Thursday, February 14, 2013

Sayur Lemak Rambai

Assalamualaikum,

salam sihat pada semua kawan2,alhamdulillah hari ini dah hari khamis. Di sempena cuti raya cina ramai kawan2 yang balik kampung begitu juga dengan saya.

Semasa pulang ke rumah mak mertua di kerteh terengganu, kami di jamu dengan perlbagai jenis buah2an. Ada duku,ada rambai,ada salak.......Buah duku dan rambai adalah pemberian dari sepupu en.papa yang singgah dan bermalam di rumah MIL sehari sebelum kami sampai.

Keesokkannnya,apabila kami sampai mereka pun sudah bergerak ke majlis kenduri kahwin saudara mereka. Kebetulan buah rambai yang di beri agak masam,MIL cakap nak buat sayur lemak rambai. Pertama kali dengar sayur lemak rambai,apalagi...terus capai senjata rahsia saya (kamera hp) dan ambil gambar (hehe). Saya ada tanya kenapa koyak kulit rambai sahaja???...kenapa tak campur dengan kulit duku bagai. MIL cakap,kulit rambai tak bergetah macam kulit duku.

Bila saya tolong MIL koyakkan kulit tu...memang betul seperti yang MIL cakap....kulit rambai tidak bergetah dan lembut. Selepas siap sayur lemak rambai saya pun cuba rasa since adik beradik en.papa dan en.papa dan MIL beri kata2 semangat untuk cuba rasa walaupun pada mulanya saya rasa mcm pelik sangat nak makan kulit buah????.

Sekali NGAP....... mmmmmmm. memang sedap. Rasa kuah agak masam2 dan berlemak. Rasa dia lagi sedap dari belimbing buluh. Betul cakap MIL,rasa kulit rambai lagi sedap dari belimbing buluh. Sampai hari ni saya masih terbayang2 rasa kulit rambai tu. Kecur air liur.....hehe


ini duku kata MIL (heheh)....saya panggil langsat.


ini rambai namanya. :)


Kulit Rambai yang telah di koyak.

Rebus dahulu.


Rebus bersama ikan untuk di jadikan rencah kuah.


 

Dah menggelegak,tutup api.


Ikan yang di rebus tadi di buang tulang2 yang ada.


Potong bawang besar dan cili merah. Tak perlu pakai bawang putih.


MIL basuh kulit rambai dengan sedikit kapur untuk hilangkan sedikit rasa macam kulit.


Campur semua bahan dan masukkan santan dan masak hingga menggelegak. Tak perlu masak lama sangat memandangkan kulit rambai dan rebus siap2. Dah siap.

Boleh di makan bersama dengan ikan / ayam goreng atau ikan bakar....cicah bersama budu campur tempoyak dan ulam2an. Makan bertambah tak pandang kiri kanan dah sampai habis nasi seperiuk tak tinggal untuk orang yang tak makan lagi...hehe.


12 comments:

  1. Replies
    1. sedap,try la buat rose. senang dan mudah. Rasa masam2 berlemak mcm tu.

      Delete
  2. Pemakan yg hebat..bak tajuk blog...heheh...rsnya ms kecik2 pernah jgk makan sayur kulit rambai nie..rs masam2 gitu....kini dah lama tak ingat sangat daaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh....betul cakap awak,rasa dia masam2 gitu. di kuah kan pulak dengan kuah lemak. mmg sedap.

      Delete
  3. Wow. Pertama kali saya tengok sayur lemak kulit rambai ni. Masha Allah nampak best. Sebenarnya banyak makanan tradisional kita yang generasi kita tidak mengetahuinya. Saya sendiri banyak yang jahil bab-bab ni. Terima kasih di atas pencerahan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama mama pongkey, saya pun tak pernah tahu yang kulit rambai boleh makan. Itu pun sebab buah rambai tu pemberian dari sepupu en.papa dan mak mertua pula teringat nak buat sayur lemak. Ilmu yang ada kita kongsi bersama2 kan. Cuba la buat,sedap. :)

      Delete
  4. Ibu Qis.. sedapnya...akak biasa makan gulai lomak cili api ikan dengan kulit rambai..yg ni tak pernah rasa lagi.. telan air liur ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.......kira akk dah pernah makan la kan. Sedap kan? nnti akk try buat sayur lemak pula ya. :)

      Delete
  5. First time tahu ni dan tentunya sedap. Saya tgk pun terlioq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap rina,kene try buat tau. sekali rasa,selamanya nak lagi. heheh.

      Delete
  6. Salam Ibu Qis,

    Mak Aji pernah dengan masakan ni tp x pernah makan apalagi buat! Kecur air liur dibuatnya! Nak kena cuba ni!

    ReplyDelete
  7. mmg sedap..klau nk sedap lagi tmbah petai, cili besar yg di belah 2, bawang besar (mayang ) dan sedikit belacan
    ..lg sedapppp klu tak percaya cuba la..ni resepi turun temurun keluarga i

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)