Hari ni nak off topic sikit pasal cerita jenjalan ke padang besar. Iaitu sempadan antara Thailand dan malaysia. Di sebabkan kami semua pergi pada musim percutian keadaan agak crowded dan sangat sesak. Kalau nak pergi padang besar dan dapat barang pada harga murah,kena perlu pada masa bukan cuti. Sebab time tak cuti,boleh tawar menawar dengan harga yang lebih murah. Kita layan gambar dulu la ya,minta maaf kualiti gambar kurang elok kerana tiada kamera DSLR dan gambar tidak di edit,pakai kamera HP je. :)
sebelum berangkat,kami tido di rumah maksu.
cantikkan sawah padi tu?
menuju ke zon bebas cukai.
sesak!!!!.... (T_T'')
tengok la dua beranak ni,ibu dah keletihan mereka masih bersemangat soping sana sini....beli baju papa dan baju qis dan soping selipar ke papa. ibu beli blaus je.... :)
Anak ibu kelaparan. hehe.........
berhenti makan di kedai makan yang mana kebanyakkan dari mereka adalah warga thai islam.
pulut durian (sedapnye....)
Nasi kapau - Nasi ni di panggil nasi kapau menurut maklong sebab mereka masak bubuh daun kapau. Tak tahu la daun kapau tu ape. Di makan dengan nasi,lauk,telur mata dan daun sup.
Somtam - sedap..... heee
curi2 ambil gambar skooter comel mereka. :)
Syurga periuk....sampai sini sahaja memang wajib beli periuk. :)
Akhir sekali layan gambar anak dara ibu yang bergaya seperti mak datin. hehe...macam2 hal.
Banyak ker beli periuk wak? hehehe...harga mmg betul murah ker? pernah pegi jugak kat seberang ngan pdg besau tuh lama dulu..ms bujang2..ada muncuba pulut yg diorang jual tak? sedap jugak..
ReplyDeleteTak beli mana pun.....beli periuk kukus je...selebihnya dua beranak papa dan si kecik yang soping....beli baju la,beli stokin la,beli t-shirt sukan la...mcm2 diorang. keke......kalau nak compare harga,murah lagi dari yang di jual kat KL. hehe...pasal pulut,derang ada jual pulut yang makan dengan ikan masin,dengan durian atau dengan mangga. sedap plak tu.....
ReplyDeleteOh sedapnya tengok pulut durian tu....
ReplyDeleteLama dah tak pergi sana last sekali masa zaman sekolah dengan parents.
Macam-macam ada.