Monday, December 03, 2012

From Kuala Terengganu With Love

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,Benih yang di kongsi oleh nadia dari Journey to Green Living telah sampai pada hari jumaat hari tu......Kalau kawan2 ingat,nadia ada buat entry tentang cili jalapeno 
dan dengan murah hati nadia nak kongsi benih cili dengan rakan2 blogger.

Bersusah payah mengasingkan cili yang sangat pedas tu sampai pijar tangan2 nadia.....Terima kasih banyak-banyak pada nadia yang sudi berkongsi benih cili dengan kita semua. Semoga Allah merahmati jasa baik dan terima kasih sebab bermurah hati dan berkongsi benih ya nadia. :)


sampul warna kuning,bila buka tengok ada sampul gambar riben...  :)


Tu dia,anak benih cili jalapeno. Banyak pulak tu nadia bagi......hehe. Terima kasih yang tak terhingga buat nadia sekeluarga. :)

Insyallah,jika tiada aral melintang hari ni balik dari kerja saya semai.....hehehe...Tak sabar pulak rasa. Lately ni macam obses sangat nk tanam pokok cili dengan tomato yang berbagai variety.

Kalaulah kat mesia ni kita ada geng2 yang boleh kita exchange seed macam dekat luar negara tu mesti bestkan...kalo tengok dalam u-tube tu masing2 berbangga dengan hasil tanaman masing2. Siap buat competition lagi siapa punya buah paling besar dan tercantik dan terunik kan. :)



9 comments:

  1. hmmmm..pie cepat2 tanam ya..nanti nak tgk ibu qis tahan pedas ker tak...sy agaknya dl suka sgt makan cili sebiji2 gitu, skrang nie kurang gemar betul cili sebiji2..except dah jd sambal campur2....sayuq pun kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan cuba bertahan dengan tahap kepedasan jalapeno...saya suka makan pedas,lagi pedas lagi sedap. hohoho.....

      Awak tak yah la makan pedas2 sangat,awak kan preggy...makan yang biasa2 je. Sejak awak preggy ni macam2 selera awak saya tgk.....hehehe. Selera pada makanan yang dah lama tak makan. hehehe....Anyway,happy for you.

      Delete
  2. wah...mesti tumbuh dgn subur nti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Tie, Atie bila lagi nk menyemai...jom la :)

      Delete
  3. alhamdulillah dah sampai..heheh sampul riben tu..kat dalam mcm2 jenis ada plastic ada paperbag...tapi semua recycle..hehhe
    okey harap2 menjadi tanam nya yer ibu qis...kali kedua sy tabur lebih seminggu jugak nak bercambah

    betul pokok tomato pun sy banyak tanam..yg kecik..yg sedang..yg besar..benih dr cameron juga...sekarang bercambah2 tumbuh...hhehe kalau menjadi mcm ummu tanam..mmg tak abis makan lah

    pk kena let go jugak anak pokok tomato ni..banyak2 tak terjaga jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks tau nadia,Nanti dah semai nk updated selalu. heee.....

      Tomato senang hidup bila kita semai,bila dah banyak nak memindah tu macam nak menangis rasa. Kalau nak buang lagi la rasa nak menangis...sayang ke pokok. :D

      Delete
  4. sama la... lynn tanam bermacam-macam jenis tomato & cili.. bezanya tomato boleh mkn tapi cili suka2 jer sbb x tahan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious lyn saya pun mcm lyn,suka sangat tanam tomato dan cili...cili mesti tanam sebab saya peminat cili. Lagi pedas lagi saya suka. :)

      Delete
  5. alaaa K Mar punya belum sampai lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)