Wednesday, November 28, 2012

Al kisah di MAHA 2012

Assalamualaikum,

Semalam saya telah pergi ke MAHA 2012,ini adalah kali ke-2 saya datang ke MAHA2012 dan kali terakhir masa saya sekolah menengah. Dah lama sangat sampai lupa macam mana. Sila layan gambar dan saya cerita kan sikit2.


Saya sampai di pintu masuk MAHA 2012 pada pukul 10.30pg dan perjalanan tidak la mengambil masa yang lama,kurang dari 1/2 jam saya sudah sampai ke kawasan MAHA itu pun dah banyak kereta...dan yang paling best ia adalah hari selasa. bukan hujung minggu.....  (T.T)




Pintu ke-2,pintu masuk ke MAHA 2012.


Ok,walaupun mereka cakap masuk adalah percuma...tetapi parking tidak percuma. Sila bayar RM 3 per enrty.  :)


Jagung yang di jual 10 biji RM 8 ringgit (ingat2 lupa)









Di lama ternakan. 


Comel kan cik nab ni....Kalau nadia ada ni mesti borong bawak balik rumah.hehe.....



yang ni cik nad paling berbulu sekali....lebat sangat2 bulu dia. Terlalu lebat sampai tak nampak mata dah....keke.
























di kedai ni saya ada membeli beberapa barangan untuk tanaman saya dan merembat sepeket benih tomato. :)



Saya beli polibag ukuran 16X16 sebab saya suka saiz tersebut. senang nak manage dan tidak terlalu besar.


Trem yang bawak penumpang ke kawasan seperti ladang nenas,padi semua adalah percuma. Tetapi kalau nak pusing satu kawasan sila naik bas merah city liner,percuma juga. pada saya bas city liner lebih praktikal.



lori2 dan trektor untuk di jual.


Tempat untuk dapatkan maklumat berkenaan cara bela sangkar burung layang2.



sangat ramai orang yang datang.


kawasan agro bazaar (tempat untuk beli barang2 IKS)




Laman jualan buah,sayur2an.




syurga orkid...sangat cantik dan berbagai2 jenis.


laluan di antara kedai2 yang menjual pokok2 dan bunga2an.


sebelah kiri adalah tapak untuk jual buah2an bermacam2 jenis.









geram kan tgk pokok cili ni....!!!




cuba tgk cili kat dalam tu......sangat lebat dan besar.


Orang ramai yang bersesak dalam trem dan bas.


Laman untuk sayur2an dan herba,minta maaf saya tak pergi sebab terlalu letih,lepas daripada itu saya singgah beli durian dan terus pulang ke rumah.

Antara barang2 yang sempat saya beli di MAHA2012 ialah:


sweet basil = RM12.00


Oregano = RM12.00


Teragon = RM 12.00


Cili Hantu / trinidad = tak ingat harga. :)


dan yang lain2 adalah baja AB,polybag,benih tomato ceri dan peat moss.

Itu sahaja yang saya nk kongsi ttg MAHA2012,Cadangan saya pada kawan2 yang nak pergi ke MAHA2012,better bawak payung,air minuman,beg galas dan raga beroda kalau nak beli barang banyak. 

Dan kalau kawan2 larat boleh rayau semua tapak pameran yang sangat besar. Kalau saya,mungkin akan buat 2 kali lawatan dan saya bahagikan sebahagian di kawasan2 tertentu dan sebahagian lagi di kawasan2 lain sebab tapak terlalu dan terlalu besar......akan kepenatan mcm saya.....keke.

13 comments:

  1. bestnya dapat pegi MAHA..teringin sangat nak pergi tapi jauh dan masa tak mengizinkan... dapat tengok gambar pun jadi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh sangat ke en.mat jon,MAHA punya pameran seminggu...hujung minggu ni try turun la ke sana. Insyallah sempat lg,kalau tak sempat kene tunggu 2014 pula. :)

      Delete
  2. Salam Ibu Qis,

    Seronoknya MAHA!! Tengah kecek Pak Aji ni, entah mahu x dia tu? Nakkan baka rambutan anak sekolah tu!! Kalau kecek org x nak bawa kena layan foto Ibu Qis sahajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      huhu...Mak aji kene pujuk pak aji perlahan2,mana tau terbuka hati nanti. masih sempat lagi ni mak aji. Yang anak pokok rambutan ni,dekat pintu masuk dah ada yang jual. Saya ambil gambar ni masa dekat pintu masuk MAHA. :)

      Delete
  3. wah bestnya dapat pegi MAHA..jeles sy nengok...berhabis sakan yer ibu qis nie..takper2..sekali sekala..heheh...kalo awak nak beli lembu ker motor second hand dgn harga dkt rm2000 tuh..btw jagung pun mahal..nasib baik sy ade tanam hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....MAHA mmg best,cuma kawasan dia terlalu besar...saya dengar,dulu booth bukak dalam 1500 je..kali ni booth bukak 5000!!!. sangat besar,dan penat sesangat nak berjalan.

      Yang rege RM1800 tu kambing yang derang jual,ada masa2 dan waktu mereka akan announce dan akan buat lelongan haiwan ternakan. Best tengok haiwan2 tu dudk dalam kandang sambil di sembur kipas ada air.....exclusive betul. hehe.

      Delete
  4. Salam,

    Waahhh..seronok ya jalan² di MAHA..saya yang bertugas hari² ni pun blum sempat sangat nak jalan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam paku payung,

      yang bertugas mmg tak dapat la nak merayau2 sebab ada komitmen pada kerja....dah habis nanti jenjalan la kat sana. Saya tak larat....besar sangat. :)

      Delete
  5. Insya-Allah hari Khamis dan Jumaat masa untuk saya pula pusing MAHA. Besar sangat. Memang kena datang 2 kali puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a kan wong,

      nanti buat la entry pasal maha dalam blog wong pula ya. :)

      Delete
  6. hahahah che nab..tak nakkk!
    best dapat menjamu mata tgk2 keadaan..mmg ramai betul org yer..hari selasa pun penuh...mungkin ada hikmah sy tak dpt pegi..kalu tak abis duit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...awak tau,masa saya ngadap arnab tu kepala saya terus teringat ke awak....hehe.

      Ada hikmah jugak kalau tak pergi,pengsan balik rumah nanti kepenatan. hehe......so far saya masih boleh mengawal nafsu nk bershopping. Kalau tak habis elaun perbelanjaan saya. hehe.....

      Delete
  7. kalu akak ..sekejap je ni.. sakit kaki jln jauh.. baka limousin pun ada he he..che nab bulu gebu.. comel..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)