Thursday, October 11, 2012

Updated Timun 11/10/2012




Assalamualikum,

Harini tak banyak nak cerita....cuma nak kongsi gambar buah timun mini yang sedang membesar......so far saya ada tanam 10 anak pokok dan hanya satu sahaja yang menjadi dan yang lain2 terbantut dan daun kekuningan.

Hasil semakan dan siasatan yang saya lakukan saya dapati daun pokok timun dan buah menjadi kuning sebab pokok tak dapat nak serap nutrien yang ada dalam tanah. Tanah yang saya pakai adalah dari jenis sabut kelapa cocopeat yang agak kasar dan bukan yang halus punya.....kesilapan utama saya semasa memindahkan anak pokok ni....saya TIDAK basuh dahulu cocopeat yang ada.

Sepatutnya saya perlu membasuh selama 3 hari supaya air kekuningan dari cocopeat keluar sebelum saya pindahkan anak pokok. kerana kemungkinan untuk anak pokok menjadi rosak tinggi sebab cocopeat yang tak basuh boleh menyebabkan pokok tak boleh nak serap nutrien yang ada. Dan jadi kuning......Kesilapan adalah dari saya sendiri.....agak mengecewakan sebab ada banyak anak pokok yang saya semai menjadi kuning. Tak sanggup rasa nak ambil gambar...sedih.

Buat masa sekarang ni,saya sedang merawat semua anak2 pokok yang ada menggunakan baja zeolite a.k.a baja gubung berapi. Sebab baja gunung berapi ni dia macam meneutral kan tanah dan ikut pada PH tanah yang sepatutnya.

Di harap semuanya berjalan lancar.....walau sedikit kecewa....tp saya tak boleh putus asa. :) .Dengan izin Allah, Insyallah semuanya pasti kembali elok.

Layan la gambar timun mini tak sihat saya ni dan gambar anak dara saya ni ya. hehe.


Anak timun dari pokok yang kuning....




ustaz pun ya...ustazah pun ya...aduila....qis...qis.....



BabyTV memang tak boleh di pisahkan. 










4 comments:

  1. Gebunya pipi Qis geram aunty tengok...cium sikit.
    Hopefully timun tu will bounce back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty diana.. :)

      Hopefully timun2 ni jadi sihat la gamaknye....sedih rasa.

      Delete
  2. Comelnya baby. Mwah!
    Bestnya timun ada hasil. Saya tak pernah berjaya lagi tanam timun ni. Nak start nanti lepas musim hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks....heee.

      Saya masa mula tanam timun ok lagi...lepas bertukar medium tanaman,terus jadi t kuning....salah atas diri sendiri sbb kurang ilmu. :)

      Bila nak startnye...cepat la sikit start...tak sabar nk tunggu updated dari mama pongkey...hehe

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)