Saturday, March 26, 2011

sos spagetti

arini en.somi aku outing...jadinye aku pun di tugaskan utk buat spagetti bolognese.....resepi aku dapat dari my resepi. dari mutiarazura. aku copy paste resepi dia dan satu pertambahan masa aku wat spaghetti ni aku letak daun bay walaupun x da dalam resepi ni.....

dalam peti ais ada oregano dan italian herbs...aku pakai italian herbs.......daging cincang yang ada aku cuci dulu sblum masak...bukan ape,aku geli dengan darah2 yang ada pada peket tu.....

dan untuk kuah dia...aku masak 2 jam api perlahan je sampai kuah betul2 pekat......hasil sangat memuaskan dan sedap.....eceh!!!..

dan lagi satu,kalo aku masak spagettin aku mmg x suka rasa spagetti terlalu masam.....jadi,aku letak agak banyak gula. Jadi,kuah dia ada rasa mcm2 manis...tp manis yang lite2..bukan yang manis meredu.....

gambar ni aku snap masa masak tadi...aku malas nk hias2 bagai.....mana aku sempat tangkap.aku tangkap....enjoice...







Spaghetti Bolognese

P1010003

Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab authentic rasanya!


863Share

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Tuesday, March 22, 2011

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang


diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Saturday, March 19, 2011

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)


1.

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan

رَبـَّــنـَــا.……………………۝

Maksudnya

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2.

Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)

Untuk amalan

رَبِّ Ø£ َÙˆْز ِعـْــنـِــى…………..الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ ۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

3.

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

Untuk amalan

رَبِّ Ø£ َÙˆْز ِعـْــنـِــى………………..۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

menu berpantang

aku berpantang dengan umi aku dalam 2 minggu je,selebihnya aku pantang sendiri......dan balance 2 minggu lagi pantang umah parent in law kat ganu....sepanjang aku duk sorang2 berpantang kat umah...aku la yang mandi qis,tuam qis,masak untuk diri sendiri....semua aku wat....kemas umah,basuh baju,strika baju kije en.somi..leh kata 100% urusan umah aku uruskan walaupun aku masih dalam pantang.....

x tau la mana datang semangat nk wat kije2 tu semua.....antara resepi aku masa pantang mcm ikan selar panggang, kerabu pegaga,ayam/ikan panggang halia...yang besa2 je..kalo kat umah parent in law aku makan nasik putih dengan ikan bakar dan lada hitam letak garam sikit...memang sedap.....

kali ni aku nk share skit menu pantang aku yang aku wat sendiri.

Kerabu pegaga.

bahan2:
-pegaga (hiris kasar)
-halia (hiris)
-lada hitam (tumbuk halus)
-ikan bilis(basuh dan rendam dalam air panas)
-garam.
-bawang merah/besar hiris2 halus.

Cara2:
- bahan di atas semua campur...yang ikan bilis tu,.lepas rendam agak kembang tumbuk lumat ikan bilis dan gauk dengan bahan2 tadi. makan dengan nasi panas...sedap.


blueberry cheesecake



CHEESE CAKE

sumber-my resepi oleh biduri.

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Tag

Sticky Caramel Chicken Wings







Ambil resepi dari dapur mamasya....dan gambar di atas adalah hasil yang di buat tadi....guna kamera HP cap ayam jadi gambar x cantik dan sikit gelap.....masa goreng ayam ni mmg x pakai minyak sikit pun.....guna non stick fry pan. agak2 dah nk kering aku tambah air sampai ayam tul2 masak dan ada antara bahan2 kat bawah ni aku x letak dan ada yang di tambah sikit2..resepi ada kat bawah ni amik dari mamasya..mohon copy resepi ya. terima kasih.


Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber; mutiarazura; My resepi

Bahan-bahan ( 24 keping )
* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam) - x letak
* 1 sudu besar kicap - letak 2 sb
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu
* letak sos tiram sikit.- di tambah sendiri.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

kat ats ni cara / arahan yang perlu di buat...tp aku campur semua bahan perap kejap dan terus goreng semua atas non stick...itu cara aku. nk senang dan cepat...hehe..dan lagi satu aku goreng pada api yang sangat perlahan dan lama....bila dah nk kering minyak akan keluar dan pisah dari ayam dan sos caramel. Jadi masa ni,aku buang minyak yang ada dan masak lagi sekali atas api sekejap. siap..

mashed potato

ni lah rupa mashed potato yang aku snap bersama gravy dia kat sebelah.....gambar goyang di tambah dengan guna mangkuk free hadiah beli sabun daia...menambahkan keburukkan gambar sedia ada.....hey..sabor je la. resepi aku attach kat bawah...tiada sukatan since cara aku adalah sukat ikut suka aku.





mashed potato:

Bahan:
-kentang 4 biji
-bawang putih 2 biji (optional,x letak pun x pa)
-sour cream (2 sudu makan)
- Susu anggaran dalam 1 cawan)
-garam
-lada hitam.
- Butter.

cara2:
- Rebus kentang dan bawang putih sampai empuk dan sedikit berderai, lepas masak sejat air dan sementara masih panas hancurkan kentang (x kisah guna apa,sudip ke....vuntut cawan ke x kisah janji hancur)
- Dah hancur masukkan sedikit butter,jangan banyak nanti hilang rasa kentang.
-susu + sour cream dan gaul.
-kemudian masukkan garam dan lada hitam gaul hingga dia semakin pekat sikit2.
-sedia di makan dengan gravy.

Gravy kentang yang simple.

Bahan:
- Butter.
-Garam.
- tepung gandum.
-stok ayam.

Cara:
- Mula2 cairkan butter atas kuali dan masukkan sikit tepung gandum.....
*tips: kalau kita nk gravy sedikit gelap kaler dia,kacau campuran tepung gandum dan butter lama sikit dan sedikit perang. kalo x mo gelap wat biasa2 je.
-Lepas dah agak perang tepung tadi (akan nampk lumpy tepung tu,x pa nanti akan campur dengan stok ayam) masukkan stok ayam ''SIKIT-SIKIT'' jangan sekali banyak nanti x cantik dan tepung x larut dengan stok.
-bila dah menggelegak masukkan garam dan sikit lada hitam.
- kalau kuah masih sedikit lumpy atau ketul2 masa nk angkat leh la tapis dulu kuah tu dengan penapis.
- sedia di makan bersama mashed potato.