Thursday, September 18, 2014

Ulam Raja Beraja

Al kisah ulam raja yang ibu tanam dari benih yang di beli dari blog semua menjadi smrose ibu semai campak dalam bekas tak sangka bercambah dan bernas.

di sebabkan x sempat nak sediakan tapak dan akar ulam raja dah keluar dari pasu yang ibu tanam. ibu campak pasu dekat atas tanah. selepas campak menjadi2 dia tumbuh sampai tak terbendung.

buat masa sekarang ni ada lebih dekat 10 pokok ulam raja dan ada antaranya hampir sama tinggi dengan pokok mulberi....tinggi dari ibu lah senang cerita.

Lately hujan agak kerap turun dalam seminggu pasti akan hujan....semaian baru dah di semai nak tak nak ada la pokok2 ulam raja ni akan jadi korban untuk memberikan ruang pada anak pokok seperti roselle,tomato,terung,timun dll.......benih bunga pun dah banyak ibu semai seperti aster,petunia dll.

Kalo ikut di negara orang putih dah masuk musim autumn dan kalo kita di malaysia dah nak masuk musim tengkujuh. Musim yang sangat sesuai untuk kita mula menyemai benih2 baru memandang cuaca lately kurang panas.

menghala ke bulan december cuaca akan lagi sejuk dan nyaman........jom manfaat waktu ni untuk menanam. Happy Garden kawan2.




tinggi melangit nak lawan dengan mulberi...tak padan dengan batang badan lembut pun nak terpacak naik. hehehe...sabar je la.


 Eheeee....tersenyum2 tgk si ginseng jawa ni...mana tak nye......geram nk projek speghetti ni. ughhhh!!!! sabar2 pah bedah.


orang baru dekat rumah....ececehhhhh.... Abraham darby.

p/s: ada entry pasal pokok tomato yang ibu semai......owh yess tomato brandywine yang ibu dapat benih dari diana. x mo letak entry awal sangat...biar suspen dan surprise. tinggi pun x sampai lutut lagi takkan nk buat entry kan? so far pokoknya kukuh dan ibu pun tgh mengukuhkan diri berperang dengan aphid...alahaiiiii...susahnya nk berperang dengan mereka. Banyak usaha sedang ibu buat pada pokok tomato brandywine ibu. Rare seed takkan nak bazirkan...take the challenge. GOGO CHAYOK IBU!!!!.

gardening rock!!! (pinjam ayat en.tarique) pompompom.....(pinjam ayat dari fb en.joe jalil) hehe......

14 comments:

  1. Ulam raja kesukaan rakyat, sedap ...lawanya bunga rose pink tu...Abraham darby...namanya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ulam raja mmg kesukaan kita rakyat mesia. ulam wajib makan dengan nasi. A'a abraham darby nama dia. :D

      Delete
  2. As salam ibu qis,
    memang suspen tunggu tomato bradywine tu...tak sabar nk tgk gugusan buahnya...caiyok2...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam @na,

      tomato brandywine dah naik ke paras kepala lutut.....saya pun x sabar nk tgk dia naik meninggi dan hasilkan buat yang subur. hehe.....

      Delete
  3. Mak aih tinggi lampai semua ulam raja tu...sedap wat ulam..bunga pun cantik..jeles uuuu Abraham Darby tu...cantik sesgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....tinggi kan ulam raja. beraja sangat tau...hehe. Abraham darby youuu.....sila jeles tau. hehe.

      Delete
  4. Salam Ibu Qis,

    Hehee..Gardening Rocks!..saya rasa sangat terharu..hee...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      gardening rock,we all rockers gardener hoyeahhh!!!. :D

      Delete
  5. Ulam raja kalau dah naik mmg meriah.tinggi dan rimbun.sy x brp suka tp sebab khasiatnya bagus sy hiris halus2 mcm kerabu gaul dgn nasi..ok sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni ada selera hampir sama la,kureng makan ulam raja. hehe......tp sebab khasiat telan jugak. hehe.....

      Delete
  6. Assalam, cantik dan merimbun nya pokok ulam raja tu...dah lama bunda tak tanam ulam raja, tadi pergi kenduri tahlil...ada pula orang jamu ulam raja ni...

    Nanti nak cari benihnya,,nak tanam semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      salam kenal bunda, jika bunda nak benih ulam raja bunda PM saya alamat saya sudi kongsikan benih ulam raja dengan bonda. :D

      senang je tanamnye. jom tanam bunda. :)

      Delete
  7. Nanti dah keluar benihnya beratus-ratus pula keluar anaknya si ulam raja.
    Dah dapat buat spaghetti ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a,beranak pinak dah ulam raja kat rumah ni...pening pala. lepas tumbang 2/3 pokok naik pulak yang lain....adesss mcm tak terkawal pulak. pulak tu musim hujan menjadi2 naiknya.

      Belum buat lagi diana,saya dah masukkan dalam pasu,masa saya spray racun rose terkena ke pokok ginseng jadi saya tak tuai tunggu dia tumbuh baru. huhu....

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)