Tuesday, August 05, 2014

Ke nurseri shah alam seksyen 18

 Assalamulaikum dan salam sejahtera,

terlebih dahulu nak ucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin buat semua kawan2. Salah silap harap di maafkan.


Lately ni kekangan masa nk updated blog sangat la susah. hanya mampu jadi silent reader je,dengan volume kerja yang semakin banyak. Banyak sangat pelarasan bill yang perlu di lakukan, beberapa bulan akan datang kami akan di berikan tambahan tugas baru manjadikan tugasan bertambah2. huuuuuu.....


harini 5/8/2014 tadi sempat melilau ke nurseri di shah alam seksyen 18. Nak pergi nurseri sungai buloh Ya Allah jauh pulak rasanya. google punya google jumpa nurseri nama dia SHAH ALAM NURSERI.


Alamat: NO. 8, JALAN PINANG 18/1, SEKSYEN 18, SHAH ALAM

NO. TEL   :  019-3190884/03-5513 2833
GPS          :3.048586,101.514176


kalau nak senang cari,guna GPS punya coordinate,senang sangat2 nak cari.


cuma taip sahaja GPS coordinate dia akan route terus ke alamat x payah gigih menaip kawasan.




contoh mcm di atas ni....taip GPS coordinate dan dia akan route terus. tgk situ 7 minit je masa ambik nak sampai. heheh.....

landmark paling ketara dia duduk menentang ibu sawat telekom.

Di nurseri ni dia jual macam2,pasu bunga,baja,pokok2...rumput pun ada. sila jamu mata.  :)


 


antara pasu yang di jual,pasu depan sekali ibu beli pada harga RM23 lepas tawar menawar. Pasu dia agak besar,tp berat......alahaiii


tanah merah satu bag dalam RM2 rasanya


kawasan yang menempatkan pasu mahal,baja dll.


organic soil ni besar bag dia di jual pada harga RM10. boleh tawar lagi ni.....mintak harga kasih sayang sikit. 


Dari sisi depan



Tanah yang kuning ni kalo tak silap dalam RM2,yang putih tu bag besar harga RM10 dan kawan kepada bag kuning di jual RM2.50 sebag. boleh tawar lagi ni....tawar sampai derang bankup. hehe.....

itu sahaja short story nak kongsi ada banyak cerita tp x sempat nk simpan gambar lagi,transfer dll.

till then,happy garden,selamat hari raya maaf zahir batin....sayang kawan2 semua.  :D








2 comments:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)