Thursday, April 03, 2014

Resepi- Roti Putih BM

Assalamualaikum,

Selamat pagi,alhamdulillah hari ini hari khamis dan esok hari jumaat. Ingat tak entry yang pasal hadiah hari jadi ibu haritu pasal breadmaker hadiah dari en.papa.

Dah beli kene la meroti kan.....pagi tadi bangun  4.30 masukkan bahan dalam BM dan tinggal sampai ke pagi. D sebabkan nk menyiapkan bahan ambil masa,jadi masa dah lewat sikit start bangun subuh tgk ada 2 jam lagi. Gigihnye ibu menunggu 2 jam sampai datang office dekat pukul 9 semata2 nk menunggu roti siap masak....uwaaaa....tunggu roti masak punch kad merah. kuikui.....

Ibu kongsikan resepi nya di sini....

Bahan:
========
1/2 cawan lukewarm water (air suam-tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk)
2tsp yis kering
1tsp gula (ibu bubuh 2)
1 biji telur
1/4 cawan marjerin yang telah di cairkan (ibu guna salted butter)
1/4 cawan susu kotak
1tsp garam (ibu tak letak sbb dah pakai salted butter)

Cara:
=======
-Masukkan lukewarm water,yis,gula,susu,marjerin kotak telur
-Kemudian masukkan tepung.
-setkan program 1 dan warna medium kalo nak rangup lagi letak dark.
-tunggu 3 jam hingga siap.
-Keluarkan dari BM dan anginkan atas rak sampai sejuk.

*bila dah sejuk boleh potong dan makan ikut selera kawan2.  :)





Hasil roti,rangup di luar dan lembut di dalam. :)

4 comments:

  1. Tengah baking lagi lah awal pagi ni ya.
    Best gebu-gebu nampak roti tu.

    Happy Baking!

    ReplyDelete
  2. erm suka bau roti tengah dibakar...semerbak satu rumah...:D

    ReplyDelete
  3. Lepas ni lagi banyak lagi meroti..

    ReplyDelete
  4. Salam Ibu Qis,

    Comey je roti bikin sendiri ni! Pasti lebih sedap drp yang dibeli!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)