Hari jumaat lepas ada jamuan makan malam en.papa di tropicana golf. Majlis mula pada pukul 8 mlm......kami di jamukan dengan pelbagai makanan dan tema pada malam tu adalah bollywood nite. Makanan sangat banyak dan kami mendapat cabutan bertuah rantai emas...heheh. Semua tu tak saya tak kisah sangat...yang saya kisah kan anak dara saya si qistina yang melasak dan menjerit2 dan menari2 di kawasan laluan majlis tersebut.
Saya bagaikan tarzan berkejar2...berlari sana sini.....menjerit panggil anak dara saya tu.....huhuhu. Layan gambar anak dara saya bersama tema bollywood nite dia....
laluan masuk
dengan pakaian tema bollywood....beli gelang dekat mydin. 4.90...murah je. Tak ralat la kalau hilang pun...huhu Baju pun beli mydin je (mana lagi nak carik)
baru seminit dah macam2 aksi.....
Main sudu pulak ketuk meja,ketuk cawan bagai....heishh....
dah menggeletek nak turun berlari2.....
Bila dengar ada lagu hindustan dia pun sama naik.....
en.papa selaku tukang jaga audio untuk persembahan unit dia....heheh.
ibu dah tak larat berlari sana,berlari sini last2 bawak keluar...tak tahan. segan ibu nak berlari2 dalam majlis.
Kebosanan lagi....mula dah nak beraksi.
duduk atas kerusi boleh bilang tak sampai 10 saat dah melompat turun pulak...alahai......
habis je majlis,otw jalan kaki ke kereta qis dah tertido masa en.papa dukung....baju berlengas dengan kuah tumpah ke baju dan kain. balik tukar baju......keletihan sesangat esok pagi qis bangun dekat pukul 9. Kalau tak kebiasaannya pukul 5.30 pg dah bangun. Macam2 ragam la kau qistina........sabar je la.
Salam ibu Qis.. Ala comelnya pakai baju tema bollywood.. Berpeluh2 maknya ya mengejar ya..
ReplyDeletecomel betul qis dgn costume tu...kira ala-ala menari bollywood lah bila berlari-lari kejar qis..hehehhe
ReplyDeletehehehe..comel tul qis dengan versi bollywoodnya hehehe..ibuqis pun pakai baju bollywood jgk ker..hehehe..patutnya letak gambar jgk tuh....:)
ReplyDeleteSalam Ibu Qis,
ReplyDeletecomelnya anak dara pakai baju bollywood! setuju ngan Ummuaidan, mana kostum yg Ibu Qis pakai, nak tengok gak!!
Meriah juga majlis nya..
ReplyDeletecomelll je gelagat c kecil tu...hehe:)