Wednesday, November 14, 2012

Resepi: Oreo Cheesecake


Assalamualaikum,

Orang buat entry makanan kita pun nak jugak.....hehe. Saya memang suka makan cheesecake....ape jenis pun saya makan. Pada saya semuanya sedap......ini adalah resepi yang saya dapat dari myresepi. tp my resepi versi bluberry cheesecake. Saya tukar kepada oreo cheesecake. Kek ni sedap compare to cottonsoft japanese cheesecake yang fluffy dan light2 dan ringan gitu...kek ni agak berat sebab dia pakai banyak cheese 500gm. Kalau terlebih budget leh pakai jenama philey....tp kalau terkurang budget leh pakai tatura. murah sikit cream cheese dia.

Kalau dalam resepi tu tulis letak lemon,pada saya lemon adalah optional sbb ada sesetengah orang tak suka rasa cheesecake masam. Terpulang...kalau suka letak.kalau tak suka tak yah letak. Ok la,Jom membaking......  :)

Bahan-bahan ( 23cm )
===================

* BASE:

110g Butter - cairkan
200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
50g Almond flakes - toast

*FILLING:
500g / 2 buku Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kastor
1 lemon - grate kulit & perah jus
30g Tepung jagung - ayak
200-300ml whipping cream
4 biji Telur - pukul sedikit
150g Blueberry pie filling

*TOPPING:
1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
30ml Air
150g Blueberry pie filling

Itu untuk blueberry,kalau oreo tukar kan sahaja kepada biskut oreo.

*resepi dari alongros myresepi.

Cara-cara
===========

  • Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  • Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  • Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  • Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (kalau tak mahu water bath,bakar mcm biasa sahaja) 
  • Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  • Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.
sumber: My resepi

7 comments:

  1. Salam.

    Sedap nampak kek tu! Mak Aji ada confession nak buat. Satu hari buat cheese cake non-bake punya, setelah siap semua, chill tp x keras, esoknya pun x keras jugak. last2 ceduk ngan sudu! apahal eh? yg bake punya ok pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      hehe,mak aji ada letak galetin x?...non bake pakai gelatin untuk keras kan dia kan? atau mungkin terlebih whipping cream ke. Kene wat post mortem ni....hehe. leh cuba lagi tu. :)

      Delete
  2. Saklam ibu qis..nampak gebu dan best cheesecake tuh ye..nanti blh cuba resepi nie..sy biasa buat yg simple jer. guna sour cream..best jgk..kat sini sy kurang gemar orea biskut dia..rs manis sangat..cream yg dlm biskut tuh buang dulu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      pakai sour cream ya.mcm best je resepi awak tu...share la. :)

      Biskut oreo mmg manis,saya beli pack oreo yang dah di hancurkan dekat kedai bakeri. Kalau saya beli yang oreo bulat2 tu saya kene buang yang putih tu rugi pula. Rasa membazir pulak.

      Kalau beli pun untuk topping dan perhiasan atas kek tu je...heeee

      Delete
  3. Salam Ibu Qis,

    Mak Aji rasa bila dimasak gelatin secara double boil tu, agaknya x cukup masak kut, itu yg x mengeras tu! betul tu, kena cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      hehe....saya dulu pernah cuba buat yang non bake...Alhamdulillah ok. Tp tekak pulak tak leh terima yang non bake,rasa mcm kembang tekak. Kene yang bake jugak.

      Mak aji cuba lagi ya...go..go..chayok!!!.

      Delete
  4. teringin nak tengok kek yg dah dipotong :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)