Tuesday, October 09, 2012

Cara Nak organize Seed.

Assalamualaikum,

Hari ni,boleh kata hampir seharian saya meng 'google' berkenaan cara nak simpan benih2 pokok yang kita beli samaada secara online ke atau beli di nurseri,di kedai atau supermarket atau kumpul sendiri dari pokok atau buah yang kita beli.

Lately koleksi benih saya makin banyak dan risau kalau2 saya tak sempat nak simpan dalam peti ais takut rosak pula benih2 yang ada. Kalau dah rosak satu kerugian pula pada saya sebab kene beli benih baru. Ada banyak cara untuk simpan benih ni.

Hasil google saya jumpa beberapa cara untuk simpan benih.

1. Simpan dalam Bekas simpan CD. (boleh bawak masuk peti ais ke?? )



credit: threepsandq

2. Ada juga yang simpan dalam bekas: (yang ni saya buat...hehe)



3. Ada juga yang simpan dalam bekas simpanan macam bag.


credit: gardentherapy

Kebiasaannya semasa membeli benih ada sesetengah benih tu dah tersimpan dalam bekas plastik yang ada seal atau zip yang mudah untuk kita buka dan simpan balik.

Tp ada juga benih yang kita beli tetapi dalam plastik yang mana lepas koyak plastik tak boleh pakai dah dan kene kita simpan dalam bekas lain. Kalau tak bernasib baik akan benih tak di simpan berterabur dan tak organize.

Semasa meng' google' tadi saya terjumpa salah satu cara nak simpan benih dalam kertas. Mudah je, kita buat sendiri...kalau tak mahu buat sendiri guna saja sampul duit raya untuk simpan. Tapi kalau tiada,boleh kita buat sendiri.

Kalau buat sendiri lagi best kut,sebabnya kita boleh pilih kertas warna apa nak pakai dan fesyen kertas yang macam mana kita nak guna dan juga ada ruang untuk kita menulis benih yang di simpan.

Sangat practical pada saya.

dari helaian kertas berwarna warni seperti ini:


kepada kertas yang siap untuk di label dengan cantik dalam kotak /tupperware atau bekas kedap udara lain.

Credit: pickmeyard

Jika kawan2 mahu cuba boleh cuba klik di link yang ada ni di sediakan contoh sampul yang mana kita boleh terus print pakai kertas warna yang kita nak. Senang je,lepas tu gunting dan gam sikit lepas tu label. 


gambar lepas gunting.

ini sample yang di sediakan oleh laman web finegardening.com senang je kan???...

Jom kita meng 'organize' dan 'menyampul' benih2 kita. :)


Link untuk Contoh sampul:

1. sampul bunga matahari.

2.Sampul tomato.

3. Sampul Kosong.

4.Sampul Kacang.




Itu sahaja yang saya nak kongsi hari ni,jika ada cara lain yang kawan2 guna boleh la di kongsi bersama2. Mana tau lebih practikal dari cara yang sedia ada ni.....hehe.

Salam berkebun dari saya. :)






2 comments:

  1. bagus maklumat nie..thanks for sharing nanti blh cuba jgk

    ReplyDelete
  2. lynn letak dlm tupperware jer.. memang tersgtla tak organize (tu kdg2 bila anak benih cambah tak tau pokok apa) ada dua polisterine dah ditanam tak tau samada long bean, winged bean, or sengkuang..padan muka!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)