Tuesday, December 18, 2012

Musim Hujan musim rahmat

Assalamualikum,

Hari ni keluar rumah dah hujan,memandangkan hujan tanpa henti....banyak la pokok2 saya yang tumbuh dengan sihat tak kurang juga yang layu sebab tak di baja memandang sibuk dengan kerja dan urusan ibu mertua.

Layan gambar sambil cerita ya. :)



ini pokok kobis saya tanam dalam container kecik je.......bertakung sebab hujan. Melalui pembacaan saya kubis ni tak tahan panas dan tak tahan pada kawasan air yang bertakung. Mencabar juga nak tanam kubis ni sebab dia agak fussy (hasil dari pembacaan) saya pun tak pasti macam mana....so far kubis saya masih kecil dan tak besar mana lagi. :)


pokok timun jepun saya dah mula memanjat trellis senget yang di buat oleh en.papa....hehe

Cabaran saya sekarang ni semasa menanam adalah kumbang kuning yang menghisap cecair pokok timun. Kalau saya jumpa kebiasaannya saya halau....kalo ternampak atau terjatuh saya pun tak sengaja terpijak....ops.....



pokok kacang botol pun tak mau mengalah....sama2 juga memanjat.


last sekali gambar anak dara saya punya aktiviti hujung minggu.....buat kek coklat letak dalam peti ais. Anak dara saya korek hiasan atas kek menyebabkan kek berlubang dan hancus...  (T.T'')

Duk buat projek sorang2 dekat peti ais.....sekali bila panggil ''QISTINA''.....dia pun datang muka penuh coklat sampai. Bukan kat badan je.....sekali dengan pintu peti ais,rak peti ais...lantai rumah dan laluan qis semua melekat dengan coklat. heishhh la anak......


lepas tu hari ahadnye buat sarapan nasi goreng.......dah makan kenyang main la pulak kan.....heishhh....nasib la ibu boleh bersabar ya qis. Sambil main sambil gelak2 syok sorang diri....aduila. Nasi bersepah merata2.....


itu sahaja yang saya nk kongsi hari ni...salam sayang dan salam berkebun buat rakan2 saya semua. :)

10 comments:

  1. salam ibu qis...sama lah sy pun tensi dgn kumbang bentuk ladybird tu kekabuh ke apa org panggil..byk sgt sekarang..dah selamat diorg kerjakan timun mini sy..
    kepada qis...happy betul main dgn makanan kan..cik nad pun suka! hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya makin banyak pulak kumbang kuning tu......habis dia kunyah daun2 saya sampai terbantut pokok.....pulak tu pokok dah mula berbunga makin menjadi2 pulak...geram sangat. Tak da cara melainkan penyek sampai mati....ish3. :)

      Sehari 10 kali kemas rumah sebab anak dara ni suka menyepah barang...nak marah baru 2 tahun. Tak sesuai untuk marah2 sbb umur macam tu tak tahu ape2 pun yang dia buat kan. Bersabar je la...asal anak2 ni sihat itu pun dah cukup bersyukur.

      Delete
  2. Subur je pokok2 tu.. hijau je...
    Comel Qis.. sama lah tu dgn anak sy.. makan mcm tu jg...hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....ragam anak ni sampai lelah la mak dan ayah nk melayan. Tp bila fikir balik sebenarnya itu la pengubat suka duka ibu dan ayah macam kita ni....rasa tenang bila tgk anak. Rasa gembira dan sayang yang dalam pada anak. Kalau tgk anak time tido rasa macam tenang je. :)

      Delete
  3. salam ibu qis...he he have fun dgn qis ya.... cantik naiknya timun jepun tu... akaknyer cinonet lagi... letak cocopeat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak mar,

      hehe.....qis tetap qis...sepah tetap sepah...huhu (menangis berlagu)

      Saya pakai cocopeat je kak,sebab ada banyak cocopeat kat rumah...sayang pulak kalau tak pakai. Cocopeat ni bagus cuma kena pandai guna study lagi. :)

      Delete
  4. kekabuh tu musuh utama labu & timun. Memang kena buang sbb putik tak menjadi later. Sembur mcm mana pun dia tetap dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a,kalau sembur ape larutan pun dia makin menjadi ada la ...bukan dia heran. Tak jalan...kene hapuskan secara manual. :)

      Delete
  5. kekambuh kuning nie kalau dah ada dah tak boleh nak buat apadah...saya dah siram macam (larutan sabun, larutancili,neem,air tembakau ppun saya guna isk isk..)so guna cara manual jer iaitu tangkap dan tenyeh tangkap dan tenyeh ulang lagi heh heh oh no i'm the kilier bugs

    ReplyDelete
  6. Hehehe...nakal betul qis nie kan...penatlah awak nak mencuci dan nak membebel...nak pukul kan kecik sangat lagi..uhuhuh

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)