Monday, September 17, 2012

penghijrahan beramai-ramai

Assalamualaikum,

dah beberapa hari tidak sempat untuk updated berkenaan pokok di sebabkan balik ke kedah atas jemputan kahwin sepupu.....hari ini kerja-kerja memindahkan anak pokok yang merimbun kerana telah berlaku perebutan kuasa antara mereka dan aksi buli membuli (anak pokok besar buli yang kecil ) Jadinya,hari ini adalah hari bersejarah bagi mereka. Ada yang hidup berdikari (dalam single pot) dan ada juga yang berkongsi tetapi ada sedikit ruang untuk tidak di buli......layan gambar dulu. :)

Perebutan nutrien antara pak choy dan salad selada.... :)


cuba tgk anak pokok ni...ada yang besar dan ada yang kecil...kesian masing-masing.


antara anak pokok yang di cabut dan di tempatkan sementara dalam cawan polystyrene.


Ini lagi.....


Sian kan anak pokok yang kecil tu,teperosok di sebalik anak pokok senior...padahal masa semai masing-masing sama sahaja.


Setelah di pindahkan dalam mangkuk polystyrene dan di campur dengan kompos. 


setelah di pisahkan dan di tanam kembali.


Tanah biasa + kompos = miracle.



anak-anak pokok yang selamat di pindahkan dan di mandikan. Anak pokok roselle di apit oleh anak-anak pokok pak choy dan salad.


Gambar kami beramai-ramai (ketawa dengan gembira sambil mengalirkan air mata ) :)


Gambar kami lagi.


Anak pokok yang di tempatkan secara single.



ini adalah antara yang sempat di jarakkan dan ada banyak lagi anak pokok yang perlu di jarakkan dan di masa terdekat...di harap sempatlah.....Insyallah. Semoga anak - anak pokok ini tumbuh dengan subur dan sihat walafiat. Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua dengan hasil tangan kita sendiri.....berkebun sesuatu yang indah,menyamankan dan menenangkan.

Salam berkebun. :)


1 comment:

  1. bagus jgk idea tanam dlm cawan2 mcm tuh..kurang2 takyah buat batas.fleksibel utk mengalih..kalau space kurang mmg bagus...good job shiro

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)