Monday, October 01, 2012

Cerita 1 oktober


Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam sihat2 selalu pada kawan-kawan saya semua. 

Hujung minggu baru ni tak banyak agenda melainkan duduk rumah di sebabkan papa qis ada program jungle tracking ke gua tempurung perak. Dalam pada sibuk melayan karenah anak dara,kene la jugak turun ke kebun mini saya nak sattlekan kerja2 terbengkalai.

Alhamdulillah,saya telah berjaya memindahkan anak2 pokok sawi ke dalam bekas.....bila fikir balik rasa menyesal je simen depan rumah.....dah tak da tempat nak bercangkul dan tanam sayur2. Tak pa la,tak da rezeki nak tanam depan rumah.

Di sebabkan papa qis tiada,kemalasan melanda untuk keluar rumah....masuk ke dapur nak masak-masak tengok bawang holland dah keluar daun. Nampak benar ibu qis jarang masak....huhuhu (T_T'') sampai berdaun dah pokok bawang holland saya.



Boleh jadikan daun bawang dari bawang holland???...kalo boleh saya nak je tanam.



anak pokok pak choy dan salad selada makin menjadi2 pertumbuhan mereka dalam cawan polystyrene 


bunga ros ke dua  selepas yang pertama....semerbak bau,walau rupa tak cantik mana....wangi je. (*-*) <3 p="p">

Anak pokok roselle yang di tanam pada 6/9/2012. dah 25 hari dah anak pokok ni.


Yang ni anak pokok bunga taik ayam.....benih dia saya dapat daru rumah mak mertua di ganu.....dengan malas nye,saya terus semai tanpa keringkan dulu benih dia. menjadi pulak. :)


Nak cerita sikit pasal anak pokok bendi ni......ada 3 anak pokok bendi saya sudah mengeluarkan bunga....pelik bin ajaib. Bukan pelik sebab ape,pelik sebab mereka semua masih kecil dan kurus melidi tp dah berbunga. motif nak berbunga awal? takut nanti tak sesubur yang di harapkan sahaja. Tak pela,asal dia hidup sihat sudah.....


Owh ya,sebelum saya tu saya nak cerita lately saya sangat suka mencari benih2 dan anak pokok yang eksotik dan susah untuk didapati dan saya dalam proses untuk beli 2 anak pokok ni dari sabah. Nanti akan saya tunjukkan dan beritahu pokok apa dan kalau berjaya pokok tu hidup....kalu tak hidup sia2 sahaja saya beli. Harga boleh tahan.....tak pe la,dah minat sanggup kan jugak la. Bila saya tengok je memang saya nak sangat pokok tu....Insyallah akan di beritahu kelak.

Sekian,

salam sayang,salam persahabatan,salam berkebun..... :)




10 comments:

  1. Salam berkebunan wak,segar sungguh nampak pokok bunga taik ayam ngan pakchoy tu..sy dah tak tanam pakchoy lg sekarang nie sbb musim panas mcm tak subur sangat...yg guna kokopek tu utk tanam pokok aper lak? wah tak sabar nak tunggu tgk pokok exotic awak tuh yer... nanti share yer nak tengok..

    ReplyDelete
  2. bukan kalau dah nak hujung2 tahun musim luruh dan sejuk ka?...masih panas lagi kat fiji ya?...kat sini dah kerap hujan dan sejuk ja. :)

    Cantik kan pokok taik ayam tu....menjadi pulak,padahal bukan kering pun benih dia...Alhamdulillah di permudahkan. yang pasal cocpeat tu saya gunakan untuk semua pokok yang ada...jimat sikit. hehe.

    pasal pokok eksotik tu,tak sangka plak leh jumpa....google2 org cakap cerewat sikit tanam dia,lepas tu susah nak dapat anak pokok dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini cuaca tropika jugak wak..cuma ada musim yg lebih sejuk sikit jer pada bulan 6 gitu..

      Delete
  3. boleh je tanam bawang holland tu untuk daunnya. saya kalau nampak bawang tumbuh je mesti rasa nak kambus je kat patch depan tu. haha.
    cantik anak-anak pokok. nampak semuanya subur dan gemuk (kecuali bendi) ;p
    salam kenal. thanks follow saya n__n

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam wani,Salam kenal juga. :)

      ada 2/3 biji bawang holland dah keluar daun,saya ingat tak leh tanam sbb duk fikir dalam kepala boleh ke bawang holland jadi daun bawang macam bawang2 lain??...boleh la tu kan?....keke

      nak cuba nanti,thank wani.

      Delete
  4. Cantik sungguh warna ros pink tu..akak pernah potong bawang tu..sebab tak cukup bwg..malas nak gi beli..potong keiling..dan tanam bakinya..lpas seminggu elok je hidup..


    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak,bila dah tumbuh daun sup tu kak mar makan daun bawang tu tak???...sedap tak?...ke rasa pelik? :)

      Delete
    2. Rasanya ok..kalau tak sedap anak akak HS mesti tak nak makan..

      Delete
  5. Wah dah boleh buka market jual anak-anak pokok banyak tu segar kehijauan.
    Sayur daun selalu hubby Diana yang rajin tuai bila dia masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia ni tak semua orang ada minat nak buat benda2 macam ni....kalo la derang wat macam flea market macam dekat luar negara dan jual anak2 pokok kan best. Di sebabkan tak da atau mungkin ada tp tak ramai....itu,yang masing2 simpan je untuk tanam sendiri. hehe. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)