Monday, November 11, 2013

Aktiviti hujung minggu - bermain dengan tanah dan cacing.

Assalamualaikum,

Selepas 2 bulan berpindah rumah....bermacam2 agenda dan aktiviti ibu plan untuk cantikkan laman depan rumah dan maksimumkan penggunaan laman depan. tp biasa la,bila tak buat planning betul2 kadang tunggang langang la jawabnye. tanam sana,tanam sinun berterabur bagai......

Semanjak 2 menjak ibu join group dalam FB,ramai yang share gambar2 cantik mereka buat edible garden. Timbul perasaan jeles membuak2 sambil dalam hati berkata2 nk jugak la mcm mereka ni.....ada tempat untuk melapangkan fikiran dan memberikan ketenangan fikiran di petang2 hari sambil melepak depan rumah. hehe( berangan lagi......padahal laman kecik je)

Dalam tempoh sebulan lepas ibu rajin sesangat ke sungai buloh membeli tanah,beli rumput,beli pokok bunga dll.......semuanya gara2 projek mini ibu ini. Alhamdulillah hujung minggu lepas ni ibu berjaya tanam rumput pearls grass dengan letakkan artificial wood block yang di buat dari concrete untuk mencantikkan laman depan. Bangun pukul 7 pagi dah buat projek sampai pukul 10 semata2 nk pasang rumput dan block kayu tu.......tak sarapan terus buat projek....gigih betul ibu. keke.... sedang papa lena di buat mimpi ibu dan qis bertungkus lumus bermain tanah dan cacing....walaupun pemasangan tak secantik seperti yang kita ambil secara upah. Tp ibu ttp puas hati sebab hasil dari air tangan sendiri kan. hehe.....bangga kejap. :P

Ok,Plan garden ibu mcm ni.......separuh depan yang terima banyak cahaya matahari ibu maksimumkan untuk menanam pokok...dan separuh lagi agak terlindung dari cahaya ibu akan tanam rumput dan (berangan nk letak pasu ada air...pastu beli pokok lotus dari KBB letak dalam pasu....kekeke...berangan lagi) dan tanam edible flower.....hehe.

Pastu angan2 nye lagi nk buat ala2 english garden.....tp fikir2 mesti banyak costingnye...tak pe berangan la lagi.....keke.

Pastu berangan nk letak pagar putih sikit keliling edible garden ibu....ececehhhh...berangan lagi. keke..... mcm gambar bawah ni. cantikkan?.... Tak pe,berangan adalah free. keke



kali ni semai semuanya benih pokok bunga.......cosmos kebanyakkannya


d sebabkan benih portulaca dan petunia paling la halus di dunia....jadi ibu direct sow dalam botol mineral 5 liter. pastu buat tingkap dekat botol tu supaya pokok boleh berjurai keluar dari botol....ececehhh..dah berangan vantage pulak dah.....keke


pokok kacang tanah dah berbunga.....yahooo!!!!.  benih dari tanam sendiri.


ini unofficial result......masih tak cantik. Tak puas hati lagi ni.....



bersepdah dan bersepai sana sini bola la,pokok la...semua bersepah2.





assistant ibu paling setia menolong.....dari tanggal seluar sampai tanggal baju tinggal pampers je..betapa gigih menolong...ibu senduk tanah masuk pokok,qis korek balik keluarkan....hehe...aduila anak.


Rajin kan?........aduila. qis...qis......

itu sahaja ibu nk kongsi hari ni...happy monday,jangan blues2....and happy working.

p/s: buat masa sekarang ni ibu tak semai pokok timun,semai zuccini pun hancur sbb musim hujan ni.....si kekabuh tu tgh syok makan sambil ehem2......mmg harapan ibu nk semai....karang makan hati je tgk derang meratah dengan rakus sekali. heeee


13 comments:

  1. salam, tumpang bangga la tgk edible garden ibu qis ni...tahniah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      terima kasih banyak2 @na,ni tgh mood rajin ni...karang kalo dah malas terbang dah semua ni agaknye...keke

      Delete
  2. As Salam, Ibu Qis...nanti dah siap mesti cantik.....& comelnyaaaaaaaa assistant tuh hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Lynna,

      Insyallah..ni semua pengaruh dalam tibi,fb dll la ni. depa asyik duk tayang ke garden masing2 harus la merasai jeles. keke...... assistant tu mmg rajin. yang tak suruh tu la dia g buat. keke

      Delete
  3. Replies
    1. kan,saya beli dekat sungai buloh satu beg tu dalam RM15. ok la kut harga dia....hehe

      Delete
  4. cantik..betul cantik..suka tengok batu2 tu..dengan alas keping tu...dan pokok2 yang ditanam nampak subur semuanya...tak sabar nak tgk yang official...ni nak semangat jeles gak ni..hihi

    p/s: cekci nya qis..sedap berkubang tanah cacing bagai yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mak yung nadia....keke. sabar ye,nanti lepas bersalin boleh bersilat balik dekat kebun. X sabar nk tunggu entry dari nadia pasal garden pulak.....hehe......sebenarnya banyak lagi yang nk d buat dan di cantikkan....nk cantik duit pun kene la cantik sama...uwaaaa......

      p/s: mmg seksi assistant saya ni....kata dia panas....tu suruh bukak baju,seluar semua tinggal pampers je. keke

      Delete
  5. Salam Ibu Qis,

    Wah, yang ditunggu-tunggu dah tiba! Yang preview pun dah comey, kalau dah complete nanti apa lagilah! Sibuknya tukang kebun kecik tu ya! Panas ya musim2 hujan ni ya, he he!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)