Tuesday, October 16, 2012

Pokok Tomato yang berbuah

Assalamualaikum,

setiap kali sebelum dan selepas pulang dari kerja saya pasti akan tengok perkembangan pokok tomato saya. 

Saya admit saya memang tak suka bau daun tomato...bau dia macam meloyakan tekak...pijar tekak kalo bau. Tapi yang peliknya,walaupun dah terkena daun pada tangan saya tetap bau di tangan. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasa bau daun dia. Walau berbau busuk tetap juga bau...pelik? Dah serupa lalat buah dah saya ni.... :)

Dari kecil hingga la dah berbuah saya jaga,terasa happy bila tengok dia berbuah...cuma bentuk buah tomato bulat...pokok tomato saya lonjong sikit. mungkin masih kecil lagi kut. :)



Bagai menatang minyak yang penuh..... :)


Punya la sayang sampai letak anak pokok dekat peti surat...sampai asyik kene sound dengan en.somi susah nak ambil surat...keke


Mula berdaun lebat.


Berbunga hati saya melihat bunga tomato....



Dah berbuah lonjong....ini tomato baka buah besar,bukan yang tomato mini tu. Tp lately saya punya daun tomato dah mengerekot daun2 dia.....tengok bawah daun ada binatang putih tu (tak ingat nama) duk bertengek dengan senang hati....mmg nak kene ni. Kalau saya ada masa saya spray ke daun nanti,lately sangat busy dan memandangkan mak mertua tak sihat dan banyak kerja....pokok terbiar,tanah tak beli,compost pun x sempat nak g beli,container tak cukup. 

Saya perlukan masa untuk kebun2 mini saya ni......tp masa jeles sangat dengan saya. Aduila,bila baca blog kawan2 rasa teruja....ttp dugaan silih berganti. Insyallah kalau sempat akan di curi masa......biasanya ada masa pun curi2 ambil gambar dan siram pokok je...selebihnya mmg tidak la sempat.....  (T_T'') menangis dengan kesibukan diri sendiri......

Nak tambah cerita sikit,semalam masa balik dari kerja...... adik ipar saya masak kuah singgang. Masa nak makan saya tanya dia ''kenapa singgang ni kelar dia kuning semacam?''

Mak mertua: Mak pun tengok kuning sangat,macam singgang yang dah rebus beberapa hari.

Saya: Iya la......saya menjawap.

Adik ipar: Na bubuh kunyit hidup lepas tu tengok mcm kurang warna,jadi na masukkan la serbuk kunyit tetapi terbanyak sampai kuning pekat.

Saya: Kunyit hidup dah habis ke na? (saya kan tak tanam pokok kunyit)

Adik ipar: Ada sikit je kak.

Saya pun terdiam.......lepas tu cakap dalam hati....... alamak,hari tu saya ambil kunyit hidup dalam peti ais dan masukkan dalam kotak polystyrene kat luar dengan harapan nk tanam pokok kunyit....saya diam tak cakap ape2....huhu.

Bubuh dalam kotak ni......hehe.






8 comments:

  1. Ibuqis taklama lg boleh makan tomato fresh laaa tu..
    yg kunyit nak tanam tu dibuatnyer singgang yer..takper kita gie beli balik meh,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la,tak sabar rasa nak makan tomato terbaik dari ladang...keke

      Delete
  2. cantik tomato..akak pun nak tanam tomato jugakla...ingat masa dulu2 sayang nak buang tomato yg dah lembek akak campak dalam pasu...alamak banyaknya anak pokok tumbuh..masa tu pemalas terbiar je pokok tu..rumah area kl susah dapat matahari..slim je pokok2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape jadi dengan anak2 pokok tomato akk tu? berbuah tak?.

      Delete
  3. best dpt mkn tomato fresh..yg kat kedai tu byk sembur racun

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a,kat kedai derang spray banyak racun sbb nak jaga kualiti buah tu kan. tp tak sihat untuk kita. :)

      Delete
  4. segar je pokok tomato awk ni...sy punya skang daun nya mcm kuning2 skit..makin besar makin tak ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu masa awal2,la ni sejak dah berbuah mengerekot daun2 tomato saya sbb ada binatang putih duduk bawah daun. Tgh ikhtiar nak merawat balik pokok tomato saya tu. Saya banyak baca blog tanamsendiri dengan blog aku di fiji island untuk dapat maklumat cara tanam yg betul...mereka adalah jurnal terbaik saya. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)