Terlebih dahulu saya nk ucapkan selamat hari raya haji dan mohon maaf jika ada tersalah dan terkurang. Semoga pergobanan kita pada setiap perjuagan demi Allah di berkati dan di rahmati. amiiin.
Sehari sebelum raya kami sekeluarga pulang ke rumah mertua saya kerteh terengganu. Alhamdulillah jalan tak jem. Pulang ke rumah mak mertua saya...perkara paling saya suka buat adalah merayau di kawasan rumah mak mertua saya setiap pagi melihat keindahan dan kehijauan tumbuhan di rumah mertua saya.
Layan gambar ya. :)
Cili besar sulung yang saya tanam.....cuba tgk daun belah bawah.....togel sebab teruk di serang bena. :)
bunga yang saya tak tahu nama apa...tp buah dia akan pecah dan mengerekot. :)
hasil google saya jumpa nama pokok ni pokok kaembung. :)
Buah dari pokok. :)
picit sikit dah meletop dan keluar biji. :)
mengerekot. :)
Buah yang pecah dan mengerekot. cumil je... :)
Bunga dia merah menyala2. :)
Buah salak dari pokok yang arwah pak mertua tanam. :)
buah manggis tengah galak berbuah. :)
Buah rambutan kuning.....rambutan merah pun ada. Tapi rambutan kuning yang ni je pokok sulung yang ada. buah rangup dan sedap....manis sangat. :)
gambar pokok rambutan dan manggis dari atas rumah,yang belakang tu pokok durian... :)
time kecil saya suka sangat petik rumput ni....sebab bunga rumput ni mcm ala2 bunga halus yang orang buat hiasan bunga tu. Dah lama saya tak nampak...terjumpa pula. :)
pokok bunga yang tumbuh meliar di rumah mil...saya tak tahu nama ape. bila saya tanya mill cakap semak je....keke. Tp saya cakap cantik. :)
bunga tak tahu nama.....hehe
itu sahaja yang saya nak share hari ni....Salam sayang,salam berkebun dan salam pencinta alam.






















































