Friday, March 18, 2011

perihal budu






maksud budu dalam istilah kamus wikipedia:

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan,Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain sepertilada, mempelam dan air perahan limau nipis.


Khasiat budu


Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman[1], [2], [3]. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. [4]

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal [5]. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. [6] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakitdiarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya [7], kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak(vitamin A, D, E dan K). [9]

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Budu dan mempelam.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.[10]

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikatmenemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.[11]

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin,vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Yang di ats ni adalah perihal budu dan khasiat dia....ini plak pendapat aku personal sebagai anak jati KL yang sedang blaja dan mengkaji rasa budu secara ekslusif...eceh....


kalau kita nk beli budu,silalah beli budu selain dari cap ketereh....ini pendapat peribadi aku la ya...sejak aku mula merasa budu ni....pada aku,kalo nk beli....beli yang di usahakan oleh org tempatan bukan budu komersial sbb....aku dah banyak kali makan budu komersial x berapa sedap.


compare to budu yang di usahakan oleh orang kampung atau budu hasil usaha daerah kita sendiri. Bukan ape,bila dah terlalu komersial rasa dia agak lari dari keaslian dia.....


itu adalah pendapat 2 sen aku.....

singgang mak mertua

gambar-ehsan en.google.

di sbbkanaku di kahwinkan....eceeeh...bila plak di kahwinkan,sendirik pilih ada la..... :P

di sbbkan aku bersuami org terengganu,makanya.....menjadi lumrah untuk aku blaja masak lauk pauk ganu...nk kata susah sampai pecah pala x jugak...senang je. Cuma part nk buat gulai tu payah sikit sbb kalo salah measure leh jadi macam masak kari....dan kalo nk masak kuah gulai antara key ingredient adalah ''REMPAH ROS''.....rempah ros ni ibarat tulang untuk masak lauk jenis gulai.....sepanjang pengetahuan aku la. kalo salah,aku sendirik gak kene betulkan.....hehe.

ini adalah cara mak mertua aku masak singgang ikan aye a.k.a tongkol....senang dan simple.

Bahan:
-2 keping ikan tongkol.
-kunyit hidup (hiris)
-2 ketul kecik bawang putih (hiris)
- langkuas sikit (hiris)
- cili padi (patah2 kan)
-asam keping.

Cara:
Masukkan semua bahan masak sampai gelegak....perasakan dengan garam + gula. kalo Mak mertua aku dia letak pak Aji sikit....sikit je cukup syarat.

Dah siap...makan plak dengan budu + bwg hiris + cili padi + limau nipis.....

Peeerrgghhhh!!!!...sedap kata en.somi aku.....

well,isteri mithali mcm aku kene la reti masak masakan tradisi suami ye tak?......eceeeehhh.....


Thursday, March 17, 2011

TIRAMISU

aritu aku wat la tiramisu...sangatlah mudah dan senang...mulanya ingat rumit dan leceh. tak sangka plak senang...dan yang paling penting....sedap sangat. x tau plak selama ni tiramisu sedap...selama aku singgah kat kedai tak plak aku terliur2 nk makan apetah lagi nk beli....ini resepi yang aku amik dari myresepi umi_e. Aku copy paste resepi dan hasil aku punya kat gambar bawah....sorry la aku tak da kamera mahai2 nk upload gambar cantik2...snap guna kamera hp di mlm2 ari je....


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara-cara

  1. Tm1
    satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Tm3
    Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Tm4
    Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)
  4. Tm5
    Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.
  5. *** Tiramisu saya nampak creamnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut so saya buat 2 lapisan saja dan letak semua cream di atas lapisan yang kedua tadi..


Wednesday, March 16, 2011

MCM MANA NK TAU BAKING POWDER DAN BAKING SODA MASIH ELOK

di sebabkan kerajinan aku menggodek tenet berkenaan benda2 masak ni...aku pun terjumpa berkenaan perkara di ats...baik la aku share atau copy paste je ttg ni untuk rujukan aku pada masa akan datang....

How to test baking powder and baking soda for freshness

Testing Baking Soda

Baking powder and baking soda are pantry ingredients that don’t always have a high turnover. If you bake irregularly, chances are good that you’ll have that box of baking soda on the shelf for a very long time. Even if you bake regularly, it takes a while for a container of baking powder to get used up – not to mention that it is easy to lose a partially used container in the back of a crowded pantry.

Chemical leaveners, like baking powder and baking soda, can lose their potency over time. This is especially true when they are not stored in airtight containers. Impotent baking powder or baking soda can be the cause the cause of flat cakes, dense cookies and baked goods that simply don’t rise as much as they should. Fortunately, there is a very simple test that you can do to see if that nearly-forgotten box of baking soda is still good enough to bake with. In fact, try this test with fresh baking powder and baking soda so you’ll know what to look for in the future:

  • To test baking soda: Put a few tablespoons of white vinegar into a small bowl and add a teaspoon of baking soda. It should bubble up furiously, and the foaming should take several moments to subside. The more bubbles, the more potent the baking soda. If there is no reaction, or you only end up with a handful of small bubbles, you need to replace you baking soda.
  • To test baking powder: Put a few tablespoons of warm water (warm tap water is fine, but cold water is not) into a small bowl and add a teaspoon of baking powder. The mixture should make a fizzing noise and, after a moment, the baking powder will begin to fizz and the water will become very cloudy with tiny bubbles. The more bubbles, the fresher the baking powder. Baking powder reacts with liquids and heat, but does not react as well with cold water (even fresh powder won’t fizz much in ice water), so do notuse it for this test.

Thursday, March 10, 2011

MASAK AYAM BLACK PAPPER.

ini aalah reseli yang aku wat sendiri,resepi ni datang dari ilham x sengaja d sbbkan en.somi lapar balik dari kije.

Mulanya dia hnya mntk ayam goreng dn nasi putih je....takkan tergamak plak aku nk masak mcm tu je....d sbbkan ayam isi banyak dan kebetulan capsicum ada sebiji sambil goreng ayam aku prepare bahan untuk ayam black pepper....simple dan senang. gambar x sempat nk attach sbb x sempat nk snap en.somi dah makan. heee..

AYAM BLACK PEPPER.

BAHAN-
1.ayam isi (potong keping2 kecik sikit)
2.Capsicum
3.lada itam serbuk.
4.sos lada hitam.
5.sos tiram.
6. bawang putih.
7.Halia.
8. Madu.
9. Kicap manis.
10. Garam.

-mula2 tumis bawang dn halia yang telah di ketuk.

-dalam satu bekas campurkan (ayam+madu_kicap manis)

-kemudian masukkan ayam dan goreng sikit barulah letakkan sikit air.

-Masukkan capsicum dan lada itam.

-masak bahan sampai masak dan sedia di hidang.

simple dan enak. (itu aku rate diri aku sendiri....heee)



















KELEBIHAN SURAH YASIN.

Kelebihan surah Yasin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan", yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah enuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah
Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua
Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Ayat 9
Untuk keselamatan diri
Ayat 12
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut.
Ayat 30
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32

Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat
Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 - 35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.
Tanaman akan subur
Ayat 36

Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang
belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi
sebelum keluar rumah.
Ayat 37
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering
akan hidup semula.
Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.
Ayat 39
Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki
kenderaan.
Ayat 44
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan
fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49

Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 76

Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan. Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang
dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78.
"dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang
padahal telah hancur? 79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya
ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk."
Ayat 82
Untuk Haja

SUMBER: PEREKA CERITA PUNYA FB

Monday, November 01, 2010

resepi copy paste

kali ni copy paste resepi dari surat khabar kosmo....tajuk kek cheese butter cake. dah buat baru aku posting result dia....yang ni adalah pure dari kosmo untuk rujukan aku masa akan datang.

Kek mentega atau Butter Cake adalah antara kek paling digemari ramai. Pernahkah anda menikmati kek mentega yang berasa keju? Inilah kek paling gebu dan lembut. Anda pasti tidak akan jemu memakannya. Lemak dan harumnya begitu seimbang dan memikat. Ia juga tidak semanis kek yang lazim.

Bahan paling utama adalah mentega. Gunakan mentega bermutu tinggi dan harum baunya supaya kek wangi. Mentega jenis ini mengandungi lemak krim dan tiada campuran lemak sayuran. Mudah saja mengenalinya. Ia lebih mahal dan mudah lembut bila diletak pada suhu bilik.

Sebaik-baiknya, potong sebuku mentega itu menjadi lapan bahagian. Dengan cara ini, ia akan lembut sekata dengan sempurna. Mentega yang tidak dipotong mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi lembut. Jika dapur anda agak panas, bahagian luar mentega mungkin bertukar menjadi cair (berminyak) dan ini boleh merosakkan tekstur kek.

Krim keju juga perlu dibiar pada suhu bilik supaya lembut. Jika tidak, ada bahagian yang tidak boleh sebati bila dipukul.

Ketulan-ketulan kecil ini menghalang adunan daripada menjadi gebu sepenuhnya. Hasilnya kek tidak akan menjadi lembut dan ‘cair’ di dalam mulut.

Inilah antara ciri-ciri utama yang perlu diperhatikan setiap kali hendak menggunakan krim keju dalam sebarang jenis masakan.

Oleh kerana kek yang mengandungi krim keju tidak tahan lebih daripada tiga hari, anda boleh masukkan sedikit bahan pengawet seperti potassium sorbate ke dalam adunan.

Ia juga dikenali dengan antimould. Sukatan adalah mengikut sukatan berat semua bahan-bahan. Contohnya, jika bahan sebanyak satu kilogram, gunakan hanya 10 miligram (anggaran secubit) bahan pengawet.

Untuk mengadun kek biasa, anda perlu memukul gula kastor bersama mentega. Namun begitu, untuk kek ini, langkah pertama adalah memastikan krim keju dan mentega gebu terlebih dulu. Ini adalah supaya kedua-dua bahan lemak ini benar-benar sebati dan memudahkan kek untuk kembang.

Kemudian barulah dimasukkan sedikit demi sedikit gula sambil dipukul hingga kembang dan pucat warnanya. Ia kelihatan keputih-putihan dan ringan. Gula juga perlu hancur sepenuhnya. Kuning telur juga perlu dimasukkan sebiji demi sebiji dan dipukul rata setelah setiap kali.

Perlu diingat, semasa mengasingkan kuning dan putih telur, tangan anda hendaklah bersih. Mangkuk tempat meletak putih telur juga tidak boleh mengandungi sebarang kesan minyak. Begitu juga dengan pemutar elektrik. Bilas terlebih dulu dengan air panas kemudian lap kering-kering dengan kain bersih.

Jika ada kesan minyak (daripada marjerin atau lemak yang lain), putih telur yang dipukul tidak menjadi kental dengan sempurna. Ini juga satu sebab kenapa kek tidak naik dengan elok.

Cara untuk memastikan putih telur sedia untuk digunakan adalah dengan menterbalikkan mangkuk. Putih telur yang cukup kental tidak akan mengalir keluar atau jatuh.

Jika sukar mendapatkan krim tartar, anda boleh gantikan dengan garam. Garam juga akan membantu putih telur menjadi kental.

Sewaktu memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, gunakan senduk kayu atau sudu keluli yang besar. Jangan masukkan sekali gus. Sebaik-baiknya, bahagikan tepung menjadi enam bahagian.

Proses mencampurkan putih telur yang sudah kental ke dalam adunan dipanggil kaup balik. Caranya adalah membahagi putih telur kepada tiga bahagian. Masukkan satu pertiga terlebih dulu dan kacau perlahan dengan spatula plastik. Tidak perlu memukul atau mengacau dengan laju (seperti memasukkan tepung).

Sebaik saja bahagian pertama sebati, campurkan satu pertiga putih telur lagi dan kacau rata. Tujuan mengacau perlahan (dalam bentuk angka 8) adalah supaya gelembung udara akan terperangkap dalam adunan. Inilah yang akan menjadikan kek ringan dan gebu serta lembut dan enak.

Jika mahu, boleh bakar adunan di dalam mangkuk-mangkuk kertas. Pastikan mangkuk diletakkan di dalam tin patty yang sama besar dengannya. Ini akan memastikan kek cantik setelah masak. Boleh juga gunakan mangkuk kertas yang sudah dikuatkan di sekelilingnya. Mangkuk seperti ini selalu digunakan untuk membuat kek cawan.

Suhu untuk membakar kek juga kurang daripada biasa kerana kandungan krim keju di dalamnya. Seperti biasa, cucuk dengan lidi hingga ke dasar untuk memastikan kek sudah masak. Kek seperti ini sesuai jika dihias dengan aising krim keju.

RESIPI

Bahan-bahan

170 gm mentega

125 gm krim keju

250 gm gula kastor

5 biji kuning telur

210 gm tepung serbaguna }

1½ camt serbuk penaik } diayak

2 camca teh vanila

5 biji putih telur

1/8 camca teh krim tartar

Cara membuat

1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.

2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.

3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.

4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.

5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.

6. Masukkan krim tartar, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.

7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.

8. Ratakan adunan ke dalam tin empat segi 22 sm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.

9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.

10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.


Monday, October 11, 2010

ayam masak kicap versi aku

ari ni nk kongsi resepi ayam masak kicap versi aku....rasanya resepi ayam masak kicap ni ada di mana2....dan banyak versi. untuk yang ni aku tiru dari umi aku...since dia suka masak kicap versi mcm ni. syukur alhamdulillah en.somi yang mana org pantai timur leh terima ayam masak kicap aku even tho selera org pantai timur ni lain sikit....

bahan:
1. ayam /cik yam
2. bawang merah / besar - hiris2
3. bawang putih - hiris
4. halia - hiris
5.cili boh
6.penumis (kayu manis,pelaga,cengkih + bunga lawang)
7. kicap
8. lada hitam
9. tomato

cara2:

1. mula2....lumur cik yam dengan kunyit dan garam sikit. pastu goreng separuh masak.
2. tumis bawang hiris masukkan sama penumis. agak2 dah nk naik bau...
3.masukkan cili boh dan biarkan garing sikit.
4. pastu masukkan kicap manis cap udang. letak air sikit.
5. pastu masukkan cik yam yang di goreng tadi bersama tomatok dan lada itam.perisakan garam dan gula..dah siap

kalo nk pelbagai lagi letak kentang yang dah di goreng...simple dan senang dan sedap (angkat bakul sendiri)

Friday, October 08, 2010

RENUNGAN - PETUA MENJAGA ANAK2

artikel ni sku copy paste dari stu blog yang aku jumpa di tenet....kala dugaan melanda menimpa badai rumahtangga dengan karenah anak2 yang perlbagai....marilah kita renung2 kan dan lihat petua2 yang ada ni semoga mendapat keberkatan bersama....amin.

cubalah kita berfikir positif dan bertafakur, mengapa Allah Taala memberi beban yang begitu berat untuk kita memikulnya? Jika anda kesal dengan kerenah anak-anak cubalah ingat-ingat petua jaga anak ini.

1) Dosa dihapuskan kerana sabar menerima sebarang ujian. Katakan pada diri sendiri : "Betapa banyaknya dosa aku yang dihapuskan kerana sabar merawat mereka." Suatu hari Aini mengeluh kerana tak tidur semalaman menjaga anaknya yang demam. Suaminya memujuk : "Begitulah cara Allah nak menghapuskan dosa-dosa kita." Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang Muslim yang tertimpa kecelakaan, kemiskinan, kegundahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta akibat tertusuk duri sekalipun, nescaya Allah akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu."

2) Anak menjadi sumber pahala yang besar. Sabdanya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya besar pahala itu bergantung kepada besarnya ujian.Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang reda maka Allah reda dan barangsiapa yang marah maka Allah juga murka kepadanya."

3) Menghadap Allah dengan keampunan dan reda-Nya. Rasullullah bersabda yang bermaksud : "Orang mukmin lelaki dan perempuan akan sentiasa menerima cubaan yang menimpa tubuh badannya, harta, mahupun anaknya sehingga dia menghadap Allah tanpa sebarang dosa."

4) Anak mendinding ibubapa dari api neraka. Saidatina Aisyah RA menceritakan : "Telah datang ke rumahku seorang perempuan miskin dan kedua anak perempuannya, tidak dapat saya berikan kepadanya selain sebiji kurma, maka saya pun memberikannya lalu dibahagi kurma itu kepada dua anaknya dan dia sendiri tidak makan apa-apa, kemudian mereka pergi. Rasulullah SAW datang, aku menceritakan tentang hal itu maka baginda SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan lalu mengasuh dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya maka ia akan menjadi pendinding baginya dari api neraka." Menurut riwayat lain yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah telah menentukan baginya syurga dan Allah telah memerdekakannya dari api neraka dengan sebab kedua anak itu." Mendidik anak lelaki juga sama ganjarannya.

Yang terakhir sekali, anda mesti yakin bahawa anak boleh berfungsi sebagai pengikat kasih suami kepada diri anda. Nak suami bertambah sayang? Buktikan anda boleh memberinya permata-permata yang soleh.Kadang-kadang anak boleh dijadikan umpan untuk menarik simpati suami kepada diri anda. Contohnya bila suami out-station anda akan mengadu anak-anak rindu, padahal emaknya yang terlalu rindu. Ada yang menggunakan anak untuk hasratnya sendiri, nak bercuti atau membeli barang, alasannya untuk anak, tetapi hakikatnya…. Begitula h nikmatnya memiliki permata hati, walaupun susah menjaga mereka namun disitulah letaknya kepuasan hati.

Bersyukurlah atas segala kurnia yang kita miliki, sabar menjaga mereka sambil menikmati kasihsayang suami. Kepada isteri yang menunggu detik-detik kelahiran, sesungguhnya saat yang paling menyentuh emosi suami anda ialah ketika dia melalui keperitan itu dengan darah dan airmata anda. Kerana anda begitu berharga bagi dirinya dan anak-anak.

Tuesday, September 21, 2010

AYAM BBQ VERSI SUKA ATI AKU
















ok,ini adalah resepi ayam bbq versi aku sendiri....since aku ni kaki godek resepi makanya resepi ni adalah hasil dari pembacaan aku dan jugak campur idea2 yang ada dalam tenet. tak tau la kalo dah ada org lain yang wat mcm aku ni....tapi yang aku punya ni tak da sukatan sbb sukatan adalah suka hati aku je nk taruk banyak mana.....sape2 nk try leh try. selamat mencuba:

bahan2:

ayam
cili boh - 2/3 sudu ikut pada tahap kepedasan yang di sukai
kicap pekat - 1 sudu kecik
kicap cair - 2/3 sudu
madu - 3/4 sudu
lada hitam (serbuk) - aku letak banyak sbb suka rasa lada itam cam tu
stok ayam - letak sikit je
bawang putih - lebih kurang dalam 5 ulas
halia - seinci
serbuk oregano
minyak masak sikit

cara:

cara dia senang je...campur semua dan perap,kebiasaanya kalo lagi lama perap lagi sedap. mcm semalaman ke. pastu panggang ats api dapur besa atau pun dapur arang......siap ayam bbq. makan dengan nasik panas atau kita wat sendiri bahan2 lain.....kalo nk guna bahan perap ni pada daging pun boleh gak....kuah perap kebiasaanya aku x buang sbb aku akan jadikkan dia kepada sos cicah ayam bbq aku tu....senang dan jimat.



Monday, January 11, 2010

ENTRI RESEPI: AYAM PANGGANG BERMADU

yang ni resepi ayam panggang yang aku wat dua hari yang lepas,actuallay resepi ni amik dari resepi.net tetapi ada sedikit alteration,aku panggil resepi campak mencampak since kalo aku masak memang tak sukat. ikut suka tangan ni nk letak banyak mana.

1.cik yam 1/2 ekor
2.bawang putih
3.halia
4.madu
5.sos cili
6.cili giling
7.kicap manis
8. sos tiram
9.stok cik yam/kuib pati cik yam
10. lada itam.

- semua bahan ni di sediakan....di sbbkan kurang confident untuk terus panggang cik yam ni...maka aku pun telah merebus dahulu cik yam ni agak2 hampir2 nk masak mcm tu...pastu lumur bahan2 atas ni....dan panggang...dan tempoh memanggang plak jadi tak bape lama dan isi dalam badan cik yam masak dengan elok...amacam???...bijak tak idea ku ini??....hehe..

en.somi cakap mabeles dan sedap...so marilah kita beramai2 mencuba dan merasai ayam panggang madu ni......sedap menjilat pinggang...hehe