Thursday, August 21, 2014

Petunia Semai dari Benih

Alkisah saya ada beli benih dari diana KBB,benih petunia mixed colour. ada banyak sangat anak pokoknya tp yang betul2 hidup hanya 2 pokok ini sahaja selepas mati tak bersiram 5 hari outstation.

Petunia masa semai renyah sikit sbb benih sangat halus mulus masa semai kene hati2 dengan jari kalo tak berterabur merata2.

yang survive 2 petunia satu tu kaler pink dan satu lagi warna putih. yang kaler pink kongsi bekas dengan pokok rose jepun dan satu lagi warna putih sebenarnya terjatuh dari botol mineral yang di tanam saya ambik dan letakkkan dalam pasu yang penuh dengan tanah.

Petunia suka kalau kita tanam dalam pasu yang banyak tanah. Sejak saya pindah dalam pasu penuh tanah,petunia putih tumbuh subur dengan berdaun lebat.

Syok pulak tgk,tak sabar rasa nk semai yang baru.......the best part bila kita semai sendiri dari benih kita expose benih pada cuaca panas dan berubah2 di rumah kita. so mereka boleh tumbuh pada keadaan yang heat resistance


Petunia pasu besar keluar banyak pucuk


mula mengeluarkan bunga



semalam dan harini mula berbunga lebat.




ini gambar masa mula2 semai petunia dulu.



mudahnya menanam petunia....jom tanam sendiri.

8 comments:

  1. suka tengok petunai berkembang, tp tk berani lagi mencuba, adakh petunia sama kembangnya dengan ros jepun iaitu kembang pagi kuncup petang?.....

    ReplyDelete
  2. iya sud@is,

    beza dengan ros jepun, kalo ros jepun pukul 10 baru kembang penuh kan? tapi petunia pagi2 dah kembang. lepas tu menguncup pun lewat maghrib. Tp dari segi lasak ros jepun lagi lasak compare petunia. :D

    ReplyDelete
  3. As Salam ibu qis;
    tahiah2...berjaya tnm dari seeds satu kejayaan besar tu...bestnyer tgk petunia putih tu...subur...mmg suka sggh dgn petunia ni tapi selalu failed! pasni nk cuba tnm dgn seeds la plk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la @na, kawan2 gardener kita ramai yang jual benih. macam diana....beli yang mixed color tu. :D

      saya pernah try collect tp tak berjaya,sbb bila bukak kantung dia benih terburai. :)

      Delete
  4. ada rahsia ke botol semaian tu dipotong mcm tu?

    ReplyDelete
  5. Cantik la bila pokok nya keluar sejambak mcm tu...suka dgn yg putih...sesuai Jd hiasan kat pagar kan tu...ada gak benih nya tp tak tetanam lagi

    ReplyDelete
  6. Salam Ibu Qis,

    Cantiklah penunia ni, subur2 gitu. Oh, kena biasakan dia dengan panas supaya lasak ya! Dapat petua baru ni! Mak Aji pernah beli yang siap di pasu gantung dulu, RM10 sepokok. Belilah beberapa pokok. Mula2 tu cantik je, pastu tak lama kiok. Itu yang agak takut nak tanam, takut sejarah berulang lagi!

    ReplyDelete
  7. Banyak kudup bunganya tu.
    Pasti meriah.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)