Monday, May 13, 2013

Ujicambah Benih

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua sahabat2 yang saya sayangi, harap anda semua sihat walafiat.

semalam bertarikh 13/5/2013 adalah tarikh yang di tujukan khas untuk kaum2 yang bergelar ibu....hari yang agak istimewa sedikit iaitu hari ibu. Hari2 adalah hari ibu.....mungkin yang di maksudkan hari ibu pada tarikh tersebut adalh hari penghargaan buat kaum2 wanita yang bergelar ibu atas segala usaha dan pengorbanan yang di lakukan.

Pengorbanan bukan sahaja sebagai seorang anak,tetapi pengorbanan pada kedua ibu bapa,pada suami dan pada anak2 dan pengabdian sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Semalam saya mengorek inventori benih2 yang telah saya beli pada tahun lepas dalam hati tertanya2 bernas lagi ke benih2 ni....jadi saya telah uji cambah benih2 tersebut.

Dalam pukul 2 petang saya rendam benih2 ni dalam bekas dan isikan dengan air suam, Selang sejam/setengah jam (jika air sejuk) dan saya ulang sehingg jam 5/6 petang mcm tu....bila saya perhatikan ada yang telah bercambah dalam tempoh yang beberapa jam rendam. Jadi maknanya ada antara benih2 yang saya rendam masih lagi bernas.


anmpak tak benih warna hitam tu???? Dah keluar akar....saya pun tak pasti benih ape memandangkan saya tak tangging dan saya campak je semua dalam mangkuk dan rendam.


yang berselaput: sweet basil genovese beli dari diana. 


nampak tak cambahan cili tu........dah keluar sedikit ekor akar dia.






yang ni nampak mcm benih timun kampung telah keluarkan sedikit ekor akar dia.



Kesimpulannnya dalam benih2 yang di uji cambah banyak yang masih bernas. Tp rendaman semalam kebanyakkannnya adalah benih terung. So far memang benih terung tidak sedikit pun bercambah. Jika kawan2 nk belajar cara cambah terung sila baca di link berikut Cara Cambah Terung hasil tulisan en.is tanam sendiri. Insyallah berguna untuk kita semua.

.
.
.
.
.
.

Akhir sekali saya kongsikan sedikit gambar yang menggembirakan hati saya....semalam en.papa telah menghadiahkan sesuatu yang tak di sangka2...katanya sempena hari ibu dan ucapan terima kasih beliau kepada saya. :)

Harini masuk office tgk atas meja ada hadiah,rupanya hadiah pemberian bos sempana belated birthday saya april lalu....terima kasih semua atas pemberian yang sangat bermakna buat saya. Terima kasih banyak2.

 


Selamat hari ibu ucapan dari Qis. hehe....

6 comments:

  1. Selamat hari ibu...
    wah mudah kan semuanya diletak pd satu bekas..siap bercambah lak tuh kan..
    lama tak tgk qis..makin tembum yer..hehehe

    ReplyDelete
  2. syok dapat present..dua pulak tu..:D rasa lebih dihargai kan..heheh..
    geram nyer tgk lengan qis..bum bum betul!
    nak try jugak lah cara uji benih tu...mmg terung sy agak feed up!

    ReplyDelete
  3. salam ibu qis, baru tahu cara uji benih...blh try ni..tq2

    ReplyDelete
  4. rajinnya buat experiment! Lynn main tanam terus jer.. pemalas..

    ReplyDelete
  5. memang terpegun, experiment terus untuk biji benih ye.. macam2 biji benih ada.. hmmm

    ReplyDelete
  6. So Sweet :) .
    Macam boleh buat air pula biji selasih tu...hehehe...saya pun pemalas tanam terus je kekadang tabur terus atas tanah. Nampak ada baby blue jade tu.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)