Assalamualaikum,
Menjadi satu tabiat buat saya setiap kali pulang ke rumah MIL di felda kerteh terengganu saya suka merayau2 sekeliling rumah MIL dan benda paling saya suka adalah mintak tanah bakar dari MIL.
Seperti yang kita tahu kawasan felda ni adalah kawasan untuk penduduk2 dan peneroka felda. Jadi kampung di kawasan felda ni adalah kawasan kampung yang terancang yang mana jika ada kenduri mesti gotong royong,kalau ada mesyuarat semua ketua2 dan ahli blok perlu pergi ke mesyuarat. Kebiasaannnya mesyuarat berkisar tentang hal2 mencantikkan kawasan rumah di blok masing2 dan juga berkenaan hasil.
Haritu saya tanya MIL pergi mesyuarat cerita pasal apa....MIL cakap mesyuarat dia hari tu ttg nak tanam bunga2 di kwasan rumah dan cantikkan kawasan rumah......best kan hidup derang???...cerita pasal pokok,pasal hasil,pasal nk cantikkan kwasan felda ni....hebat la!!!! tak payah fikir redah jem....pasal bayar tol bagai...hehe. Jeles pulak
Minggu lepas saya telah pulang ke rumah MIL dan ape lagi......benda yang menjadi kegilaan saya setiap kali balik rumah MIL adalah mintak tanah bakar dari MIL. tanah ni MIL beli satu tan pada harga RM50. Tanah bakar ni adalah salah satu agenda mencantikkan kawasan rumah di felda dan tanah dia sangat bagus sebab tanah yang penuh nutrien dan juga tanah bakar ni tak bertakung air. Jadi pokok hidup subur dan saya tak perlu membaja sangat.
Sejak arwah FIL meninggal tanah2 ni telah terbiar dan tak ada sesiapa nk usahakan,memandangkan MIL tahu hobi saya....jadi MIL berikan tanah2 ni pada saya.
bunga depan rumah.
Tanah bakar dalam polybeg tinggalan arwah FIL. dulu buat tanam cili.
cuba perhatikan rumput yang naik atas polybeg tu....sebenarnya ada banyak sangat2 polybeg. ada 3 longgok besar polybeg di sebabkan tiada sesiapa nk usaha jadi rumpai pun naik atas polybeg ni.
ini rupa tanah bakar dalam satu polybeg. satu polybeg tu berat dia hampir 5KG. lenguh jugak nak mengangkat.
Kayu kayan yang di berikan oleh felda untuk peneroka buat rumah. La ni ramai rumah2 di felda dah bertukar ke rumah batu.
Setiap kali lalu bawah rumah pasti akan teringat ke arwah FIL yang rajin mengemas2 kawasan luar rumah.
Pokok terung MIL yang perlu hidup sendiri dah berbulan tak jirus lepas MIL sakit haritu.
Trellis buatan MIL dan FIL walau senget sikit dah la ni...tp bukti usaha bersungguh mereka nak bercucuk tanam.
itu sahaja yg saya nk kongsi harini........salam sayang dari saya.
hidup di kampung memang best..semangat kejiranan tinggi..:D yg lagi best byk recycled item boleh kita amik utk kebun mini kita heheheh cuma masalah transport je..bab kata ayah naufal..."lenkali kita balik kampung bawak lori" huhuh
ReplyDeletehehehe...itu la,saya pun suka sangat dengan tanah bakar MIL ni. Asal balik je kampung confirm balik kl bawak dalam 4 beg. satu beg 5kg tak ke en.papa membebel dalam kereta kata berat bagai. hehe........ len kali kita bawak lori sama2 ya nadia. hehe.....
Deleteye lah, brapa byk nak angkut wooo.. kalau Lynn, maunya keta comey tu x bergerak sbb berat..(berat tuannya lg! hik, hik). Apa pun, tanah bakar mmg bagus untuk pokok, tp x sesuai utk menyemai. Dah siap letak dlm polibeg lg, angkut terus la erk. Kayu kat subang ni 2 inci punya, pjg 1 kaki harganya RM1.20..haish..
ReplyDeleteBaca komen lynn sambil anggukk
Deletehehe.....saya amik pun sikit2. PIL beli tanah bakar dari felda. derang jual satu tan lori RM50. Tp kene upah orang g ambik tanah tu dekat felda. :)
DeleteKayu2 kalo beli dekat kedai hardware kat rumah saya ni pun mahai sangat2. Hari tu saya beli kayu melidi je kurusnya RM1.40 amboiii!!!.cekik darah nampak. huhu.....bayar jugak la demi hobi tercinta. hehe
Wah seronok dpt borong tanah bakar kan..sian tanah yr MIL terbiar camtuh..kalau bertanam sst pun elok jgk..sy sll gak bakar membakar sampah kat umah nie nak dpt tanah bakar..heheh
ReplyDeletehehe.....bakar sampah dapat la tanah bakar sikit buat tanam ke pokok ok la tu...hehe.
DeleteSaya pun kesian dan sedih tgk keadaan kawasan rumah yang naik rumput panjang terbiar dan tak di usaha kan sesuatu. Kalo la ada keringat nak je saya tolong MIL. tp cuti pun sekejap je tak sempat. :)
tak rugi berbudi pada tanah,kan..:)
ReplyDelete