Thursday, November 22, 2012

buah tomato pertama

 
Walau daun pokok mengalami masalah tomato leaf curl,tetapi tidak mematahkan semangat untuk pokok tomato mengeluarkan hasil....sehingga hari ini,sudah 3 biji tomato saya hervest. Dan pokok tomato baka baru sudah di semai dan dalam proses tumbesaran. Cuma yang agak melucukan bentuk tomato saya yang unik melonjong. 


pokok tomato saya yang di serang tomato leaf curl. Curly pada tomato saya adalah upward dan hanya bahagian bawah sahaja yang mengalami tomato curl. Daun di bahagian atas alhamdulillah sihat. Perlu ke saya buang daun2 di bahagian bawah pokok? Ape yang saya perasan,ada sesetengah pokok tomato saya cure dengan sendiri dan tumbuh daun yang sihat bila saya letak di kawasan yang mempunyai air circulation dan kurang lembapan yang tinggi.

Mungkin faktor sukar bernafas di kawasan yang sesak dengan tumbuhan lain menyebabkan virus senang bermaharajalela.....Duduk ''rumah burung'' macam saya ni agak susah nak arrange kedudukan tanaman memandangkan kiri dan kanan ada jiran. Kalau terover border karang ada pulak jiran yang makan hati.....  mmmmm~~~~~


Ini adalah hasil pertama tomato saya...selepas sebiji berbuah yang lain akan menyusul. Pada mulanya saya nk biarkan tomato ni ripe di pokoknye sendiri...tb2 saya teringat pada nasihat en.is dan rakan2 bolgger dan juga bacaan di internet. Saya pun petik tomato ni di kala buah dah kekuningan.

Sebab kalau lambat petik,pokok tak boleh nk concentrate untuk ripe kan buah2 yang lain.....kene la adil dan saksama kan. Maka saya petik dan beri laluan pada buah2 lain untuk masak.  hehe........

Itu sahaja yang saya nk kongsikan hari ni......cuaca hujan,anak dan papa dan ibu yang mengalami masalah kesihatan tak berapa nak sihat. Susah nak ambil gambar. Cuma saya nk kongsikan yang pokok kacang panjang renek saya sudah mula berbunga dengan lebat. Begitu juga pokok roselle,hari2 berbunga.....

Memandangkan pokok roselle saya tengah berbuah dan berbunga lebat setiap hari.....saya akan simpan sedikit benih. Pada kawan2 yang nak benih roselle bagitahu saya. Dengan berbesar hati saya hadiah kan dan kirimkan untuk di kongsi bersama rakan2 saya. Kita tanam dan kita kongsi cerita sama2 ya....  :)

Salam sayang,salam berkebun,salam pencinta alam.... :)

3 comments:

  1. Salam...
    wah cantik nampaknya buah tomato awak tuh, jeles sy nengok...btw daunnya mcm tak subur kan..sy blom pernah lak mengalami camtu...takperlah janji dah bg buah comeyy dah tuu

    ReplyDelete
  2. Sya nak tomato jugak ibu qistina :D..hehe..kat rumah ni dah ada 7 pokok.tapi masih kecil..tomato ceri jugak..memang tomato memang daun dia tu asyik nak bergulung kan?kurang air kut..

    ReplyDelete
  3. aaa sama lah pokok tomato kita..bergulung...pastu jadi kuning-kuning..sy buang..gunting daun yg tak sehat...
    erm tomato sy bahagian atas dah kuning sikit...kalu mcm tu nanti nak harvest lah...ingat nak harvest bila dh merah mcm ummu buat..:D

    oh ya..sy tengah kumpul benih lada mexico yg dikatakan pedas tu...sy beli di cameron minggu lepas...buat sambal belacan best!
    nanti sy buh dlm entry pada sesiapa yg mahu benih tu

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)