Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Kurma Goreng

Assalamualaikum,

Selamat pagi dan salam sejahtera,hari ni masuk hari ke-2 berpuasa dan mlm ke-3 untuk kita tarawih.

Semalam saya sekeluarga berbuka makan mee goreng (permintaan en.papa),biasa lah bila puasa mesti nk makan itu ini,masak itu ini.....

Jadi sampai rumah terus singsing lengan dan bersilat menyiapkan juadah berbuka permintaan en.papa.....sedang menyiapkan bahan kepada berfikir pasal nk buat kuih atau manisan dan terlintas di fikiran nk buat kurma goreng.

Dulu masa time bebudak ummi selalu buatkan kurma goreng sbb tahu kalo makan kurma mentah masing2 makan sikit sahaja. kalo goreng kejap sahaja habisnye.

Alhamdulillah cubaan pertama berjaya dan membanggakan....hehe.

Saya kongsikan resepi dia buat kawan2 yang teringin nk makan atau cuba.

Resepi sumber: Izahdaut.blogspot.com

*terima kasih kepada tuan atau pemilik blog puan izah sebab sudi kongsi resepi ini....sape nk sangka kurma yang liat untuk di habiskan sekejap je boleh habis kalo di goreng mcm ni. ala2 mcm makan pisang goreng / keledek goreng....cuma ini kurma dan manis sedikit makan pulak time panas2.....ada cheese pulak tu di sumbat. sedap mcm mana pizza......

Saya tak pakai cheddar cheese /parmesent / cream cheese /saya hanya pakai mozarella cheese sbb itu sahaja yang saya ada. Selain pada malas nk bukak cream cheese.

Resepi:
BUAH KURMA GORENG

10-15 biji buah kurma- dipotong 2 dan buang biji
keju parut secukupnya

bahan goreng:
1 1/2 senduk tepung gandum (senduk nasi)
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan margerine
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:
Kurma yang dipotong dua disumbat sedikit dengan keju parut dan ketepikan. Bancuh adunan tepung. Bancuh cair agak2 untuk  menggoreng pisang. Celupkan kurma tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing kekuningan.

Hasil gorengan:



melt in your mouth not in your hand.....ececehhh....sedap x? of coz la sedap....hehe


Selamat mencuba dan salam ramadhan. Happy garden.

Tuesday, March 26, 2013

Cari Barang Pengantin

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat kawan2 semua. Dah masuk hampir 2 minggu posting yang saya post dalam blog ni tak updated dalam blog kawan. Telah goole sana sini,masuk feedburner dan resyn dan ping pun tak jadi jugak. Tak tahu di masa silapnye. Tak pe la,redha sahaja jika ada kawan2 yang rajin dan sudi baca entry saya ni.....sob....sob.

Tadi time rehat saya dan yana kawan se-office merayau2 di plaza alam sentral untuk mencari barang untuk hantaran adik ipar saya. Tempat yang orang ramai suka tuju adalah di romantika yang terletak di tingkat paling atas sekali. Dulu kawasan atas ni glamour sebab kan ada tempat seri pentas 2 banyak rancangan tibi buat rakaman dan antaranya pi mai pi mai tang tu. (nostalgianya cerita tu)..... Kedai romantika ni adalah kedai yang banyak jual barang2 untuk peminat2 vintage / english style dari segi harga sangat lah murah. Kalo pergi ke lovely lace takkan dapat la harga2 mcm ni la kan.. Sudi2kan lah melayan gambar untuk tatapan  kawan2 semua.  :)


Bekas lilin yang boleh di gunakan untuk hiasan meja rumah atau untuk pengantin.


Antara perhiasan2 yang tergantung atas kepala...sangat cantik.


Candle holder.


pinggan mangkuk tema vintage.


Frame gambar yang di jual.



Frame gambar lagi


Pinggan perhiasan.....Tgk harga dia...murah kan? besar pinggan tu dan berat.  :)


Kotak Berjam.


Luggage ala2 orang putih punya.....feeling2 english gitew.  :)




Se rak longgokan tisu2 yang cantik dengan tema vintage


Tarik sikit......cantik kan?

Di sinari cahaya lampu nan indah.....bagaikan di kayangan....(berangan)


Snap gambar dari luar kedai.  :)



Monday, March 25, 2013

Hantaran Tunang Adik Ipar

Assalamualaikum,

Harini hari isnin,monday blues...masuk office je internet down dari pagi sampai ke tengahari. Baru ok beberapa jam yang lalu. Alhamdulillah.

Insyallah,hujung minggu ini adik ipar perempuan saya akan bertunang hari sabtu di terengganu. Majlis di lakukan secara kecil2an katanya. Tetapi tetamu yang di jangka hadir dengar kata mencecah sehingga 50 orang. Tetamu bertandang dan merisik......(mcm banyak je bunyinye) minggu lepas adik ipar saya call saya cakap minta saya buatkan hantaran tunang dia.

Saya jadi menggalabah dan tidak keruan bila dengar ape yang adik ipar saya cakap...Memandangkan kos upah untuk hantaran agak mahal. Maka saya pun setuju untuk buatkan hantaran adik ipar....sejak 2 hari yang lepas asyik gugel sana sini cari contoh hantaran dan juga ke kedai barangan hantaran.

Beli dan beli sampai beratus2 tidak lah saya perasan kerana terlalu nervous dan tidak tahu dari mana hendak mulakan dulu.

Semalam saya sempat cuba menggubah bunga untuk di jadikan tempat letak buah2an dan juga untuk letakkan sirih. Adik ipar cakap tak mahu pakai bunga fresh sbb mahal.....jadi saya belikan sahaja bunga biasa.  :)

Ya Allah....berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk menyiapkan kerja2 ini. Hamba mu ini terlalu terkejut dan berhati2 dan takut jika tidak mcmpu melakukan kerja yang di amanahkan dengan sebaik mungkin. Amiiin.


Dah gubah simple mcm ni lepas tu tak puas hati dan rasa mcm ada yang kurang...tambah pula bunga putih.



Untuk Bakul hantaran buah2an..


Baru siap satu......ada 6 lagi perlu di buat... Ya Allah nervousnye.  (T.T'')



Saturday, March 23, 2013

Sakit Hati dengan Pos Laju

Tiada gambar dapat di gambarkan perasaan marah saya.......2 kali parcel yang saya minta kirim ke rumah mereka maklum yang tiada orang di rumah sedangkan adik ipar saya ada di rumah. Mereka tiada inisiatif ke nak telefon saya dan tanya ada orang ke tidak di rumah. Tahu2 dapat surat suro ambil di pusat poslaju bangi.......issshhh!!!!. Attitude ape ini,kenapa tak call saya dulu kalau rasa ketuk pintu rumah tak da orang buka. Bukan ape,kadang adik ipar saya berada dalam bilik dan mungkin tidak dengar orang datang. Mereka suka sambil lewa la.......geramnye dengan attitude mcm ni.  sob...sob......

Wednesday, March 13, 2013

Mintak Tanah Dekat MIL


Assalamualaikum,

Menjadi satu tabiat buat saya setiap kali pulang ke rumah MIL di felda kerteh terengganu saya suka merayau2 sekeliling rumah MIL dan benda paling saya suka adalah mintak tanah bakar dari MIL. 

Seperti yang kita tahu kawasan felda ni adalah kawasan untuk penduduk2 dan peneroka felda. Jadi kampung di kawasan felda ni adalah kawasan kampung yang terancang yang mana jika ada kenduri mesti gotong royong,kalau ada mesyuarat semua ketua2 dan ahli blok perlu pergi ke mesyuarat. Kebiasaannnya mesyuarat berkisar tentang hal2 mencantikkan kawasan rumah di blok masing2 dan juga berkenaan hasil.

Haritu saya tanya MIL pergi mesyuarat cerita pasal apa....MIL cakap mesyuarat dia hari tu ttg nak tanam bunga2 di kwasan rumah dan cantikkan kawasan rumah......best kan hidup derang???...cerita pasal pokok,pasal hasil,pasal nk cantikkan kwasan felda ni....hebat la!!!! tak payah fikir redah jem....pasal bayar tol bagai...hehe. Jeles pulak

Minggu lepas saya telah pulang ke rumah MIL dan ape lagi......benda yang menjadi kegilaan saya setiap kali balik rumah MIL adalah mintak tanah bakar dari MIL. tanah ni MIL beli satu tan pada harga RM50. Tanah bakar ni adalah salah satu agenda mencantikkan kawasan rumah di felda dan tanah dia sangat bagus sebab tanah yang penuh nutrien dan juga tanah bakar ni tak bertakung air. Jadi pokok hidup subur dan saya tak perlu membaja sangat.

Sejak arwah FIL meninggal tanah2 ni telah terbiar dan tak ada sesiapa nk usahakan,memandangkan MIL tahu hobi saya....jadi MIL berikan tanah2 ni pada saya.


bunga depan rumah.


Tanah bakar dalam polybeg tinggalan arwah FIL. dulu buat tanam cili.


cuba perhatikan rumput yang naik atas polybeg tu....sebenarnya ada banyak sangat2 polybeg. ada 3 longgok besar polybeg di sebabkan tiada sesiapa nk usaha jadi rumpai pun naik atas polybeg ni.



ini rupa tanah bakar dalam satu polybeg. satu polybeg tu berat dia hampir 5KG. lenguh jugak nak mengangkat.


Kayu kayan yang di berikan oleh felda untuk peneroka buat rumah. La ni ramai rumah2 di felda dah bertukar ke rumah batu.


Setiap kali lalu bawah rumah pasti akan teringat ke arwah FIL yang rajin mengemas2 kawasan luar rumah. 


Pokok terung MIL yang perlu hidup sendiri dah berbulan tak jirus lepas MIL sakit haritu.


Trellis buatan MIL dan FIL walau senget sikit dah la ni...tp bukti usaha bersungguh mereka nak bercucuk tanam.


itu sahaja yg saya nk kongsi harini........salam sayang dari saya.


Tuesday, March 12, 2013

Si lemon basil dan si lobak putih.


banyak sebenarnya lemon basil yang saya semai dan dalam banyak2 ni hanya sepohon ini sahaja yang membesar bagaikan juara. Hari demi hari makin menjadi2 tumbuh.

Masih tiada idea nk pakai lemon basil ni untuk ape......





Ulam raja tabur dalam styro dan tumbuh dengan sihat alhamdulillah. Senang je semai ulam raja ni ya. :)


Pokok Terung yang kurang terjaga....dah berbuah sepatutnya masukkan dalam styro supaya boleh membesar lagi besar. Insyallah hujung minggu ni boleh buat projek terancang saya.


Lobak putih / lobak kampung


nampak tak tahap bersepah2 pokok lobak ni?...ini namanya gardener terlebih rajin. Tabur je benih dalam stro dan tinggal. Sekali sekala tabur baja........pemalasnye tukang kebun sorang ni kan. huhu.........


nampak tak mcm isi lobak putih tp dah terjojol keluar? pokok tak berakar sepenuhnya sampai dalam sebab tukang kebun terlebih rajin tabur benih kekdahnya.  uhuk2.....

Monday, March 11, 2013

Vitamin C + Udang = Arsenic

A friendly reminder buat kawan2 semua....mana tau ada yang mengambil Vitamin C untuk kegunaan harian.

Hoax - Eating Shrimp and Taking Vitamin C Can Cause Death by Arsenic Poisoning



A woman suddenly died unexpectedly with signs of bleeding from her ears, nose, mouth & eyes. After a preliminary autopsy it was diagnosed that death was due to arsenic poisoning.

Where did the arsenic come from?
The police launched an in-depth and extensive investigation. A medical school professor was invited to come to solve the case.

The professor carefully looked at the contents from the stomach. In less than half an hour, the mystery was solved.
The professor said: 'The deceased did not commit suicide and neither was she murdered, she died of accidental death due to ignorance!' Everyone was puzzled, why accidental death? The professor said: 'The arsenic was produced in the stomach of the deceased.' The deceased used to take 'Vitamin C' everyday, which in itself is not a problem. The problem was that she ate a large portion of shrimp/prawn during dinner. Eating shrimp/prawn is not the problem that's why nothing happened to her family even though they had the same shrimp/prawn. However at the same time the deceased also took 'vitamin C', that is where the problem was!



Researchers at the University of Chicago in the United States , found through experiments, food such as soft-shell contain much higher concentration of five potassium arsenic compounds.

Such fresh food by itself has no toxic effects on the human body.

However, in taking 'vitamin C', chemical reaction occurs and the original non-toxic elements change to toxic elements.



Arsenic poisoning has magma role and can cause paralysis to the small blood vessels. Therefore, a person who dies of arsenic poisoning will show signs of bleeding from the ears, nose, mouth & eyes. Thus as a precautionary measure,

DO NOT eat shrimp/prawn when taking 'vitamin C'.

Thursday, March 07, 2013

Gladioli 2 minggu


Glagioli yang di semai dalam pinggan dah berusia 2 minggu dan telah pindahkan dalam pasu kecil....dan saya masih juga belum membeli pasu besar untuk di pindahkan lagi....ish3....sabar je la. gardener pemalas namanya ni.....hehe.



Bulb ke-5 mcm tak mo tumbuh je dah.



5 beradik satu tu tak tumbuh2



Kalo baca dalam blog nadia ada sebut perlu letak di bawah cahaya matahari baru dia berbunga.......Insyallah,bila gladio ni dah besar sikit akan saya pindahkan.