Tuesday, November 06, 2012

Selamat Hari Lahir Puteri Di Hati Ibu.

Alhamdulillah,

maka genaplah usia anak ibu NOR QISTINA AIDA 2 tahun. Syukur pada Allah dan terima kasih Ya Allah atas hadiah yang tak ternilai ini....Hamba bersyukur di atas kurniaan mu ini.

Kelahiran nya di nantikan dengan penuh kesabaran walaupun mengalami sedikit komplikasi tetap tidak mematahkan semangat ibu untuk mengendong anak kesayangan ibu. Bermula dengan di sahkan pregnant genap beberapa hari sebelum menyambut anniversary pertama ibu dan papa. Ibu di sahkan mengandung......4 pregnancy test ibu buat dalam sehari kerana terlalu teruja. heeee

Bila masuk kandungan bulan ke-2 ibu berjumpa doktor kerana perut ibu besar seperti mengandung 4 bulan. Dari klinik ibu di hantar ke hospital dan doc kata ibu ada fibroid. Ibu pun lalui hari2 seperti biasa walau redha ada fibroid.

Masuk bulan ke -4 ibu semakin sakit.......setiap minggu ibu EL dan MC.sampai habis semua cuti dan quota MC ibu. Setiap hari sebelum tidur ibu pasti  akan menangis dekat papa cakap ibu sakit sebelah kiri ibu. Jumpa doktor cakap benda yang sama....doktor minta bersabar dan nak bagi ibu injection sebab doktor kata fibroid ibu semakin besar.

Masuk bulan ke-6 ke atas ibu semakin sihat dan semakin gagah,doktor cakap fiboid ibu yang besar tu dah tertolak ke atas...sebab itu ibu tak rasa sakit sangat. Kalau rasa pun tak kuat mana....Alhamdulillah.

Masuk bulan ke-8,seminggu sebelum masuk 9 bulan ibu buat appointment dengan doktor dan doktor cakap anak ibu sihat je...anggaran dalam 3.5 kg. seminggu sebelum tu baru 3.00kg...doc cakap kalau tunggu lagi seminggu boleh jadi 4kg. Ibu cakap nak normal,jadinye doc cadang suruh induce....ibu terima pandangan doktor sambil hati ni berdebar2 dengan pengalaman pertama ibu ni.

Sehari sebelum masuk hospital,ibu pergi ke office sattlekan kerja sambil makan mee goreng mamak warna hitam pekat. (kononnya dalam hati cakap,lepas ni kene pantang makan 2 bulan...hehe) Balik rumah ibu mengemop,menyapu,mengemas baju papa,memasak....semua kerja ibu buat dan kemas.

Dalam 9 mlm ibu masuk hospital,dalam 2 pg nurse datang dan induce ibu.......sepanjang tempoh tersebut perut ibu di pasang alat untuk menitor jantung anak ibu. Selepas 6 jam,tiada langsung tanda bersalin dan tiada bukaan langsung. Induce untuk kali ke-2.........selepas berjalan2 keliling hospital dan makan dan minum borak2 dengan papa...selepas 6 jam doctor datang dan check tiada langsung bukaan. Tetapi contaction ada setiap 3 minit. Doc tanya ''tak sakit ke contraction awak tu''...ibu pun jawab ''tak rasa ape2 doc''.....doc pun cakap ''mungkin sebab awak dah kebah dengan sakit masa awak mengandung tu kut''. Ibu senyum sahaja..........

Jam hampir ke pukul 7mlm masih tiada tanda2 dan doc tanya samaada nak proceed induce kali ke-3 atau c-sec terus. Ibu berbincang dengan papa dan hasil perbincangan kami berdua setuju untuk undergo c-sec kerana tiada progress langsung pada keaadaan ibu. Doktor pun terima keputusan ibu dan keluar,tak beberapa minit nurse dan doktor sampai sampai membawa borang yang perlu papa tandatangan. Selepas tanda tangan,nurse bawak wheelchair untuk ibu.....bila duduk terasa mcm usop hantu kak limah pulak. haha.....soley...soley.

sebelum pergi ibu salam papa dan minta maaf dan minta halalkan makan minum ibu......papa pun cakap papa redhakan dan halalkan dan ampun kan dosa2 ibu (rasa terharu sangat) . Masuk bilik bedah,ibu tukar baju dan duduk di tempat yg di sediakan dan doctor yang check ibu tu pun datang lepas tu pakar bius pun datang. Pakar bius cucuk di tangan kiri ibu masukkan air....lepas tu ibu duduk dan doktor bagi ibu bantal. Doktor minta ibu peluk bantal tu......lepas peluk belakang badan ibu rasa sejuk sangat-sangat. Lepas tu doc cucuk di pinggang ibu.....cucukan pertama ibu tak sakit mana. cucukan ke-2 semakin sakit. Ibu peluk bantal dan doc cakap suruh bertahan sekejap.

Tak sampai beberapa saat kaki ibu terus kebas dan ibu di baring kan.........Dan doktor menjalankan tugas seperti biasa....dalam 15 minit ibu dengar suara seperti batuk. Rupanya anak ibu dah keluar dari tingkap perut ibu.......uwwaaa!!!...sekuat2 hati menjerit. hehe....ibu tengok anak ibu sekejap. Tak lama lepas tu doc bius masukkan satu lagi ubat pada tangan ibu dan ibu tidur. dari pukul 7 hingga pukul 10 baru ibu keluar dari bilik bedah. Sampai bilik ibu dalam keadaan mabuk dan doktor suruh ibu tidur......ibu pun tidur sampai esok pagi.

Esok pagi bangun tengok perut dah kempis cakap dalam hati mcm tak percaya dah jadi ibu.....nurse datang bawa anak ibu.......ibu berdebar2 nk menatap anak ibu masa tu. Sebelum menatap tu...nenek2 dan atok2 anak ibu semua cakap muka serupa 100% mcm papa....hehe. Bila nurse letak di dakapan.....hati ibu rasa terharu sangat. Comelnye anak ibu.........ibu pun cakap dalam hati yang sekarang ibu adalah seorang ''ibu''. Doktor yang datang operate ibu bagitahu yang ibu ada dermoid cyst dan lepas induce dua kali pun tak terbuka sbb cyst ibu block untuk kepala anak ibu turun ke pelvik. ...dan nasib baik cyst ibu tak pecah.....mungkin berkat doa ibu untuk anak ibu......  :)


Fresh from oven....keke (nurse bagi minum air zam-zam)


papa saya a.k.a kembar saya. :)























nenek qis panggil peha qis peha kentucky......





ada dua pusar belakang kepala qis....hehe



Dan sekarang saat ini dan hari ini ...anak ibu sudah berumur 2 tahun. Alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaan ini...anak yang baik,penyayang,penyabar,sopan dan hormat pada ibu dan papa...semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat......amiin. wahai NOR QISTINA AIDA ANAK IBU.......IBU SAYANG SANGAT-SANGAT PADA QIS.









12 comments:

  1. Comeynya qistina,:) slmt hari lahir..sama2la kta berdoa ibu qistina,(part soley soley x than tu.haha..gelak sorang2 sya):D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks hatomi,hehehe......itu la. bila naik wheelchair terus teringat ke hantu kak limah. :)

      Delete
  2. Wah...sangat sedih jugaak kisah kelahiran qis nie.. mcm mana fibroid tuh, dah tak der apa2 effect ker? ..masa lahir mmg betul kembar mama..heheh..skrang mungkin mcm ibnya kot..tak pernah tgk muka ibunya hehehe...

    Selamat hari ulang tahun qis...
    ditahun kedua nie jgn nakal2 yer..kesian ibumu...namun sabar2 yer ibuqis mmg tahun kedua tahn yg paling mencabar kenakalan mrk mrk..klu dulu awak takpernah keluar suara,tak lama lg jiran awak leh dengar suara awak...waaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap satu hari nanti qis boleh baca ape yang saya tulis ni biar dia tahu betapa ibu dia sayang sangat2 ke dia. heee.

      Saya masa preggy mmg suspek fibroid tetapi sebenarnya saya ada cyst. Doktor cakap dermoid cyst. Saya ni dah lali,kiri kanan depan belakang semua cakap qis ni muka papa dia. kekeke....redha je la.

      Qis ni memang lasak sejak dah boleh berjalan....hari2 ibu bertukar menjadi tarzan atau raksaksa gordon dalam cerita ultraman menjerit sambil mengeluarkan api dari mulut......keke.

      Delete
  3. Selamat hari lahir qistina....qis ada 2 pusar sama dgn naufal...:D
    sgt geram tgk peha qis..semangat comel betul...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama naufal yg comey. A'a,qis mmg ada 2 pusar sejak lahir lagi,satu geng la dengan naufal :)

      Delete
  4. happy birthday Qis..Allah selamatkan kamu..ni lagu hari-hari SinarFM nyanyikan kat sesiapa yg mendaftar...comel sungguh ...yang mahal tu kat bibir dia aunty Mar suka tengok he he..ikut sapa eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak mar pun peminat sinarFM ke......tak sangka saya ada geng. Geng remaja purba,bak kata raja azura....keke.

      Qis ni boleh kata hampir seluruh muka ikut papa dia....saya kalo pergi mana2 mmg org akan tegur muka papa dan bukan muka ibu. :)

      Delete
  5. Salam Ibu Qis,

    kena wish belated birthday kat Qis, termiss pulak. Moga menjadi anak yang solehah dan bakal berjaya di dunia dan akhirat! Cucu Mak Aji, kedua-duanya ada dua pusar jugak, yang sulung namanya Naufal juga sama dgn anak Nadia). Memang sejuk kata orang tua bila anak perempuan ikut rupa papanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 mak aji. Amiin.

      Wa tak sangka pula cucu mak aji sama nama dengan anak nadia.....satu geng nama. hehe......cucu mak aji pun ada 2 pusar sama mcm qis....hehe. saya ada dengar anak yang ada pusar 2 ni ligan sikit /lasak sikit...tak tahu la betul ke tidak. Wallahualam. Yang penting anak2 sihat walafiat. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)