Monday, October 28, 2013

Taman mini baru semangat baru

Alhamdulillah selepas beberapa ketika dan beberapa bulan habis juga kerja2 mengemas rumah..tp masih banyak lagi sebenarnya. tak pa la,buat slow2 insyallah akan habis jugak semuanya.

2 minggu lepas saya ada pergi ke nurseri sungai buloh untuk beli tanah hitam,masa pergi ke sana saya tanya berapa harga dia cakap RM2.50 satu beg. dalm hati berkata mahainye......tp beli jugak lepas dah mintak kurang tak mo bagi.....boleh dia x mo bagi kurang? ishhhhh!!!!. saya telah beli 25 bag tanah jadinya dalam 62.50 menghampiri 100. nak menangis rasa keluarkan duit.....tp demi hobi tersayang gagah kan juga. Dah bayar mahal2 harus lah saya mengepau perkerja kedai tu beberapa beg tanah.....dapat la extra 2 beg. Ok la dari tak da kan.

Selain dari tu saya telah beli pokok rose jepun,tgk kawan2 semua posting gambar rose jepun bukan main lagi cantik...saya pun teruja terus beli. Senang betul jaga pokok rose jepun ni ya. Saya pun ada juga beli pokok harum sunda malam, sepokok RM 8 tp saya beli 2 jadi RM 7 untuk kedua2 pokok.


sekumpulan tanah sedia untuk di gunakan


bunga harum sunda malam - sepokok RM 7 beli 2. 



Pokok kacang tanah semai dalam pasu...tgh mencari idea kat mana nk masukkan kacang ni sbb planter box tu kecik je. Tak pasal2 dia tak berbuah nanti.....tak merasa la kacang organik saya nnati.


Semaian tomato ceri......semai semua sekali benih dalam pasu kecil ingat tak bernas dah dan sudah expired,sekali berjujuk2 semua keluar.


Patch baru......

itu sahaja yang saya nk kongsi sebagai permulaan saya garden di sini dan juga catatan kenangan di masa akan datang. Salam sayang buat kawan2 semua.....

Friday, October 18, 2013

Dosa Dan Balasan Meninggalkan Solat Lima Waktu


gambar: sumber dari google.

renungan dan peringatan buat diri saya sendiri dan juga muhasabah pada diri sendiri. Ya Allah kau ampun kan dosa hambamu ini....hamba yang lemah dan tak lari dari melakukan kesalahan di dunia yang sementara ini. amiiin.....

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)


ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri


ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya

6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya


3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

Sembahyanglah Sebelum Kamu Disembahyangkan. Ingat Allah , Allah akan ingat kita. 

Saturday, October 05, 2013

hadiah en.papa

Sayang isteri hadiah2 kan.....ececehhhh.....

bukan gelang emas,bukan juga sutera mahal....tp beberapa bungkus benih terung,jagung,tomato,kacang panjang dll sempena en.papa ada projek dgn pihak mardi. Di hadiahkannya ibu benih.....mcm paham2 je. mekasih en.papa.......






Friday, October 04, 2013

Sedekah yang pahalanya terus mengalir







Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal: amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat:

  • Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
  • Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
  • Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda mendapatkan kebaikan.
  • Tempatkan pendingin air di tempat umum.
  • Berbagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
  • Libatkan diri dalam pembangunan mesjid.
  • Berbagi CD Quran atau Do'a.
  • Bantulah pendidikan seorang anak.
  • Bagikan pengetahuan ini dengan orang lain. 

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, akan dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

Wednesday, October 02, 2013

Bulan yang agak sibuk

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah bertemu kita pada bulan oktober,Insyallah tengkujuh bakal menjelma dan musim paling sesuai nak semai benih2 untuk cuaca yang sejuk sedikit nanti.

Bermula bulan August sehingga lah bulan oktober ni keadaan kami tersangat sibuk....hujung minggu tak duduk rumah. banyak urusan ke sana sini....mengalahkan perdana menteri kekdahnye. keke....

lepas kami berpindah ke shah alam,saya terpaksa juga meninggal kan beberapa pokok buat sementara waktu untuk urusan di rumah shah alam. Dalam tempoh tersebut menyelesaikan urusan pasang langsir,hujung minggu pula pulang ke terengganu kerana family day en.papa selama 3 hari 2 mlm,di iringi juga dengan keadaan qistina yang demam teruk sehingga saya terpaksa bercuti esokknya kerana demam terlalu panas.

Mana taknye berendam tak ingat dunia masa family day tu,masuk kolam pagi keluar tghari kejap pastu sambung petang sikit sampai nak maghrib...ibu dan papa sampai nk histeria suruh anak dara keluar.......tak mo keluar siap berenang dalam pelampung ke tengah2 kolam budak x mo keluar....ishhhhh.....

Itu la,balik ke rumah terus demam panas. lepas tu hujung minggu ke rumah lama....hari ahad minggu lepas ni baru dapat rehat di rumah.


adik jakel pasang langsir


nampak tak!!!.....tu dah menangis2 nk turun tu...geramnye.......anak ooo anak....sabar je la


en.papa cuba tenang qis yang sibuk nk terjun.


Kemaruk nk berenang!!! dah balik rumah pun masih pakai pelampung bulat dan lengan......tak serik2 tu....sabau je la.


Malabar yang terpaksa di cabut kerana en.papa bising tak bagi bawak ke rumah baru....  (T.T)


Di tinggal kan 2 minggu di rumah lama sekali balik tgk cili banyak dah berbuah. Tp tak dapat la nk makan sebab semuanya telah di serang lalat buah. luar nampak cantik tp dalam dah tak elok.



kesudahan pokok cili dan lemon basil ni saya terpaksa hadiahkan kepada kakak yang cuci rumah lama sbb en.papa bising2 tak bagi bawak. 



Kotak Polystyrene yang tak boleh bawak sbb en.papa kata tak muat tak leh bawak dah.......terpaksa buang tanah yang penuh dengan baja buang kotak polystyrene.


Selamat tinggal rumah...selamat tinggal kenangan...semoga kita bertemu kembali. jaga diri baik2 tau......... sob..sob


Tuesday, September 17, 2013

Al-Kisah Pindah randah

Assalamualikum,

Al-kisahnye,pada hari ahad yang lepas kami telah memindahkan barang2 dari rumah lama ke rumah baru. Terima kasih banyak2 pada kawan en.papa yang banyak membantu....mulanya en.papa kata ada 7 orang nk tolong. Ibu duk bising2 ''kenapa ramai sangat...pot..pet..pot..pet''

Last2,pada hari kejadian hanya 4 orang sahaja yang muncul.....huhuhu...en.papa pun sound ''tu la,bising kata ramai sangat last2 yang muncul 4 org je''.

Bukannye ape,sebenarnya takut kalo2 ramai sangat....banyak la pulak kos yang perlu di keluarkan untuk membayar upah setiap sorang kan....hehe.

Kerja memindah bermula dari pukul 11 pg hingga 8.30 mlm dengan 2 kali trip menggunakan lori 3 tan. Tahap kepenatan boleh kata sampai nk tercabut tulang2 badan.......dah la yang angkat nye cuma 5 org termasuk en.papa. kekurangan orang menyebabkan kerja agak tergendala dan tercabut segala urat keting badan kepenatan.

Selesai perpindahan en.papa bagi upah dan masing2 bersurai seperti biasa. :)

Syukur alhamdulillah dan ribuan terima kasih buat hero2 malaya yang telah bertungkus lumus tanpa sekelumit pun bunyi itu ini. Alhamdulillah.......mereka sangat hebat.


'awat banyak sangat nk kene sapu ni ibu'...kata qis si tukang sapu yang rajin tanpa di suruh. (T.T)


2 beranak mengintai tukang wiring


Terpaksa pasang unifi...katanya streamyx dah tak da,kene pasang jugak unifi.....dah suruh adik TMpoint tu korek2 mana tau ada lagi port streamyx. tak da jawabnye sbb kawasan ni mmg dah di pasang unifi sahaja...pastu siap warning kata unifi ada 3 port je....siapa cepat dia dapat...ala2 goreng pisang panas.....ewah2.......dengan galabahnye ibu pun cepat2 sain borang.....huhu....menangis.


Tinggal kenangan.....lantai berlubang angkara qistina aida. (T.T)


Lori yang menghantar....


Solatlah kamu walau di mana sekalipun kamu berada.

Itu sahaja yang ibu nk kongsi....pasal tanaman? ada sikit yang ibu sempat tangkap....itu pun buat2 muka kesian ke kawan2 en.papa siap cakap ''kesian pokok2 saya menangis...tolong la angkatkan''.....mereka pun angkat tanpa banyak soal. Tp yang dapat pun dalam 3 polystyrene dan 2 pasu pokok vanilla.

Nak ambil gambar banyak2 pun tak sempat sbb sibuk dan tak sempat nk pegang hp untuk ambil gambar......

Salam sayang,salam kehijauan...salam gardening dari saya dan salam perkenalan dan terima kasih buat kawan2 yang singgah ke blog saya Insyallah akan saya balas kunjungan anda secepat mungkin.  :)

Friday, September 13, 2013

Cili Capsicum dan khasiat

Cili capsicum yang terbiar dan tidak di jaga rapi tak sangka pula berbuah lebat....haritu mmg nampak banyak bunga...ingat tak jadi sebab nampak mcm banyak bena.

Pagi tadi tengok Alhamdulillah,banyak yang berbuah....harap2 mereka tumbuh dengan sihat......di kala buah tengah banyak ni kene rajin membaja banyak2. Pakai baja organik tak perlu risau.....mulch kan tanaman dan letak kompos.

Tp si pemalas seperti saya tak rajin nk mengompos....saya akan campak saja sayur2 atau kulit2 pisang tanam dalam tanah untuk jadikan baja. Short cut utk si pemalas yang malas nk buat kompos. keke.......

Mana2 pokok perlukan air circulation yang bagus....sebaik2 nya place dekat kawasan yang dapat full sun dan juga air circulation yang baik utk elakkan tanaman cepat di serang makhluk perosak. kalo dah kena tak pa......guna je formula mcm en.is tanam sendiri bagi tu. tak pun spray guna minyak neem.



Khasiat capsicum:

1. Baik untuk diabetes.
2. Bersifat melawas.
3. Baik untuk merawat selesema dan demam.
4. Membantu mengurangkan kolesterol, berkesan menghindarkan strok dan serangan jantung.
5. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu menurunkan tekanan darah.
6. Merawat dan mencegah jangkitan.
7. Baik untuk membran mukus, mata dan kulit.
8. Mempercepatkan metabolisme dan membantu membakar lebih kalori.
9. Merangsang rembesan perut dan menggalakkan pencernaan.
10. Mempunyai nilai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan tisu dan sel.
11. Padat dengan nilai antiradangan.
12. Mencetus pembebasan endorfin (pemancar neuro) di dalam otak yang mengurangkan rasa sakit.
13. Berguna dalam melambatkan asimilasi lemak di dalam usus.

antara cara yang bagus untuk kita nikmati cili capsicum ini adalah dengan makan mentah cicah dengan sos thousand island. memang terbaik.

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday Sayur Asin-Asin

Sesiapa yang nak beli anak pokok asin-asin boleh beli dekat diana dari Kebun Bahagia bersama ya. Ada macam2 di sana boleh beli....  :)

Tahap Kesukaran menanam:

* Tak susah pun pokok Senang jaga
*Lasak
*Cucuk je boleh tumbuh
*Tak perlu banyak maintanance dan tak perlu berperang dengan alien perosak tanaman.

Saya tak sampat nk masak dan kongsi resepi lagi sebab periuk,kuali berlanga semua dah terbang ke rumah baru....jadi saya kongsi kan resepi yang saya jumpa dari blogger2 lain la ya. Mintak maaf,minta ampun.  :)


RESIPI MASAK LEMAK SAYUR ASIN BERSAMA CENDAWAN

1 ikat sayur asin RM1.00 - celur dulu buang air kelatnya
1/2 biji keledek ungu- direbus (akak guna keledek ungu sbb kawan akak yg beri)
1 bungkus cendawan tiram - koyakkan sj
1/2 biji bawang besar - hiris melintang
sejemput ikan bilis - dibersihkan
2 biji cili merah - hiris serung2
250g santan
1 halai daun kunyit - koyakkan
garam secukup rasa

masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masaklah sehingga mendidih.
siap. sedia untuk di hidangkan bersama sambal belacan..

sumber: norlieharumaini


SAYUR ASIN GORENG CILI

Bahan A (Dikisar Kasar)

Ikan Bilis
Cili Padi
Belacan
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia

Bahan Lain

Sayur Asin (dihiris kecil)
Sedikit Petai
Cili Merah (dihiris)
Bawang Besar (Dihiris)
Sedikit Santan Pekat
Garam dan Perasa

Cara2

Goreng Bahan yg dikisar Sehingga garing.
Masukkan Sayur Asin dan Petai..
Masukkan Santan Pekat.
Setelah mendidih masukkan garam, bawang besar dan cili merah.
Tutup Api setelah santan kering..
Boleh dimakan dgn nasi panas2..







Tuesday, September 10, 2013

Pemandangan terakhir minggu ini

Terlalu banyak kenangan......terlalu banyak..hingga perasaan sedih hinggap kerana kenangan itu sukar untuk di kembalikan.

Tetapi hidup mesti di teruskan....selamat tinggal rumah..selamat tinggal pintu...selamat tinggal tangga....selamat tinggal bilik air...selamat tinggal dapur....selamat tinggal dinding selamat tinggal semua.

Terlalu banyak kenangan kita bersama........Selamat tinggal juga tanaman2 yang terpaksa di tinggalkan (tp tanah bawak)....maka perlu di pilih yang mana perlu di letgo dan mana yang perlu di simpan.


kolam renang mini dalam kotak Styrofoam....keke. musim hujan la ni.....bertakung air2 dalam kotak styro. nk angkut berat ni. 


Ini namanya terung mini purple berjambak rasanya....tp sebab tak baja tak jaga tak siram,tak lawan alien2 yang bersarang maka.....pokok terbiar dan condong sebab terlalu berat dengan buah tak petik2 dan tumbuh dalam keadaan sedikit kekurangan.....


sawi menang tak mo kalah......nk menang jugak tu.....last2 berpesta bunga - bungaan.



Salad marilyn tak termakan.......salad yang ranggup. Dah tak terjaga.....salad yang rangup benih dari tanam sendiri.



Cili capsicum dah berbuah...tak di jaga rapi....bena sana sini.....jenuh spray last2 tak spray dah.....tumbuh sendiri tanpa jagaan tuan dia.


tgk la malabar ku ini.....sampai keluar buah2an tropika lagi......adesss...tak termakan. senang je jaga si malabar ni...tak leceh dan renyah....tp sebb tak petik dia pun beranak pinak turunkan waris ke generasi akan datang....ibu dah petik biji benih dia sikit....ada baca dalam tenet boleh tanam malabar dari biji....nk cuba la. 

Kalo ada sape2 nk cuba tanam malabar dari biji...leh email ke saya nanti saya bagi biji dia. :)

Itu sahaja perkongsian saya hari ini.....salam sayang buat semua....

Monday, September 09, 2013

Patch baru depan rumah



Assalamualaikum,

masih dalam fasa dan mood pindah randah.....rumah lama serupa kapal pecah. Rumah baru perlu di susun aturkan.......Ya Allah,kau berikanlah kekuatan tubuh badan buat hambamu ini.

Pack dan unpack barang sangat la penat......2 minggu berturut2 kami berulang ke rumah baru dan lama hantar barang...di samping menyahut cabaran jemputan jamuan open house. Hari biasa pula sangat terbantut masa untuk pergi menghantar barang kerana en.papa busy dengan kerja beliau. 

Hujung minggu ni.....ibu akan bertukar menjadi incredible hulk sebab nak angkat barang2 besar seperti katil dan almari dan almari tv dan peti ais dan mesin basuh...angkat beramai2 bermasa orang yang d upah. Takkan nk duduk saja kan...kene la berhempas pulas bersama2. Bekerja lah kita sekuatnya.....huaaaagghhhh!!!


Patch baru depan rumah ni kecik sahaja tak besar pun...Alkisah taman astakona ibu dekat rumah lama.....tak yah cerita...sadis sekali. bayam malabar dah tumbuh buah,sawi menang sudah berbunga2....pokok terung rebah ke tanah sbb tak petik buat dan pokok terlalu berat,banyak yang rosak...tak sanggup nk snap gambar. kesian pun ada juga,tp kalo nk bawa mmg tak larat sebab banyak. hanya bawa mana2 yang mampu sahaja la. Kesian mereka........seperti melambai2 minta belas kasihan dan minta di bawa bersama. Tapi apa kan daya,.......kami x mampu nk bawa semua sekali. Sedih hati ini melihat mereka cuba bertahan. Insyallah ibu cuba dan akan cuba untuk bawa semua pokok jika mampu.......

Jika tidak terpaksa hayat mereka sampai di situ.......sedih.... :'(


Wednesday, August 21, 2013

Cara Bayar Hutang PTPTN dengan mudah

Assalam,

dah lama rasa tak updated blog,rindu nk komen kawan2 punya post dan nk baca posting kawan2.....kekangan kerja membantutkan masa untuk menulis dan meluahkan apa yang ingin di sampaikan. ye la,nk karang ayat bombastik kene fikir takut nnati ada yang terasa hati dengan hasil nukilan kita kan. 

Ape2 pun saya mintak maaf kalo ada tersalah silap dan kata dan selamat hari raya pada kawan2 semua. maaf zahir dan batin.....nk duit raya? hehe....

Harini saya buat sedikit entry berkenaan cara bayar PTPTN melalui laman web mereka sendiri. terdetik rasa nk buat entry berkenaan PTPTN,jadi saya buka entry ni sebarang rujukan saya dan kawan2.

yang baik kita ambil sempadan yang buruk jadikan tauladan.

1. log in ke laman web PTPTN


2. Lepas tu Klik kotak Laman Web Rasmi.


3. Selepas itu,pilih laman web E-FES dan anda akan di masukkan ke laman web tersebut.


5. untuk masuk ke dalam laman e-fes kita perlu masukkan no KP dan juga no PIN.  Kalau kawan2 tidak pasti di mana nak dapat pin number tersebut. Boleh la SMS PTPTN NOPIN [NO IC] dan hantar ke 33199 dan mereka akan balas sms kawan2 dan berikan no pin. bila dah dapat boleh guna untuk login.


6. selepas login kawan2 akan nampak berapa banyak hutang dunia yang telah di cipta ketika study dulu2. Sekiranya kawan-kawan nak melakukan pembayaran bolehlah tick pada pinjaman 1 dan seterusnya masukkan jumlah yang hendak dibayar. 


7.Apabila dah keluar yang di atas ni klik teruskan.


8. Masa ni kawan2 akan di directkan ke page untuk payment secara online. boleh pilih mana2 bank yang kawan2 suka tp dengan syarat mesti sudah daftar untuk online transaksi. Kalau tiada kene daftar dulu. 


9. Masa ni mereka akan request TAC code dll.....ikut sahaja arahan yang di berikan dan selesai transaksi sila lah print salinan bayaran tersebut untuk simpanan dan juga untuk di attach bersama semasa bayaran income tax.

selesai sudah bayaran online PTPTN kawan2....... 

bayaran cara saya: bila dapat bonus saya akan bayar sekali banyak dan maintain bayaran bulanan yang rendah untuk mengelak di kenakan kos pentadbiran. Insyallah jika kita istikomah pasti hutang PTPTN kita habis bayar.

Sumber gambar: zulaeriazz






Wednesday, July 17, 2013

Tolong jawab untuk saya


 Assalamualaikum,

Sedikit pertanyaan dan kemushkilan......hari tu saya ada cerita pasal pokok petola saya menjalar tanpa pancang....nak jadi cerita semalam MIL tanpa pokok ape berdaun besar tu.

Dengan yakin saya jawab pokok petola,MIL cakap itu bukan petola tp labu air?

Betul ke labu air? MIL tanya masa tanam tu tak tengok ke benih ape.

Saya jawab saya semai dan campak je benih dan tidak tengok dan tidak label......

Minta pengesahan dari kawan2 adakah ini pokok labu air/petola?

Bunga bewarna putih.



Bunga yang mekar,gambar ni di ambil ketika jam menghampiri maghrib semalam.....masih berkembang cantik.

semalam berhati gembira kerana dapat memetik timun jepun saya yang sudah masak.....di makan masa berbuka sebagai ulam cicah bersama coleslaw dan carrot. Sedap dan ranggup..... jom tanam timun jepang sekarang jugak. hehe......