Wednesday, July 01, 2009

BLACK PAPPER SOUCES











demi glace brown sauce ni mujur la adik ipar shiro g tau....dia blaja dalam bidang hotel. dia cakap memang serbuk sos ni banyak di pakai di kebanyakkan hotel.

serbuk sos ni boleh kata ibu kepada sos yang mana dari serbuk souces ni kita leh wat mcm2 jenis sos....


Description:

sos ni adalah sos yang biasa di hidang masa kita orders chicken chop ka,lamb chop ka,atau ape2 makanan mcm grill yang guna sos black pepper. semalam shiro try wat sbb ari khamis ni nk g picnic. so sos ni memang senang nk wat. cuma bahan dia agak susah sket nk jumpa.

lama gak shiro pk,sos ape nk wat masa nk makan atau cicah daging atau ayam berbeque,so terlintas di kepala nk wat black pepper sauce.kt sini shiro share mcm mana nk wat.

Ingredients:
Bahan-bahan:

1 ulas bawang putih(cincang) kalo shiro,suka ati je campak2
1/2 biji bawang besar (cincang) shiro just potong dadu je..shiro suka letak banyak bawang...
1 helai daun bay- hehe,shiro letak 3 helai. nk bagi wangi
30 gram lada hitam dikisar / cendawan / bawang merah / bawang putih (salah satu)- shiro beli cendawan butang kaler putih.
50 gram Demi Glace Brown Sauce Mix (ada jenama Knorr) - payah sket nk carik,smlm carik kat giant ada. jenama knorr. paket dia besar...harga dalam RM 20 mcm tu. dia bentuk serbuk,kene bancuh dengan air.
* dibancuh dengan air sukatan 100 gram sos = 100 ml air
500 ml air- ala,guna botol mineral. sukat setengah dari botol...senang...hehe
2 sudu besar krim UHT Whipping Cream- x pakai 2 sudu,shiro letak bila tgk kaler dia coklat sket shiro tutup api dapur...hehe
2 sudu besar minyak masak/100 gram mentega- optional,samaada minyak atau mentega.


* demi glace brown sauce ni org cakap ibu sos,dari serbuk dia kita leh wat mcm2. kalo tak silap shiro,demi glace ni mcm stok rebusan daging kembu dan tulang dia.


Directions:
Cara2nya:

-panaskan kuali/periuk dengan minyak
- tumis bahan cincang hingga garing dan masukkan lada hitam. kacau hingga lada berbau...masukkan cendawan(kalo suka)
-masukkan air dan biarkan mendidih..
- masukkan Brown Sauce (kacau dalam periuk jangan bagi bergentel)
-masukkan krim dan daun bay
-kacau hingga pekat dan angkat...

dah siap,senang ja wat nye.....shiro ucapkan gud luck pada sesapa yang nk try,kalo dah try wat,sudi2 la komen ya...hehe....peace...

1 comment:

  1. Cari2 resepi terjumpa resepi ni, weekend dah try buat, mmg sedap betul! Terima kasih yer!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)