Tuesday, September 11, 2012

Patch belakang rumah

Assalamulaikum,

Nak updated patch belakang rumah,kawasan belakang rumah ni selalunye di biar sahaja sampai rumput naik meninggi. Bila rumput dah tinggi,call la abang ''mat bangla'' untuk potong....dapat la upah RM 20 ringgit. Kalo 5 rumah tak ke dah RM100???....kaya betul mat bangla sekarang.

Berbalik pada gambar yang di ambik,cuba tengok kawasan tanah yang di ambil. Tanah di belakang rumah ini sangat banyak batu. Tak terkata banyak dia,tapi rumput dan lalang subur je meninggi dan juga tupai liar yang berlegar2 di belakang rumah.

Dalam kepala ini dah terfikir,ada kemungkinan ke kebun mini di belakang rumah ni yang bakal di usaha kan akan menjadi medan pertempuran antara manusia dan haiwan-haiwan yang berebut untuk menikmati hasil titik peluh ku??? sudah pasti mereka -mereka mestilah ulat,burung-burung,si tupai liar itu dan lain-lain. Tiba-tiba rasa stresss.......grrr....sabar-sabar,kebun x siap lagi tapi berangan dah panjang berjela-jela. Layan gambar ya.



Nampak tak kayu tu? nampak tak? kalau ikutkan 'blue print' (eceh) nak buat tempat untuk anak pokok timun mini dan labu fajar yang di beli dari blog en.Iskandar tanam sendiri. Ermmm.....ape yang akan terjadi? kita tunggu.....


Yang ni lakaran a.k.a 'blue print 'yang di buat kononnya untuk di jadikan trellis belakang rumah untuk pokok mentimun dan labu. Tah muat ke tidak pokok-pokok tu nak berebut. tanah sekangkang kera je pun. Nak cangkul banyak batu pula.......Dont give up ''usaha tangga kejayaan''


Itu saja updated untuk plan patch belakang rumah......Semoga di permudahkan segala urusan. Amiiin Ya Rabbal Alamin.


2 comments:

  1. miro...kalau sy blh beri pendapata lah kan..bila kekurangan tanah utk menanam salah 1 alternatif adalah tanam dalam plastik hitam-mudah dialih, tak payah buat garden bed..tanah kalo takder blh beli sbb sy tgk byk jgk orng yg buat cam tu...just beri pdpt jerr..hheheh

    ReplyDelete
  2. itu la,ada dah beli polybeg. terlalu banyak tengok blog pasal gardening sampai berangan nak buat edible garden (angan tak sudah..hehe). bila fikir balik macam tak muat. Rasa nya proceed dengan bubuh dalam polybeg je lepas cucuk pancang banyak - banyak sebab terlebih semai anak pokok timun. Takut nanti jadi semak dan bertukar jadi hutan belukar pulak belakang rumah. hehe. Thanks ummuaidan for the tips,memang dah terfikir-fikir dah ni. :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)