Friday, September 13, 2013

Cili Capsicum dan khasiat

Cili capsicum yang terbiar dan tidak di jaga rapi tak sangka pula berbuah lebat....haritu mmg nampak banyak bunga...ingat tak jadi sebab nampak mcm banyak bena.

Pagi tadi tengok Alhamdulillah,banyak yang berbuah....harap2 mereka tumbuh dengan sihat......di kala buah tengah banyak ni kene rajin membaja banyak2. Pakai baja organik tak perlu risau.....mulch kan tanaman dan letak kompos.

Tp si pemalas seperti saya tak rajin nk mengompos....saya akan campak saja sayur2 atau kulit2 pisang tanam dalam tanah untuk jadikan baja. Short cut utk si pemalas yang malas nk buat kompos. keke.......

Mana2 pokok perlukan air circulation yang bagus....sebaik2 nya place dekat kawasan yang dapat full sun dan juga air circulation yang baik utk elakkan tanaman cepat di serang makhluk perosak. kalo dah kena tak pa......guna je formula mcm en.is tanam sendiri bagi tu. tak pun spray guna minyak neem.



Khasiat capsicum:

1. Baik untuk diabetes.
2. Bersifat melawas.
3. Baik untuk merawat selesema dan demam.
4. Membantu mengurangkan kolesterol, berkesan menghindarkan strok dan serangan jantung.
5. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu menurunkan tekanan darah.
6. Merawat dan mencegah jangkitan.
7. Baik untuk membran mukus, mata dan kulit.
8. Mempercepatkan metabolisme dan membantu membakar lebih kalori.
9. Merangsang rembesan perut dan menggalakkan pencernaan.
10. Mempunyai nilai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan tisu dan sel.
11. Padat dengan nilai antiradangan.
12. Mencetus pembebasan endorfin (pemancar neuro) di dalam otak yang mengurangkan rasa sakit.
13. Berguna dalam melambatkan asimilasi lemak di dalam usus.

antara cara yang bagus untuk kita nikmati cili capsicum ini adalah dengan makan mentah cicah dengan sos thousand island. memang terbaik.

4 comments:

  1. yang ni dah pindah rumah baru ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kak.....hehe. sayang ni kak....menatang bagikan minyak yang penuh. huhu

      Delete
  2. Sya suka capsikum buat salad..gt sedap...

    Salam kenal ibu qis..sya folo blog ibu qis..jika sdi,snggah ke blog sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam adrianna,

      terima kasih ya sudi singgah. Salam kenal saya follow kembali blog adrianna ya. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)