Sunday, September 23, 2012

Rsepi : Masak Lemak Labu


Assalamuaikum,

Hari ni nak kongsi ilmu masak lemak labu. Menu simple di makan dengan nasi dan ayam goreng dan sup bebola. Resepi ni terkenal di terengganu (Mak mertua selalu masak...sedap) Mulanya tertanya2 macam mana menu ni di masak,tetapi ada satu hari tu MIL suruh buat gulai lemak labu sebab dia nak pergi makan gulai kenduri di kawasan rumah. MIL pun bagitahu cara buat pada SIL dan saya. Kami masak sama2,sedap dan simple je.



Bahan:
=======
4 ulas banang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 Labu
5 biji Cili Padi
1 batang Kunyit hidup dalam 2 inci
Lada hitam sesudu makan
Ikan bilis separuh genggam
Satu cawanSantan
1 keping Asam keping

Cara:
======
- Saya buat resepi ni versi malas,maknanya versi belender je semua bahan.
-Curah dalam periuk dan masukkan santan.
-Perisankan Garam dan gula.
-Sentiasa gaul supaya dia tak pecah minyak.
-Dah siap.

Labu yang saya guna adalah labu ini,dan sudah semestinya di beli di kedai....sebab anak pokok kecil lagi. Daun baru 2 helai...lambat lagi nak dapat hasil....keke.


Ehsan  gambar dari google. Sesiapa punya gambar ni mohon pinjam ya. Nak enter frame jap....hehe

Itu sahaja yang saya nak kongsi hari ini,salam sayang....salam berkebun,salam persahabatan dari saya.

Berkebun sesuatu yang indah,menenangkan,mendamaikan.

Salam.

TQ


2 comments:

  1. sedap nampak gulai labu, lama dah tak makan...nanti labu sy berbuah & besar nak buahlah..

    ReplyDelete
  2. Try la awaknye..Insyaallah sedap. Ceewah,puji diri sendiri...huhu

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)