Assalamualikum,
Hari ni updated pendek tanpa gambar sebab tidak sempat nak snap pagi-pagi hari di sebabkan hujan dari pukul 2 lagi.
Semalam balik dari kerja ternampak anak pokok cili di serang oleh serangga perosak,geram punya pasal,ambil penyembur racun perosak organik dan sembur sebanyak yang boleh. Geram sangat,lepas tu daun-daun yang terkena telah saya buang semuanya. Agak down semalam selepas melihat serangan bertubi2....bukan itu sahaja,salah satu anak pokok tomato tiba-tiba menjadi layu selepas di letakkan baja. Tak tahu ape punca,di harap balik karang ok la harapnye.
Bertambahlah perasaan kecewa dan geram. Kalau ikut hati down sangat semalam....tiba-tiba dalam hati cakap tak mau tanam. Macam nak surrender rasa. Tapi bila fikir balik dan tenang kan fikiran dan positifkan minda.....tak mengapa lah,mungkin ini cabaran berkebun yang perlu di hadapi. Di harap perasaan ini tak timbul lagi pada masa-masa akan datang.
Itu sahaja yang termampu di katakan......
Salam berkebun,salam sayang dari saya.
Elok kalau puan buat jurnal atau catatan ringkas di blog ni. Nanti boleh jadi rujukan untuk penanaman seterusnya. Mana tau ada pengunjung yang boleh berkongsi idea dan pengalaman.
ReplyDeleteDugaan memang selalu datang apabila berkebun ni. Kalau di rumah, ayam dan kucing menjadi musuh utama tanaman saya.
Apapun, kita sebagai pekebun sendiri, mesti cekal. Bak kata orang Puteh, learn as you grow.
Salam wak, kesiannya ..yg cili tuh inshaallah baiklah tu nanti, bila berbuah bykkan ada jugak untuk bahagian awak sekeluarga, jgn sedih & putus asa. cuba sembur guna minyak + cecair pencuci spt yg en. is-tanamsendiri ajar. tomato mmg sensitif kalau letak baja, kalau pkok tak betul2 kuat mungkin akan mati, saya pernah kena...cuba tanam byk sikit, kalau mati kurang2 ade lagi yg blh menyambung warisan...ok? teruskan bertanam, dont give up..
ReplyDeleteMr.Wong: Terima kasih en.wong,saya tak berapa arif jurnal yang macam mana perlu di buat. Ada jugak saya menulis tarikh2 pokok yang di semai. Tp akhirnya saya sendiri yang terlupa pokok mana satu.:)
ReplyDeleteUmmu: Thanks,saya akan cuba buang jauh2 perasaan jemu dan give up tu. Saya pun nak juga jadi pekebun mini yang berjaya. Insyallah. Doakan saya dan terima kasih untuk tips.