Alhamdulillah semalam sampai rumah tak hujan lebat...dah beberapa hari hujan sampai tak sempat nak ambil sedikit gambar2 tanaman.
Layan gambar sahaja la dulu ya.
adakah itu bunga roselle?...pokok roselle ni saya tanam pada 26/9/2012 lagi. :)
2biji tomato saya telah di serang Blossom-end rot,
Blossom-end rot
This is caused by poor calcium uptake due to inconsistent moisture. If you currently have this problem, remove any rotted or diseased tomatoes, provide consistent moisture, and keep a layer of mulch on the soil. If you live in a super hot area, you need to mulch around your tomatoes to keep them from drying out. They like nice even moisture.
This is caused by poor calcium uptake due to inconsistent moisture. If you currently have this problem, remove any rotted or diseased tomatoes, provide consistent moisture, and keep a layer of mulch on the soil. If you live in a super hot area, you need to mulch around your tomatoes to keep them from drying out. They like nice even moisture.
pokok roselle , pokok bendi,bunga taik ayam dan pokok cili.
pokok tomato ceri fullhouse. :)
Tomato dalam styro ini ada kisah yang menyedihkan dulu. Dulu masa dalam usia beberapa minggu banyak anak pokok tomato saya hidup subur dan hanya pokok tomato ini sahaja yang tiba2 jadi layu dan kering.....habis daun lembik termasuk batang. Saya suspek tomato saya kene serangan bakteria sebab masa tu hujan agak kerap. Saya pegang anak tomato ni dan campak jauh dari tomato yang lain........hari demi hari saya perhati anak pokok tomato tu mcm cuba nak hidup. Anak pokok tomato tu mula tumbuh daun baru dan segar kembali sedikit2.
sepanjang tempoh tersebut,saya tak pernah siram dia.......dan anak tomato ni hidup dengan hanya bergantung pada air hujan dan tempias dari air pokok yang saya siram pada lain2 pokok. Pokok2 lain membesar sihat.....dia baru nak besar dan pertumbuhan agak bantut,baja pun pokok tomato ni tak pernah dapat.
Hari demi hari,saya nampak anak pokok ni mcm gagah juga nak hidup...timbul perasaan sayang pada anak pokok ni. Saya pun siram anak pokok ni setiap hari dan makin membesar...di kala tomato lain berbuah dan sedang berperang dengan penyakit daun kerinting. Hanya pokok tomato ni yang masih sihat dan sudah mengeluarkan bunga....saya rasa bangga sangat pada pokok tomato ni dan saya pindahkan dia dalam kotak styro sebab pada saya dia deserve untuk dapat perhatian dari saya. Terharu pula..... (T_T'')
Tapi pokok2 tomato yang lain pun takkan saya abaikan....saya sayang mereka semua. :)
bendi senget sebelah sebab buah dah berat......tgk la daun dia...kenyang belalang2 makan.
Daun kesum.
Dan last sekali model ibu........semenjak ibu bawak qis main2 dengan pokok. Qis semakin faham dan belajar untuk siram dll...kadang terlebih rajin pindahkan pasu2 kecik anak pokok tomato ceri ibu dari satu tempat ke satu tempat. Tak pe la yang.....buat la ape pun,asal jangan di patahkan pokok2 ibu sudah. :)
dengan memakai baju tidor dari rumah pengasuh.....sampai rumah terus tolong ibu bergarden.....tgk la tu. ibu baru curah baja pada pokok tomato,dia curah pulak baja tu masuk ke pokok bendi....qis...qis.....
main pulak baja zeolite ibu tu.......
kutip sikit2 lepas tu masukkan dalam pasu lain pulak.....hmmm...
korek pulak,lepas kutip....
tatatatata...ta..ta....itu la yang qis cakap ke ibu. hehe....
Itu je updated saya hari ni....salam sayang,salam berkebun,salam pencinta alam.
Salam wak..kita baru bangn tak makan nasi hari hari nie dah kul 5 tak lalu..heheh..
ReplyDeletepokok reoselle tuh mcm pokok bendi sikit2 kan..sedap ker daunnya..tak pernah makan benih olive bg lum lg tanam pun..
rajin qis ikut ibe yer..makin hari makin comel jer..hati2 yer qis tuh takt tersilap ms bermain ngan tanah atau baja kan..bkan apa takut buh dlm mulut..risau lak..kena monitor gak sikecik tuh hehehe
Biasala awak kan masih dalam keadaan yang belum betul2 fully recover. Jadi tu yang kurang berselera tu. Kalau saya jadi awak...saya buat makan yang bersup lepas tu perah asam limau sikit biar ada rasa masam2. Tak pun buat tomyam bagi ada sikit selera makan tu. Makan jangan tak makan....sian ke adik aidan. :)
DeleteRoselle ni kalau baca dalam tenet,buah dia di process jadikan minuman atau jem. Katanya Bagus untuk kesihatan. Khasiat dia lebih bagus dari oren dan anggur. Itu la serba sedikit maklumat yang saya tahu.
Qistina ni mmg suka tolong ibu dia bergarden,kalo tak bagi dia bebel ke kita balik. hehe.......mmg kene perhati anak dara ni. Karang ada je benda masuk dalam mulut kecik tu. :)
assalam ibu qistina,
ReplyDeletesyoknyer tgk roselle, subur gituuuu.....
pokok roselle ni masih kecik,rasanya jauh lagi perjalanan pokok roselle ni....keke.
DeleteSalam Ibu Qis, tumpang sedih baca cerita kegigihan anak pokok tomato tu! Kotak styrofoam tu dibuat lubang ke di bawahnya atau dibiar begitu saja? Satu lg nak tanya pasu empat segi panjang tu, ada pendapat kata x payah buang penyumbat salur air keluar. Betul ke?? Mak Aji biasa buang penyumbat tu takut berladung air, buruk pula akar pokok.
ReplyDeleteWsalam mak aji,
DeleteKotak styro tu saya buat lubang di bawah supaya nanti air boleh keluar. Yang pasu panjang tu pun saya buka lubang bawah tu. Bukan ape mak aji,ada satu hari tu...saya beli pasu panjang ni dan tanam pokok bendi.....bila hujan turun,pokok bendi saya jadi kolam pulak.....lama-kelamaan saya perhati tanah bertukar jadi warna hijau dan berlumut dan daun bendi saya jadi warna kuning mcm terlebih air. Pengajaran buat saya,lepas tu saya terus buang penutup lubang bawah tu. :)