Tuesday, October 30, 2012

Laman rumah mertua.

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya nk ucapkan selamat hari raya haji dan mohon maaf jika ada tersalah dan terkurang. Semoga pergobanan kita pada setiap perjuagan demi Allah di berkati dan di rahmati. amiiin.

Sehari sebelum raya kami sekeluarga pulang ke rumah mertua saya kerteh terengganu. Alhamdulillah jalan tak jem. Pulang ke rumah mak mertua saya...perkara paling saya suka buat adalah merayau di kawasan rumah mak mertua saya setiap pagi melihat keindahan dan kehijauan tumbuhan di rumah mertua saya.

Layan gambar ya. :)


Cili besar sulung yang saya tanam.....cuba tgk daun belah bawah.....togel sebab teruk di serang bena. :)


bunga yang saya tak tahu nama apa...tp buah dia akan pecah dan mengerekot. :)

hasil google saya jumpa nama pokok ni pokok kaembung. :)


Buah dari pokok. :)


picit sikit dah meletop dan keluar biji. :)


mengerekot. :)



Buah yang pecah dan mengerekot. cumil je...  :)


Bunga dia merah menyala2. :)



Buah salak dari pokok yang arwah pak mertua tanam. :)


buah manggis tengah galak berbuah. :)




Buah rambutan kuning.....rambutan merah pun ada. Tapi rambutan kuning yang ni je pokok sulung yang ada. buah rangup dan sedap....manis sangat. :)



gambar pokok rambutan dan manggis dari atas rumah,yang belakang tu pokok durian...  :)



time kecil saya suka sangat petik rumput ni....sebab bunga rumput ni mcm ala2  bunga halus yang orang buat hiasan bunga tu. Dah lama saya tak nampak...terjumpa pula. :)


pokok bunga yang tumbuh meliar di rumah mil...saya tak tahu nama ape. bila saya tanya mill cakap semak je....keke. Tp saya cakap cantik. :)






bunga tak tahu nama.....hehe


itu sahaja yang saya nak share hari ni....Salam sayang,salam berkebun dan salam pencinta alam.


12 comments:

  1. Rambutan kuning..mmg best!
    Best kan ada tanah luas..macam2 pokok boleh tanam...bunga kuning tu mcm bunga matahari...tapi versi kecik..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka rambutan kuning,rangup dan sedap. heee....

      Delete
  2. Pokok bunga balsam kut.yang buah pecah pecah tu ibu qistina.,sya suka salak dgn mnggis.sbb x dak kebun.bila musim buah beli kat gerai buah ja la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok salak kat rumah mertua ni daun dia tinggi sangat....tp di sebabkan kawasan yang arwah pak mertua tanam dekat dengan jalan raya. senang nk tuai. Maklum lah,batang dan buah dia kan tajam. Kene hati2 masa nak ambik buah dia. :) Pokok manggis di dah banyak kali berbuah dan Alhamdulillah tak pernah mengecewakan. :)

      Delete
  3. wah banyak pokok buah-buahan yer..mcm dusun pulak .. i like..rambutan kuning pn mmg best,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la,kawasan rumah MIL ni mmg dah macam dusun. pokok langsat,manggis,salak,rambutan,durian,pisang dan banyak lagi arwah pak mertua tanam. Kawasan ni terlalu besar sampai susah nak manage. Sejak arwah tak da dan mil pun tak berapa nk sihat. semak dan rumput naik sampai seram nk turun.

      Saya ada bawak balik beberapa biji rambutan kuning nak cuba semai di rumah...tgk kalau2 jadi tak. Insyallah kalau jadi saya bawak benih rambutan ni terbang jauh. heee... :)

      Delete
  4. salam sis,

    bestnyer ada rambutan, manggis dan salak !!!! all my favourite....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dear,

      Kan.......bila ada banyak buah2 tempatan bila2 masa boleh petik. :)

      Delete
  5. Salam. Cantik-cantik bunga liar, terutana yg kuning mcm bunga matahari tu. Buah ranbutan jenis 'anak sekolah' ke? Kalau yang itu memang bulat-bulat, ranggup dan manis. Begitu juga jenis baka 'cik embong', cuma yg kedua agak lonjong dan merah kehijauan. Kalau baka 'perak' pula merah menyala berair kurang manis dan tidak lekang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah rambutan tu saya tak pasti varieti ape.....di depan kawasan rumah mak mertua ada 2 pokok rambutan yang bulat2,satu rambutan kuning dan satu lagi rambutan merah kalau koyak kulit nak makan...memang sedap,rangup dan sangat mudah lekang dari biji.

      Delete
  6. salam ibu Qis...oittpehal k mar terlepas entri ni...best layan foto2 ni..macam-macam ada samala kita suka rumput yg macam bunga tu..
    ada satu lagi tau wife FIL tanam atau tumbuh liar tak taula...baby breath.bila bawak balik tak hidup..
    cantik sungguh merah keembong tu..kita tengok je la..semai tak hidup hu hu dan manggis tu...kulitnya sangat berkhasiat...jus vemma yg akak minum ada kulit manggis ..high in antioxidan dan banyak health properties

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak?.....itu la,la ni saya tgk banyak dah promosi dalam tenet pasal jus manggis dan khasiatnya.

      Cantik kan rumput tu...mcm boleh buat hiasan pulak. keke....akk semai tak hidup ke pokok keembong akk? saya ada bawak balik benih keembong,kalau ada rezeki boleh la tgk keembong berbunga,itu pun kalau hidup la. keke......

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)