nak tengok anak pokok membesar dan mengeluarkan hasil. nanti bila sempat ambil gambar anak pokok tu.




eh..eh...sihatnye dia...di harap dapat keluarkan hasil yang sihat-sihat juga la ya pokok cili....pokok tomato pun sihat-sihat belaka sampai jiran sebelah jeles. Sebab tu lately ni jiran sebalah rajin menyiram pokok dan tengok pokok-pokok beliau. kalau tak terbiar dan kurus kering....kekeke....tak pe,nanti bila dan ada hasil kita kongsi sama-sama ya. Sharing is caring. :)


bila la sayur ni nak besar.....memang betul,penantian adalah satu penyiksaan....memang terseksa tgk pokok macam lambat besar.....geram je rasa. sabar...sabar.....

Itu je yang sempat di updated untuk anak-anak pokok ni.....Tanam pokok hati tenang...gembira dan tiada stress.

Salam berkebun.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)