Thursday, November 14, 2013

Rendang cik yam

Pulang dari kerja semalam tah kenapa mengidam yang teramat sangat ke rendang (bukan ngandung ya..huhu)......godek punya godek last2 jumpa resepi dari blogger masakan tersohor puan azie.

Mcm entry nadia untuk red valvet guna resepi puan azie,saya pun suka guna resepi dari puan azie. So far tak pernah mengecewakan Alhamdulillah. Masak pun senang....racik2,blender semua campak dalam kuali pastu masak dengan api perlahan sampai lembut. Dah siap rendang cik yam mudah. Sedap pun sedap.  :)

Saya kongsikan resepi di bawah untuk kawan cuba.



Rendang Ayam

Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor 
Gula
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api

Cara Memasak:-
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Sesuaikan rasa. 
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.



pokok portulaca atau kata lain rose jepun semaian dari biji benih alhamdulillah bercambah. Benih beli dari diana KBB (kebun bahagia bersama). Kebanyakkan benih dari diana sangat bernas dan walaupun dah tersimpan lama. Seingat saya dah lama dah saya beli tp masih elok cambahannye.

Di sebabkan benih terlalu halus saya terpaksa direct sow. Kalo dah banyak mcm ni anak pokok nye tak mcm mana nk sumbat dalam bekas air mineral 5 liter ni ya. hehe......ape2 pun kita tunggu dan lihat. hujung minggu ni nk buat projek lagi.....weeee.....seronoknya.  :)

Berjumpa lagi kawan2.......yahoo!!!! esok jumaat. keke.


p/s: owh ya,saya mencari benih pokok bunga di bawah ni. Kat mana saya boleh cari...cantiknye warna purple dia. Kalo ada kawan2 yang menjual benih bunga ni maklum pada saya. dengan cepat saya membelinya. :)


cantik tak kak ton? Aster Blue Autumn


Delphinium


Monkshood

dan ape2 bunga yang ada purple related. :)



12 comments:

  1. salam ibu qis, hahahha.....aster blue autumn tu ...mmg cantik!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam @na,

      kannn....hey,kalo la dapat. ececehhh. :)

      Delete
  2. banyak betul cambahan rose jepun tu...kalau tak letak dalam botol mineral pun takpe kut..terus kan aja tanam direct kat patch yg dibuat tu...merimbun penuh dikaki lima...cantik gak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,kalo biar dia menjalar mesti cantik je nampak...merimbun penuh warna warni. :)7

      Delete
  3. yg mnjadi idaman tuh cantik2 sahaja..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaman masih belum tercapai lagi....tgk je mampu.... huhu

      Delete
  4. Salam Ibu Qis,

    Nampak sedap dan simple masaknya ya!
    Kalau bunga ungu takdelah Mak Aji. Cili ungu nak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mak aji,

      Cili unggu mak aji makan mcm mana? ke dia hanya perhiasan sahaja?

      Delete
  5. Rajinlah Ibu Qis masak, terliur rasa lapar pula.
    Kalau biji benih warna ungu, bunga terung boleh tak, bunga dan buah ungu hehehe....
    Kalau pokok page:
    http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/p/bunga-warna-mauvelilaclavendar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala senang je masaknye diana...racik,blender,campak kuali masak sampai rasa sedap.....hehe.

      dah tgk page tu...cantik la.....huhuhu. dah place order. heeee

      Delete
  6. Ibu Qis....mesti meriah nnt dengan rose jepun tu....tgk dok bayangkan ni

    ReplyDelete
  7. Ada org kata rendangla masakan yg paling senang.. sure laman berseri-seri lepas ni..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)