Wednesday, July 17, 2013

Tolong jawab untuk saya


 Assalamualaikum,

Sedikit pertanyaan dan kemushkilan......hari tu saya ada cerita pasal pokok petola saya menjalar tanpa pancang....nak jadi cerita semalam MIL tanpa pokok ape berdaun besar tu.

Dengan yakin saya jawab pokok petola,MIL cakap itu bukan petola tp labu air?

Betul ke labu air? MIL tanya masa tanam tu tak tengok ke benih ape.

Saya jawab saya semai dan campak je benih dan tidak tengok dan tidak label......

Minta pengesahan dari kawan2 adakah ini pokok labu air/petola?

Bunga bewarna putih.



Bunga yang mekar,gambar ni di ambil ketika jam menghampiri maghrib semalam.....masih berkembang cantik.

semalam berhati gembira kerana dapat memetik timun jepun saya yang sudah masak.....di makan masa berbuka sebagai ulam cicah bersama coleslaw dan carrot. Sedap dan ranggup..... jom tanam timun jepang sekarang jugak. hehe......

Saturday, July 13, 2013

Intai Small garden ramadhan ke-4

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat sahabat semua semoga sihat walafiat hendaknye.

Hari ni sahur makan roti je since en.papa x mo bersahur kerana terlalu letih dan mengantuk....sudah di kejut pun x mahu bangun katanya letih sangat. X ape la,ibu sahur sendiri.....

Pukul 9.00 keluar tengok kebun mini kejap sebelum tenghhari menjengah. layan gambar ya.


Sawi mengamuk!!!.....hehe




anak pokok roselle benih dari pokok induk bersepah2 banyak. x tau nak alih ke mana dah


timun jepun mula berbuah dan menyorok balik pagar berkawan dengan bayam malabar dan pokok kacang panjang





sawi menang campak2.....



pokok cili tanam dalam bekas air mineral 5 liter...alhamdulillah hidup subur......dan berbuah lebat.


itu sahaja saya nk cerita,tak boleh cakap banyak anak dara uwek2....minta di layan karenah dia. hehe....salam sayang dan salam garden buat sahabat semua.

Thursday, July 11, 2013

Kurma Goreng

Assalamualaikum,

Selamat pagi dan salam sejahtera,hari ni masuk hari ke-2 berpuasa dan mlm ke-3 untuk kita tarawih.

Semalam saya sekeluarga berbuka makan mee goreng (permintaan en.papa),biasa lah bila puasa mesti nk makan itu ini,masak itu ini.....

Jadi sampai rumah terus singsing lengan dan bersilat menyiapkan juadah berbuka permintaan en.papa.....sedang menyiapkan bahan kepada berfikir pasal nk buat kuih atau manisan dan terlintas di fikiran nk buat kurma goreng.

Dulu masa time bebudak ummi selalu buatkan kurma goreng sbb tahu kalo makan kurma mentah masing2 makan sikit sahaja. kalo goreng kejap sahaja habisnye.

Alhamdulillah cubaan pertama berjaya dan membanggakan....hehe.

Saya kongsikan resepi dia buat kawan2 yang teringin nk makan atau cuba.

Resepi sumber: Izahdaut.blogspot.com

*terima kasih kepada tuan atau pemilik blog puan izah sebab sudi kongsi resepi ini....sape nk sangka kurma yang liat untuk di habiskan sekejap je boleh habis kalo di goreng mcm ni. ala2 mcm makan pisang goreng / keledek goreng....cuma ini kurma dan manis sedikit makan pulak time panas2.....ada cheese pulak tu di sumbat. sedap mcm mana pizza......

Saya tak pakai cheddar cheese /parmesent / cream cheese /saya hanya pakai mozarella cheese sbb itu sahaja yang saya ada. Selain pada malas nk bukak cream cheese.

Resepi:
BUAH KURMA GORENG

10-15 biji buah kurma- dipotong 2 dan buang biji
keju parut secukupnya

bahan goreng:
1 1/2 senduk tepung gandum (senduk nasi)
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan margerine
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:
Kurma yang dipotong dua disumbat sedikit dengan keju parut dan ketepikan. Bancuh adunan tepung. Bancuh cair agak2 untuk  menggoreng pisang. Celupkan kurma tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing kekuningan.

Hasil gorengan:



melt in your mouth not in your hand.....ececehhh....sedap x? of coz la sedap....hehe


Selamat mencuba dan salam ramadhan. Happy garden.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Bulan Keberkatan


Kelebihan Ramadhan
Jom sama-sama kita kongsi beberapa potong hadis yang berkaitan bulan Ramadhan dan kelebihannya bagi membangkitkan semangat dan keinginan untuk meningkatkan amalan ibadah dan juga mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Alam ini.
1- Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
2- Sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Seorang penyeru (Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
3-Sabdanya lagi: “Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
1- Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa yang Allah lihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
2- Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
3- Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
4- Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
5- Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
4- Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
Semoga dengan bulan kenerkatan ini maka akan terhindarlah kita dari segala maksiat dan kejahatan dan berlumba2 dalam melakukan amal ibadah dan saling bermaaf-maafan.
Allah terlalu menyayangi hambanya....begitu juga nabi muhammad s.a.w sehingga Allah mengurniakan bulan yang sangat mulia dan bulan yang hanya kita akan dapat sekali dalam setahun,di limpahkan nya rahmat dan kasih sayang.....sehingga segala kebaikan sebesar zarah pun dia gandakan dengan pahala yang berlipat kali ganda. wallahualam

Tuesday, July 09, 2013

Petola tumbuh melata


Di biarkan dia tumbuh melata...tidak berpancang dan tidak di letakkan di pagar.....bila terpegang alangkah busuknye daun petola. pening lalat bila terbau.......  (@.@'')


Sempena kedatangan bulan ramadhan esok dan mlm ni hari pertama tarawih......saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa kepada sahabat2 maya saya tak kira lah siapa anda,yang jauh mau pun yang dekat. Anda semua adalah sumber inspirasi saya untuk terus2an berusaha memperbaiki diri dan meneruskan hobi gardening saya.

Bulan ramadhan bulan mulia, pintu neraka di tutup dan pintu syurga terbuka luas......segala amalan di lipat gandakan. Semoga dengan kedatangan ramadhan ini sama2 kita memperbaiki diri.

Diri saya tidak pernah lari dari melakukan kesilapan....mohon maaf di hulurkan dan salam sayang dari saya dan salam ramadhan.