Wednesday, November 20, 2013

Nasi Ayam Sedap

Salam sayang dan salam wordless wednesday pada kawan2 semua....cerita ini adalah cerita hujung minggu lepas. baru harini nk kongsikan. hehe...

buat menu nasi ayam menggunakan blogger masakan terkenal puan azie. Memang sedap....mendapat pujian dari en.papa......kene puji of coz la suka hati dan nk cuba lagi dan lagi...ececehhh....hehe.

jom cuba,sape tak cuba simpanlah resepi mana tau tiba2 teringin kan. hehe....





kicap cap Gajah (atau di panggil kicap pekat) 

Nasi Ayam Kak Laily Yang Tersohor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot
1/2 cawan halia kisar
1/2 cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam

Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.


Bahan untuk Sos 
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya 
3/4 cawan air masak (kak laily tak letak)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.


Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Sup Nasi Ayam
Air rebusan ayam
Garam
Serbuk perasa
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya
Panaskan air rebusan ayam. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. 


Bahan Untuk Kicap
Kicap cap gajah
Gula
Garam
Serbuk lada sulah
Air

Cara caranya:
Masak dengan air, gula, garam dan lada sulah sehingga mendidih. Boleh guna bahan memerap ayam tadi. Sesuaikan rasa.



boleh x nak selit sikit entry kerek........nampak tak inbox saya tu. dah genap 1000 semalam inbox saya. yahooo!!!!.....bangga kejap sebab angka dah seribu.mcm nk sambut anniversary pulak. keke......aduila.....

10 comments:

  1. lamanya tak makan nasik ayam..tp malas nak buatnyer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama x masak,ni baru datang angin rajin nk buat. kalo x malas...sbb rasa mcm renyah sangat. buat la UA......post sikit pic. hehe

      Delete
  2. alamak terliur la pulak tgk ayam tu..berkilat!..suka ayam macam tu..tapi kicap cap gajah mnr nak cari..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia,kalo tak silap saya kicap cap gajah ni a.k.a kicap pekat ni ada jual kat pasaraya tak silap saya. tak pun pakai je ape2 jenama kicap pekat...pastu kan saya derhaka sikit denga resepi puaz azie tu.....saya letak kicap abc saus manis skit. hehe...

      Delete
  3. salam ibu qis, ...mmg nmpk sedap ni.hehehe.....banyak rahsia kelazatan nasi ayam dibongkar ni ..tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam @na, jom la buat @na.....sedap resepi puan azie ni. menyesal nnti kalo tak cuba....ececehhhh. :P

      Delete
  4. As Salam Ibu Qis...lapar plak pg2 ni tgk gamba nasi ayam....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Lynna,

      Jom pekena nasik ayam jom. hehe

      Delete
  5. 1k unread tu. orang penting ni

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)