Harini hari isnin,monday blues...masuk office je internet down dari pagi sampai ke tengahari. Baru ok beberapa jam yang lalu. Alhamdulillah.
Insyallah,hujung minggu ini adik ipar perempuan saya akan bertunang hari sabtu di terengganu. Majlis di lakukan secara kecil2an katanya. Tetapi tetamu yang di jangka hadir dengar kata mencecah sehingga 50 orang. Tetamu bertandang dan merisik......(mcm banyak je bunyinye) minggu lepas adik ipar saya call saya cakap minta saya buatkan hantaran tunang dia.
Saya jadi menggalabah dan tidak keruan bila dengar ape yang adik ipar saya cakap...Memandangkan kos upah untuk hantaran agak mahal. Maka saya pun setuju untuk buatkan hantaran adik ipar....sejak 2 hari yang lepas asyik gugel sana sini cari contoh hantaran dan juga ke kedai barangan hantaran.
Beli dan beli sampai beratus2 tidak lah saya perasan kerana terlalu nervous dan tidak tahu dari mana hendak mulakan dulu.
Semalam saya sempat cuba menggubah bunga untuk di jadikan tempat letak buah2an dan juga untuk letakkan sirih. Adik ipar cakap tak mahu pakai bunga fresh sbb mahal.....jadi saya belikan sahaja bunga biasa. :)
Ya Allah....berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk menyiapkan kerja2 ini. Hamba mu ini terlalu terkejut dan berhati2 dan takut jika tidak mcmpu melakukan kerja yang di amanahkan dengan sebaik mungkin. Amiiin.
Dah gubah simple mcm ni lepas tu tak puas hati dan rasa mcm ada yang kurang...tambah pula bunga putih.
Untuk Bakul hantaran buah2an..
Baru siap satu......ada 6 lagi perlu di buat... Ya Allah nervousnye. (T.T'')
dun wurry cantik cantik...naik seri ngan bunga putih tu...sy aritu duk berjam2 dlm ssf..mencedok idea diorg...tapi ok la kan jimat tang upahnya..:D
ReplyDeleteoh by the way..memang kut adat di terengganu..bila bertunang ramai nak dtg..heheh sy dulu ada jiran ckp..mcm rombongan nak bersanding dah nampaknya..heheh takpe lah lagi meriah kan..:D