Monday, May 12, 2014

Rezeki dari pokok bendi

Assalamualaikum,

Salam isnin nan biru,hehe...... alkisah hujung minggu hari sabtu ada jemputan kenduri kahwin rumah x sempat nak kemas. hari ahad ibu banguk 4.30pagi mengemas rumah yang mcm x kemas setahun sambil siap kan sarapan pagi.

siap kerja duduk luar meragut rumput yang panjang berjela2, dulu ibu pernah buat entry pasal tanah kering depan rumah yang ibu timpa dengan rumput kering + kulit bawang dan juga kulit telur serta tanah dan sayur2 hasil dapur.

masuk musim hujan lebat,tumbuh sepokok anak bendi yang ibu x tahu baka ape dan yang ibu tahu bendi tersebut adalah hasil dari anak pokok bendi yang mati selepas habis usia ibu jadikan kompos direct ke tanah.

pokok bendi tersebut hidup di atas tanah kompos yang ibu buat.......sejak dari anak lagi pokok bendi ni sangat efficient, di paras tak sampai lutut dewasa pokok bendi ni tumbuh kukuh sangat.

Semakin lebat hujan semakin kuat dan laju dia naik, dan mengeluarkan hasil yang lumayan dan sangat banyak. setiap hari adalah hari tuaian pokok bendi.


Tanah yang ibu jadikan kompos,ada kulit bawang,ada kulit telur,ada sayur2,campuran tanah dan daun2 kering dan di campak sedikit baja kopi. :)

japanese rose yang tumbuh sangat banyak atas tanah,ibu ingat nak cabut dan masukkan dalam pasu sahaja.


batang pokok bendi dah serupa batang pokok betik....besar dan kukuh. Alhamdulillah....


Bendi yang tumbuh dan di tuai setiap hari......nampak panjang tp masih lembut tau. hehe



bendi lagi panjang dari sudu, masih lembut lagi bendi ni.


Tuain hujung minggu,telang dan bendi.


Telang yang ada di ''frozenkan'' untuk kegunaan atau sebarang projek air sirap biru atau projek kuih biru atau projek nasi kerabu ka......hehe

Itu je ibu nak kongsi harini...happy gardening.  :)




10 comments:

  1. suburnya bendi , baja kompos, telang mengancammmm ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,terima kasih sud@is. jom tanam bendi. :)

      Delete
  2. MasyaAllah..batang pokok bendi besar camtu..best..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....besar mmg besar, tapi jap g kalo dah habis usia masak nk cangkul buang akarnya. huhu.....

      Delete
  3. Besar betul bendi nya...kalau nk diukurkn dengan yg sy punya dibelah 4...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,saya pun x sangka bendi ni membesar gitu,mula tu pandang sebelah mata je....makin lama makin menarik perhatian pulak. :)

      Delete
  4. Subur tanah kompos buatan sendiri, bendi yang self-seeded memang juara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la diana,self seeded je pun,tak beragah nak tanam masa tu sbb cuaca tgh panas dan baru sangat tanam bendi. ingat nk ubah angin tanam pokok lain. tup2 dia pulak yang hidup. bendi ni memang juara. :D

      Delete
  5. MasyaAllah...suburnyer....mcm berebut-rebut bendi tu nak membesar...syok tgk nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....hari2 kene menuai @na,kalo x merajuk dia x mo berbuah dah. :D

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)