Monday, September 29, 2014

Agar-agar Telang Laici

Assalamualaikum,

hujung minggu yang lepas memindahkan semaian yang telah di semai ke dalam tanah. Kali ini ibu ambil pendekatan berbeza menyemaikan menggunakan medium AGAR2. Nanti akan di ceritakan.

Semenjak bunga telang ibu merimbun, hari2 perlu di tuai dan setiap kali tuai mesti ibu campak dalam peti ais untuk di bekukan.

Semalam tuaian telang sebekas pasu tinggi,setiap hari tuaian telang lumayan. Semalam punya tuaian ibu berfikir2 ape ibu nak buat dengan telang sebekas pasu ni. dalam hati berfikir takkan nak buat air telang lagi....lepas tu fikir lagi,takkan nak buat nasi kerabu lagi....fikir lagi....perah otak....perah2. teringat ada lagi balance agar2 ibu terus teringat nak buat agar2 telang.

untuk agak2,ikut paket dekat plastik agar2,untuk telang ibu masak macam biasa telang ibu rebus dahulu dengan air untuk keluarkan warna dan tapis.lepas tu masak macam biasa.

Di sebabkan telang tiada perisa istimewa dan hanya seperti pewarna yang ada di pasaran. ibu tambah air laici dalam tin.

Habis masak,tapis bancuhan dan sejukkan. Dah sejuk kita makan....mmmmm~~~~ sedapnya....sejukkkkk!!!!.




Agar2 telang baru keluar dari peti beku,gelojoh ibu nak bagi cepat sejuk. hehe......


Dah sejuk.....mmmm~~~ dap2.


Biru dia cantik.  :D


Menu tengahari semalam ibu buat masak lemak pucuk mulberi letak kacang panjang dan kobis resepi dari @na. sedap la ana. tercair sikit kuah sbb tangan terlebih cargas curah air dekat santan mcm ala2 jamie oliver.....sekali cair. Alahaiiii.....

Tapi yang pasti sedap.....terima kasih @na bagi idea masak lemak.  :D

10 comments:

  1. As Salam Ibu Qis;
    hebat, hebat...idea sangat kreatif...cantiiiikkkkk sungguh agar2 laici telang tu...eemmmrrr sah2 sedap menjilat jari hehehe dan yg paling mahal tu tak dapat nak beli kat mana2 kan...exclusively homemade from homegrown...hehehe..congrats!
    psl sayur mulberry plk...ala2 jamie oliver...hahaha...pasni botak habis la pokok mulberry n tk sempat bebuah dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      hehehe.....ye la @na,dari garden to the plate rasa mcm berbaloi sangat usaha dan kerja keras kita menjaga tanaman dapat di manfaatkan dalam masakan. Sedap la @na daun mulberi masak lemak tu,lepas ni akan ku cantas lebih kerap.....hehe...

      Delete
  2. Tak terfikir nak buat apa lagi dengan telang, kreatif juga ibu Qis, kiub biru yang cantik tentu sedappp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pandang bunga telang ni saya ingat dia sebagai pewarna biru je...tu yang datang mcm2 idea tu. hehe......kalo fikir dia bunga sagaja mcm tak kunjung tiba idea2 tu. haha..... :P

      Delete
  3. cantiknya agar2 tu!
    baru semalam saya buat agar2 tp warna kuning,,ahli rumah kami bertiga jer,,so selebihnya sy potong kecik2 nak jadikan agar2 kering,,1st time br nak cuba,,tak tau jd ke tidak..

    lama tak buat sayur putih sedapnya.mcm pernah terbaca daun anggur pun boleh di letak dalam masakan jugak,,betui ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ahli keluarga bertiga termasuk saya....buat seloyang yang makan saya dan anak. papa qistina x makan benda manis2...heishhh sabau je la. ingat nak buat agar2 kering mcm cucubulat punya cara.

      cakap pasal daun anggur tu,saya pun ada terfikir benda yang sama mcm cucubulat..kalo tak silap saya nama makanan tu dolma,makanan orang arab. saya pernah makan....mmg tak rasa ape2 daun anggur tu. Saya rasa kalo kita gantikan dengan mulberi pun boleh jugak. Sbb saya perasan daun anggur agak berbulu2 mcm mulberi cuma daun mulberi lebih lembut. jom kita try buat. :D

      Delete
  4. Eh ibu qis pun buat agar-agar hihi..boleh cuba ni dengan telang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.....saya tunggu entry awak ya nadia. :D

      Delete
  5. oh oh dapnya nampak agar2 telang tuh...kreatif tul idea...hehe letak laici sekali pun sedap jgk kan..

    ReplyDelete
  6. Hmm birunya agar2... cantik.. sedap tu..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)