Thursday, September 27, 2012

updated pokok 26/9/2012

Assalamualaikum,

Hari ni nak updated sikit tentang pokok-pokok saya. Semalam masa balik sempat juga sattlekan mana-mana yang patut dan tabur baja chicken poop ke pokok. Di sebabkan kesuntukan masa semalam anak pokok sawi yang masih berada dalam tray semaian masih belum di alihkan lagi dari tray semaian. Cuba tengok gambar di bawah,anak pokok sawi dah makin besar dan berebut-rebut nak membesar. Insyallah jika tiada aral hujung minggu ni pindahkan anak pokok sawi ini pula. Itu belum kira anak pokok bayam yang banyak sampai tak tertanam-tanam lagi.



anak pokok tomato ceri yang telah di pindahkan. ada sepokok lagi yang masih belum di pindahkan.


anak pokok kailan yang sedang pesat tumbuh


anak pokok ketumbar yang dah keluarkan daun yang ke-3 dan ke-4 minta di pindahkan.



Sayur pak choy dari benih tanam sendiri,tak sabar rasa nak dapat benih dari ummuaidan nanti hadiah saguhati dari teka carrot hari tu,syukran jazilan....Semoga Allah memurahkan lagi rezeki ummu sekeluarga. Nanti bila dah tanam boleh share dalam blog outcome dia macam mana. Tak sabar pulak rasanya.


Anak pokok roselle.


anak pokok salad selada.


Pak Choy lagi.


Sawi mintak nk keluar dari bekas.



Ingat lagi tak hari tu saya ada buat entry pasal patch belakang rumah yang mana saya nak jadikan tempat untuk pokok2 timun saya. Kesudahannya,grill depan rumah jadi trellis untuk anak pokok timun saya. Susah juga bila hobi isteri tidak mendapat sokongan padu dari suami. Dah pujuk dah mintak suruh pasang,macam-macam hal di jawapnye....hehe. Nak bertukang sorang diri belakang rumah pun agak susah memandangkan anak dara saya tak mahu berenggang. pergi mana-mana nak ikut saya......tiada pilihan lain,melainkan saya jadikan saya grill rumah sebagai trellis. hehehe....minta maaf minta ampun papa,ibu tiada pilihan.

Itu sahaja updated untuk entry anak pokok saya. Salam sayang salam berkebun,semoga kawan-kawan semua di rahmati Allah dan di murahkan rezeki. Aminn.






3 comments:

  1. Sgt bnyk kak,sampai rasa mcm x terbendung dah....hehe. kene ambil masa jugak nak sattlekan semua2 ni masuk dlm pasu atau polybeg.huhu.

    ReplyDelete
  2. samalah, kalau ikut Rizal, dia nak pokok bunga dr depan sampai belakang..masa mula2 beli rumah dah buat perjanjian, depan territory dia, belakang lynn punya, tapi dia masih suka menyampuk sesekali..hish

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)