Wednesday, November 14, 2012

Progress semaian 13/1/2012



Assalamualikum,

sebelum ni saya ada updated pasal anak pokok yang saya semai pada 3/11/2012. Alhamdulillah ada yang dah bertunas dan ada yang tidak berjaya bertunas hingga hari ni.

Tarikh semai: 3/11/2012.

1.Kubis (benih beli kat kedai fertigasi) 
2.Tomato (benih dari miruku garden)
3.Capsicum (benih dari kebun bahagia bersama)
4.Cili Solok (benih dari tanam sendiri)
5.Cili Merah Panjang (benih tuai sendiri dari cili yg di beli di pasar borong selangor)
6.Carrot (benih dari nun jauh dari fiji island)
7.Lemon Basil (benih dari kebun bahagia bersama)
8.Timun Jepun (benih beli dari kedai fertigasi)
9.Terun Ratna (benih tanam sendiri)


Semaian Terbaru: 13/11/2012.

1. Kangkung
2.Terung Pendek Naga.
3.Jagung.
4.Sawi bunga.
5.Sawi batang Putih.
6.Harbenero.

Tarikh Terbaru Semaian pada 3/11/2012 : 13/11/2012 (10 hari kemudian) 

1.Capsicum. (benih dari diana kebun bahagia bersama ni sangat bernas...boleh kata semua benih yang saya semai mesti akan menjadi)



2. Tomato (Dari miruku garden,banyak juga yang di semai tapi hanya ini sahaja yang bertunas)


3.Carrot (nun jauh dari fiji,benih sangat bernas dan tumbuh sihat...alhamdulillah.)


4. Cili Merah (benih dia saya dapat masa beli sayur di pasar borong dan saya ambil benih cili dan tanam)



Dari pemerhatian saya,kebanyakkan benih2 yang fresh atau kata lain yang baru di leraikan dari biji atau pokok adalah benih yang paling bernas dan peratusan untuk benih cambah adalah tinggi. Contoh cili merah di atas ni,saya beli dari kedai...saya keringkan dalam 2 hari dan terus tanam. Saya tanam 5 biji dan yang tumbuh adalah 5 anak pokok juga.

Even kalau benih tu tak sempat di keringkan atau malas nak di keringkan boleh je campak terus dalam pasu atau tanah...Insyallah akan tumbuh. Tp tengok pada benih la.....ada sesetengah tu perlu di keringkan dulu. Lepas ni kene bersiap sedia untuk pindahkan anak2 pokok dalam bekas yang lebih besar.


Jadinya,sehingga 13/11/2012, hanya benih2 seperti kubis,tomato,capsicum,cili merah,carrot,lemon basil dan timun jepun sahaja yang bertunas. Yang lain2 saya masih menunggu dengan sabar. :)







4 comments:

  1. Salam.

    Sibuklah nanti memindah anak pokok ya. Mak Aji masih ada benih yg belum semai-semai lagi, entah bernas lagi ke sudah kong terus. risau juga bila semai takut kering sebab selalu xde kat rmh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Mak aji selalu tak da rumah ke?....erm,susah gak gitu. sebab kalau semai awal2 ni kita sebagai tukang kebun kene ada sebab derang tgh nak bertunas kan. :)

      Insyallah benih2 mak aji tu mesti bernas lagi....saya ikut petua en.is...saya masukkan semua benih2 dalam tupperware. letak sikit beras dalam tu dan masukkan dalam peti ais. :)

      Delete
  2. lupa nak pesan ..kalau carrot tuh elok semai dlm bekas besar terus sbb apa bila alihkan nanti kalau takut pokok lembik susah nak hidup..tp alihkan jgn bila pokok dah besau sgtlah..tutpkan dgn sesuatu jgn kena panas direct

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok carrot ni mmg tak boleh kene panas sangat ya? Insyallah nanti saya letakkan carrot2 ni dekat area paling selamat untuk carrot2 ni membesar. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)