Wednesday, October 31, 2012

Rambutan




Pembiakan

Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.

Penanaman

Lubang penanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm perlu disediakan dengan jarak 10 m dalam sistem penanaman tiga atau empat segi sama. Tanah atas yang dicampur dengan 10 -15 kg baja organik dan 0.5 kg baja fosfat hendaklah digunakan sebagai baja asas.
Tempoh di permulaan musim hujan adalah paling sesuai untuk memulakan kerja penanaman di ladang. Anak pokok yang baru ditanam hendaklah dilindung dengan struktur pelindung seperti pelepah daun kelapa. Penyungkupan adalah digalakkan bagi tujuan memulihara kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai.

Penyelenggaraan tanaman

Pemangkasan hendaklah dilakukan bagi menyelenggarakan keutuhan pokok dan membentuk kanopi serta meningkatkan pengeluaran buah. Pemangkasan secara sistem buka tengah hendaklah dilaksanakan dengan menyingkirkan cabang atau tunas-tunas air daripada pokok. Bahagian dahan yang dicantas hendaklah segera dirawat dengan bahan perawat pokok ('tree dressing').
Merumpai boleh dilakukan secara manual, kimia atau mekanikal. Pengawalan rumpai secara mekanikal dengan menggunakan traktor boleh menjimatkan tenaga pekerja. Penyemburan racun kimia untuk lalang dan rumpai lain bolehlah dilakukan dengan menggunakan glyphosate atau paraquat.

Pembajaan

Pembajaan boleh dilakukan secara tabur rata atau ditanam dalam bentuk poket di sekeliling pokok pada hujung kanopi. Pembajaan yang seimbang dan tetap akan menjamin pertumbuhan sihat dan penghasilan tinggi di peringkat kematangan pokok.

Pengurusan perosak

Tanaman rambutan umumnya bebas daripada perosak dan penyakit utama. Penyakit kulapuk walaupun tidak serius tetapi kadang-kadang boleh menyerang bahagian dahan dan ranting. Cara kawalan penyakit ini ialah dengan semburan racun kulat Benomyl.

Pengurusan hasil

Pokok rambutan boleh mengeluarkan hasil selewat-lewatnya tiga tahun selepas ditanam. Buah rambutan mengambil masa 90-120 hari untuk matang. Perubahan warna daripada hijau kepada kuning atau merah merupakan petunjuk bahawa buah sudah sedia untuk dituai. Bergantung pada klon rambutan, hasil semusim ialah di antara 80 – 200 kg/sepokok. Buah-buah yang baru dituai hendaklah dimasukkan ke dalam bakul dan elakkan dari dipadatkan antara satu sama lain. Penyimpanan buah yang padat akan menyebabkan buah khususnya bahagian bulu-bulu lebih cepat rosak dan berwarna kehitaman.

Jenis-jenis rambutan

Rambutan budak sekolah
Rambutan gula batu
Rambutan kawin


sumber sahih dan di percayai: wikipedia

2 comments:

  1. rambutan telan pernah dengar..yg bijinya ditelan..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar la..betul ke boleh makan? yang saya tahu cempedak punya biji je yang boleh di makan. :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)