Wednesday, July 17, 2013

Tolong jawab untuk saya


 Assalamualaikum,

Sedikit pertanyaan dan kemushkilan......hari tu saya ada cerita pasal pokok petola saya menjalar tanpa pancang....nak jadi cerita semalam MIL tanpa pokok ape berdaun besar tu.

Dengan yakin saya jawab pokok petola,MIL cakap itu bukan petola tp labu air?

Betul ke labu air? MIL tanya masa tanam tu tak tengok ke benih ape.

Saya jawab saya semai dan campak je benih dan tidak tengok dan tidak label......

Minta pengesahan dari kawan2 adakah ini pokok labu air/petola?

Bunga bewarna putih.



Bunga yang mekar,gambar ni di ambil ketika jam menghampiri maghrib semalam.....masih berkembang cantik.

semalam berhati gembira kerana dapat memetik timun jepun saya yang sudah masak.....di makan masa berbuka sebagai ulam cicah bersama coleslaw dan carrot. Sedap dan ranggup..... jom tanam timun jepang sekarang jugak. hehe......

14 comments:

  1. mmg pokok labu air..kalau petola bunganye warna kuning...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kebun ibu,

      terima kasih atas penjelasan yang di berikan. Baru saya tahu itu pokok labu air,tersalah cakap dekat mak mertua pula. hehe....

      Delete
  2. betul tuh..petola bunga kuning..labu air lah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a,labu air.....selumber je jawap dengan lancar dekat mak mertua. Dia lagi tahu dari saya. hehe....Terima kasih UA. :)

      Delete
  3. As salam Ibu Qis,

    Hari tu masa posting mengenai pokok ni, saya dah musykil sebenarnya. Ibu Qis kata daun pokok petola yg dlm gambar tu busuk tp saya tgk daunnya lain je.

    Bunganya sama dgn labu botol saya tp daunnya lain. Labu botol dan labu air adalah spesis yg sama. Pokok labu air tak blh biarkan melata mcm tu, nanti buahnya mudah rosak dan pembesarannya terganggu krn tiada graviti.

    Untuk info, bunga jantan labu air/botol mekar waktu senja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumssalam en.adry,

      Terima kasih atas penjelasan yang jelas dari en.adry. Jadinye lepas ni saya kene carik juga pancang atau bagi pokok labu air saya panjat pokok lain ka atau ape2 sahaja yang boleh saya gunakan untuk bagi pokok labu saya memanjat la ya.

      Padan la saya pelik tengok bunga labu saya ni...kenapa la asal maghrib je berkembang2 pulak. bila time siang tido /layu. Rupanya dia mekar time senja. :)

      Delete
  4. sori ibu qis, soalan susah ni...tk dpt jwb la...tapi bunga tu cantik sangat dan paling pasti timun tu sgt segar...nk tanam jgk pasni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      hehe,,,terjawab jugak persoalan saya...bukan main syok tanam tp tak tau pokok ape....hehe. nasib en.adry dah bagi penjelasan tahu lah saya nk buat ape ke si labu ni. hehehe......

      Jom @na kita tanam timun banyak2. kita bagi jiran sebelah rumah jeles....nnti mesti dia pun nk tanam sama. hehe....

      Delete
  5. saya penah tengok bunga labu air kat umah mak saya.. camtu la wane nye.. :) betul lah tu labu air..

    ReplyDelete
  6. bunda pun tak pasti...memang tak arif pun...apa2 pun tunggu jer hasilnya nanti baru tahu...

    salam ramadhan dari bunda....

    ReplyDelete
  7. saya tengok macam pokok timun betik tapi bunganya putih pulak...pelik, pelik (hehehe...sebenarnya tak tahu)

    ReplyDelete
  8. Biasanya petola bunga kuning seperti kawan-kawan lain info.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)