Tuesday, September 30, 2014

Semaian Baru

sejak ibu join kelab berkebun dalam internet,banyak yang dapat di pelajari. Dari satu group public kepada group yanag secret.

Mostly menjadi silent reader dan juga comment mana2 post yang menarik. satu perkara yang ibu suka,mereka mmg tidak lokek menyumbangkan ilmu dan belanja reader dalam fb untuk belajar gardening in the right way.

Salah satu tabiat yang ibu suka bila masuk dalam mana2 group adalah buka file dalam group tersebut. Kebiasaanya dalam file akan ada banyak nota dan nota2 tersebut ibu simpan dalam tepon (save screenshot).

Salah satu entry dalam fb yang menarik minat ibu adalah entry berkenaan semai menggunakan agar2. Dah lama ibu baca dan simpan dalam kepala....nak buat...nak buat..tp x buat2.

Dah sejak hujan kerap turun ni,ibu ambil peluang dengan cuaca yang sejuk ini menyemai menggunakan medium agar2. Nampak macam mewah nak pakai agar2 bagai. tetapi ibu lagi sanggup dari ibu membazirkan benih2 yang kadang tu susah untuk dapat dan ada juga yang mahal untuk kita dapat.

Berkorban sedikit tetapi hasil memuaskan.........kelebihan yang ibu dapati dari semaian melalui agar2 ni adalah time convenient ibu. Ibu tabur benih dan ibu x perlu jirus air setiap hari bila pergi kerja seperti kita jirus benih pada tisu. Ibu x da masa untuk jirus air pada semaian di sebabkan tiap2 pagi ibu sangat rushing dengan nk hantar qis ke taska setiap hari. jadi semaian agar2 mmg sesuai dengan ibu yang on the run setiap hari. 

Ye la,kita kan weekend gardener kadang macam nak terbang nak tgk itu ini.....hehe. Satu lagi kelebihan yang ibu jumpa apabila semai melalui agar2. Kadar benih cambah tinggi dan yang paling PENTING pada ibu adalah akar semaian selamat.

Sejak menggunakan agar2 ni,semua semaian ibu selamat semasa di pindahkan ke tanah. ibu mampu tarik setiap anak pokok tanpa cederakan akar anak pokok tersebut. pendek kata,bila tarik tu sempurna la akar tu keluar. ada juga ibu terfikir nak semai terus atas tanah,t x sanggup la.....kebarangkalian kucing berak,tanah basah kene hujan,medium x sesuai...mcm2 ada.

Better safe than never,ibu sanggup lagi masak agar2 dan semai,tinggal dan pindah. Semua benih2 kesayangan dan rare selamat dalam semaian. itu adalah pendapat ibu...dan ibu rasa sesuai cara ni dengan ibu.  :D 


tgk akar berselirat dia.....



ibu mampu tarik satu semaian dengan selamat tanpa rosak sedikit pun akarnya ini adalah benih salad dari diana KBB. mabeles!!!





jimat corner,recycle je kotak telur.....


semaian salad.


timun mini


timun mini yang selamat di pindah ke tray semaian,x mo pindah tanah lagi hujan lebat mati pokok nanti.



semaian salad


itu sahaja yang ibu nak share harini,salam sayang dan happy garden kawan2.









2 comments:

  1. salam ibu qis,,
    agar2 tu dimasak cair tunggu sejuk baru tabur benih ke camana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cucubulat,

      a'a,saya masak dengan air...tunggu sampai sejuk atau suam2 kuku. pecah2 kan agar2 tu bagi hancur lepas tu susun dalam tray telur baru tabur benih. tak yah siram2 berhari2. benih tu sejuk duduk dalam agar2 tu. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)