Wednesday, November 07, 2012

Progress Semaian pada 3/11/2012

Assalamualikum,

Short updated untuk semaian terbaru yang saya semai.

Tarikh semai: 3/11/2012.

1.Kubis (benih beli kat kedai fertegasi)
2.Tomato (benih dari miruku garden)
3.Capsicum (benih dari kebun bahagia bersama)
4.Cili Solok (benih dari tanam sendiri)
5.Cili Merah Panjang (benih tuai sendiri dari cili yg di beli di pasar borong selangor)
6.Carrot (benih dari nun jauh dari fiji island)
7.Lemon Basil (benih dari kebun bahagia bersama)


Sehingga 7/11/2012,hanya kubis,timun jepun dan lemon basil sahaja yang baru bertunas.....Benih2 lain masih tidur dalam kantung masing2. Medium yang saya pakai hanyalah tanah yang saya beli di nurseri. Kalau tengok pada tanah macam tanah liat di campur dengan sekam padi. Pertumbuhan sedikit slow compare kalau pakai peatmos.


1.Kubis.



2.Timun Jepun


3.Lemon Basil



Updated untuk pokok2 lain,


Pokok Kailan dalam styro. Alhamdulillah semakin sihat.


Cosmos dalam styro yang makin besar.


Ok,yang ni saya ada semai dalam tray semaian....yang menjadi masalahnye saya lupa tagged anak pokok ni. Saya suspek kacang panjang renek. Atau mungkin kacang buncis...saya pun tak pasti. Tanam dalam polybeg,hujan lebat habis lecah polybeg dan pasu2 penuh dengan air hujan. :)



Akhir sekali gambar gardener cilik saya yang sibuk nk angkat beg tanah yang berat dalam 5KG satu beg. Beli di nursery kawasan rumah pada harga RM1 sebag. Ok la tu......

Itu sahaja updated dari saya,salam sayang,salam berkebun....salam pencintan alam.


4 comments:

  1. Pertumbuhan lambat mungkin kerana kandungan sekam padi yang berlebihan. Tanah pH seterusnya menjadi terlalu tinggi. Tapi nampaknya tidak ada masalah untuk anak benih bercambah.

    Terhibur lihat si kecil juga ingin membantu puan.

    ReplyDelete
  2. ye ke,itu la....mcm slow pulak rasa. Tanah yang ada ni saya campur dengan sabut kelapa tak mo bagi terlalu soggy. Ye la,tgh musim hujan kan.....karang berenang pulak tanah2 ni melekit2.

    Anak dara saya sekarang ni makin rajin mengalahkan mak dia.

    ReplyDelete
  3. Berwajah baru nampak...
    Banyaknyer semaian..tahniah2..moga2 cepat dpt hasil jugak..
    semakin hari semakin kuat nampaknyer cik qistina nie yer..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...tukar mood,bersalin kulit la pula. heeee.....

      La ni musim hujan lebat sangat,semai sikit2 baru. Insyallah,moga berhasil la hendaknya. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)