Thursday, February 21, 2013

Mini Pizza untuk Anak kecil

Assalamualaikum sahabat2 semua.

Semalam hari rabu saya telah EL sebab teman en.papa ke hospital yang dulu en.papa pernah operate. Sebelum kami bergerak ke sana,sempat la saya sediakan nasik goreng bujang dan juga pizza mini untuk anak dara saya.

Mula tu tak terfikir nak buat pizza,tp bila ternampak roti gardenia banyak lebih...dari di biarkan expired baik la saya buat sesuatu. Bahan2 yang di gunakan senang dapat dan anak dara saya sangat suka. Biasa la kanak2.  :)

Bahan2 pula saya pakai yang dah sedia ada di rumah seperti sos prego,ayam cincang,sedikit oregano (yg dalam botol punya) bawang besar ,capsicum dan mozarella cheese yang ada berbaki dalam peti.


mula-mula tumis bawang besar yang di potong dadu, kemudian masukkan daging atau ayam cincang dan masak sampai ayam nampak dah masak dan masukkan sos prego dan sedikit oregano. Dah siap bahan base untuk sos.




ini versi ibu dan papa


Ini pizza mini versi qis...terletak bawang pula.


Tabur banyak2 cheese baru sedap.


Dah siap.



tengah main air dalam bilik air,keluar nak makan kejap sambil pegang berus besi periuk ibu...qis...qis.....


Letak cheese banyak2 baru boleh tarik panjang2. :)

Lepas sediakan sarapan..saya pun keluar kejap melihat sayur2 yang baru saya semai semalam dan bersihkan pokok2 yang ada.



Alhamdulillah Rose cameron ni tumbuh sihat dan dah keluarkan tunas baru....Lebihan kulit telur telah saya jadikan baja untuk mereka. :)


Pokok dan sayur yang di semai dalam polystyrene ada yang teruk di simbah hujan sampai jadi kolam. Daun ketumbar pun sampai lembik kene simbahan hujan lebat....pokok sweet basil,lemon basil,kailan,sayur lobak putih,kunyit....baru semai masih tak meriah lg. Direct sow sbb malas nk pindah2. 


Pokok kacang panjang yang di tanam dalam pasu...di sebabkan kayu tu berbagai2 rupa dan bentuk saya terpaksa ikat dan silang ikut mana yang muat. Pokok Alhamdulillah semakin menjalar dan sekamin sihat.....Tumbuh baik2 ya kamu semua.


Sweet basil yang tak di jaga mana tp hidup subur dalam kotak styro tu.

Itu sahaja yang saya nk kongsi...tak banyak yang boleh di kongsikan memandangkan kami agak sibuk dan en.somi kurang sihat lately. Apa2 pun,salam sayang dari saya untuk kawan2 semua. Happy gardening everybody....... 



15 comments:

  1. Smoga en. papa qis will get better ya... nampk ngancam mini pizza yg awak buat tuh..simple pun simple..qis suka yer pizza..? abe aidan agak fussy jgk..sayur2 nie tak nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ummuaidan,a'a mini pizza guna roti gardenia je. Qis ni perangai sama mcm en.papa....suka makan benda western2 ni...ibu tak berapa nk layan sangat. tukang buat je....hehe. Abu aidan tak suka makan sayur ka?

      Delete
  2. geram tgk qis.........tentu sedap pizza ni.....nak try jugaklah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib buat dini......buat untuk anak2 teruna dini tu tau. hehe

      Delete
  3. Salam Ibu Qis,

    sedap nampak piza tu, pakai jenis cheese apa tu? Nice and stringy! Bukan main lagi anak dara ni menjamu selera! Geram tengok! Cantik junjung pokok kacang, first time tengok versi yg mcm ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mak aji,

      saya pakai parmezen cheese,beli satu buku dapat pakai lama. harga dalam belasan ringgit beli dekat giant je.Buat la mak aji,tp kurang kan masin dan lemak ya....hehe junjung pokok kacang tunggang langgang. haha.....

      Delete
  4. Hope semuanya berjalan lancar ya.
    Specialnya ibu buat untuk Qistina...aunty pun nak juga...
    Cutenya trellis kacang panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trellis kacang panjang main sebat je namanya.....hehe. Dah tak tau nak pasang macam mana dah...hehe. Aunty diana kene buat jugak pizza untuk hero2 dan lil princess aunty tau. Mesti licin derang makan nanti...hehe.

      Delete
  5. Get well soon ye Papa Qistina. Insha Allah bertambah seleranyamelihat makanan sedap dan kreatif hasil tangan Ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mama pongkey,Itu la...yang pasti simple2 it la yang sedap kan. :)

      Delete
  6. pixxa mini..mmg menarik...rajin bertanam pokok bunga yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal bunda,iya pizza mini mudah dan simple jan kan? hehe...Mmg suka menanam pun bunda. Bunda suka menanam juga ka? boleh kita kongsi hobi bersama2. :)

      Delete
  7. in shaa allah...semoga semua urusan papa qis berjalan lancar...:D

    sy senyum sendiri tgk mini pizza tu...sbb masa berpantang..punya lah boring makan ikan je..sy buatkan pizza mcm tu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin,terima kasih nadia. :)

      Time pantang buat pizza? boleh ka? pizza ape di buatnye tu?

      Delete
    2. pizza mcm qis makan ni....sy buat inti dgg cincang sebab mak sy ckp dlm pantang boleh mkn dgg...tapi after dah 2 minggu lah...pastu tabur cheese..sumber kalsium kan...bakar dengan roti...sebijik mcm yg qis mkn tu..

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)